August 23, 2017

Terpaut hati dengan lagu Nisan Cinta

Memang serius gandingan suara hebat dari Jacklyn Victor dan Siti Nordiana yang buat Umi dok ternyanyi-nyanyi lagu ni walau rentak berterabur dan lirik pulak tunggang langgang hehe.  Lagu Nisan Cinta yang juga OST drama Dendam Aurora ni memang sangat "in" dengan cerita ni walau Umi tak berkesempatan untuk mengikuti drama ni sangat tapi gandingan Ungku Ismail, Nabila Huda, Eizlan Yusoff, Shah Iskandar dan beberapa pelakon hebat turut membintangi drama ni.

Memandangkan drama ni katanya diadaptasi dari Telenovel Itali, jadi tidak la pulak dapat Umi buat carian novel (kot kalau dari novel la kan) sebab Umi tak ler reti berbahasa Itali apalagi membacanya



Terdengar guruh petanda
Mungkin badai melanda
Sambut tanganku bersama
Kita harunginya

Tanah seakan bergegar
Detik ku bersamanya
Pejam sampaikan tersedar
Semua kan reda

Sumpahku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Hati seakan berkata
Pergi kau bersamanya
Pejam sampai kau tersedar
Semua kan reda

Sumpah ku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Takdir tertulis segala
Janji kita kan bersama
Jadikan ia selamanya cinta kita

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Cinta kita selamanya
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta


p/s..Ungku Ismail tu mmg best berlakon sejak Umi tengok dia kali pertama dalam Teman Lelaki Upahan bersama Elizad dan Nabil Huda sendiri pun antara pelakon wanita yang tak pernah jemu tengok lakonan dia tu tapi yang kurang manisnya bila terlalu banyak babak berdakapan dalam cerita ni mungkin sebab adaptasi telenovela popular Itali 'Tre Rose Di Eva kan..ehh tu komen Umi jer tau..no haram harm..peace yo

Pelakon lain seperti Dato Eizlan Yusof, Shah Iskandar, Dian P Ramlee dan beberapa nama hebat lain memberi kekuatan pada drama arahan Feroz Kader dan Riza Baharudin

9 comments:

  1. First time dengar lagu ni

    Jemput ke story ccl
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/rezeki-top-commentor-blogger-shikin.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. best lagu ni..dengar sekali nk berkali2 haha

      Delete
  2. Sedap lagunya, firstime juga dengar lagu ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. atie pun suka lagu ni kak fuzy.. kalau tengah buat keje, wajib dengar la kiranya ni.. awalnya tepengaru dengan cakap2 netizen kata suara SND tak setanding Jac.. eh !! bilang shapa ? setanding jek atie dengar.. power..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ngam betul lagu tu utk drama Dendam Aurora..mmg la tak setanding suara Jac sebab suara Nana tu bukan suara Jac yg besar..suara akk yg lemak merdu ni pun tak sama dengan Nana tau..hehe

      Delete
  4. mula2 xfollow crita ni, tp sejak 1 ruma emosi tgk, ju pun terikut tgk hahah. btw lagu dia mmg best =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la tak berapa follow sbb time tu masih dijalanan dan cerita dia mmg perlu kita fokus hehe...mmg best cerita tu dgn pelakon yg hebat2 semuanya

      Delete
  5. Memang banyak adegan berpelukan dalam Dendam Aurora. Tapi suka tengok sebab jalan cerita best, tak klise macam cerita Melayu. Nisan Cinta ni Auni dengar sampai terngiang2 dalam mimpi. Haha

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!