Puas hati makan Laksam buatan sendiri

Hi

Walau Umi ni bukan orang Kelantan atau berasal dari Pantai Timur ..cuma DH arwah mak dia berasal dari sana... tapi ni la antara makanan favourite Umi dan anak-anak

Suka nasi dagang? klik SINI

kalau tengok Laksam ni memang tak cukup kelengkapan sebab malas nk cari ulaman tapi yang pasti puas hati sebab nampak tak isi ikan tu..hehe


Bahan untuk Kuah 
500gm ikan kembung / sardin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
3 keping asam gelugur
1 ketul gula melaka atau gula
1 biji kelapa - diambil santan pati
sedikit belacan


Bahan untuk laksa kukus
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan air suam
garam secukup rasa

Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
7 biji cili padi
3 biji jus perahan limau kasturi
garam secukup rasa

Bahan untuk ulaman (dihiris halus)
Kacang panjang
Bunga kantan
Timun
Daun kesum
1 labu bawang besar
kubis


Cara penyediaan kuah laksam

  • Rebus ikan bersama sedikit air, biar agak tenggelam ikan tu.  Masukkan 1 - 2 asam gelugur, 1/2 inci halia dan sedikit garam.  Rebus dalam anggaran masa 14 minit
  • Bila ikan dah masak, toskan tapi air rebusan jangan dibuang, ditapis dan disimpan.  Bila dah sejuk ikan rebusan tu asingkan isi ikan dengan tulang
  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga halus dan kemudian masukkan isi ikan
  • Masukkan bahan yang dikisar didalam periuk, asam gelugur dan serai campurkan air rebusan serta 2 cawan air, dimasak hingga mendidih
  • Masukkan pati santan dan dikacau selalu supaya isi ikan tak berketul, pastikan dengan api sederhana dan jangan terlalu lama takut nanti pecah minyak.  Memandai dalam 10 minit
  • Tutup api dan masukkan garam secukup rasa

Cara menyediakan laksa kukus
  • Panaskan periuk pengukus.  Leserkan minyak kelapa keatas tudung periuk dan kalau nak guna loyang pun boleh
  • Satukan tepung, garam didalam bekas serta masukkan air suam, digaul hingga sebati dan tak berketul.  Kalau nak guna whisk pun bagus, lagi cepat halus
  • Sapukan sedikit minyak pada permukaan tutup periuk dan tuangkan adunan menggunakan senduk
  • Kukus selama 5 - 8 minit, angkat loyang/tudung periuk dan gulung laksam (tunggu sejuk sikit atau alirkan air sejuk dibahagian bawah loyang supaya laksam senang dikeluarkan)
  • Ulang langkah sampai adunan tepung habis
  • Gunting atau guna pisau potong kek untuk memotong laksam mengikut kesukaan

Cara membuat sambal 
  • Kisar kesemua cili dengan pengisar, masukkan sedikit air dan masukkan kedalam mangkuk.  Perahkan jus limau kasturi/nipis, masukkan garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan laksam untuk dimakan
Laksam yang telah dipotong, dimasukkan kedalam mangkuk, tabur ulam-ulaman dan masukkan kuah panas-panas (ni style Umi ya), masukkan sambal dan perahkan limau kasturi (Umi memang suka kalau masam-masam), digaul dan makan ler..


Selamat mencuba


Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

12 komentar:

  1. SEDDAPNYA LAKSAM LIKAT KUAHNYA

    ReplyDelete
  2. Amboi sedapnya nampak. Homemade lagiah berbaloi.

    ReplyDelete
  3. saya tak suka sgt laksam tapi bila mak buat laksam mesti makan banyak..hihi

    ReplyDelete
  4. Sedap..
    Saya suka laksa, tapi di tmpat saya ni, sukar nak dptkan yang sedap.

    ReplyDelete
  5. kena tungkus lumus dengan ibu nieyh untuk buat laksam hakhak. thanks for sharing umi!

    ReplyDelete
  6. ruginya sha xpernah rasa laksam ni..nmpk mcm sedap..huhuh terliur jap

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!