September 20, 2017

posted 6:30 PM by with 7 comments

Mujur ada Susu Etsumell yang pelbagai khasiat untuk kita

Bila sebut pasal susu ni bukan semua orang suka dan contoh paling dekat ialah Kak Yang yang sedari kecil (kalau tak silap usia 4 tahun dia dah stop minum susu) kata KY lagi "akak tak nak minum susu nanti gemuk" haiahhh teruk betul kan kita rasa sebab kita bagi dia susu sebab nak bagi dia ada tenaga tapi lain pulak difikiran dia kan dan Umi pasti ramai lagi kanak2 yang bersependapat dengan KY hehe.  Tu kisah lama...tapi sekarang ni KY dah remaja dan terkejut juga Umi sebab bila dia minum susu ETSUMELL dia okay jer dan boleh pulak dia ratah...ni lagi parah kan

memang tak kira masa pulak sejak dapat ETSUMELL ni..pagi, tengahari dan bila-bila masa jer dia nak minum huhu
Apa tu susu ETSUMELL? ETSUMELL Goat Milk + Oat ialah susu yang dirumus khas berasaskan susu kambing dan oat yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak, remaja, wanita hamil, berpantang, menyusukan anak, hingga ke warga emas. Ia juga mengandungi campuran unik lengkap dan seimbang untuk membekalkan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh bagi kesejahteraan dan gaya hidup aktif.

Kebaikan ETSUMELL Goat Milk + Oat
  • Susu coklat yang rendah lemak, membantu sistem penghadaman menghindarkan maalah sembelit, meningkatkan selera makan, membekalkan nutrien pada tubuh
  • Kandungan oat dan kurma memberi ras kenyang lebih lama dan tenaga berpanjangan
  • DHA/kismis/madu membantu meningkatkan OQ dan EQ kanak-kanak
  • Rasa choco membuka selra anak yang tiada seleera makan
  • Manna Gam/Gam Arab menguatkan imunisasi badan ibu dan anak agar tidak mudah terkena penyakit
Semenjak mencuba susu ETSUMELL Goat Milk + Oat ini sangat memberi tenaga dan merupakan nutrisi tambahan dihari Umi berpuasa sunat untuk kekal bertenaga bila membuat kerja di pejabat dan dirumah dan untuk anak pulak memang diaorang menggilai sampai kena catu hehe


No automatic alt text available.
Choco, Delima, Habatussauda, kismis, kurma, oat, madu

No automatic alt text available.
mengandungi habbatussauda, kurma dan oat
Kebaikan ETSUMELL Goat Milk + Oat
  • Susu coklat yang rendah lemak, membantu sistem penghadaman menghindarkan maalah sembelit, meningkatkan selera makan, membekalkan nutrien pada tubuh
  • Kandungan oat dan kurma memberi ras kenyang lebih lama dan tenaga berpanjangan
  • DHA/kismis/madu membantu meningkatkan OQ dan EQ kanak-kanak
  • Rasa choco membuka selra anak yang tiada selera makan
  • Manna Gam/Gam Arab menguatkan imunisasi badan ibu dan anak agar tidak mudah terkena penyakit
Ramai orang tak tahu khasiat habbatussauda
  • Habbatussauda punya manfaat yang banyak untuk kesihatan tubuh antaranya bagi mengatasi penyakit diabetes/kencing manis, menstabilkan kadar gula dalam tubuh, meningkatkan sistem kekebaalan tubuh, mencegah dan membunuh perkembangan sel kanser dalam tubuh kerana habbatussauda mengandungi thymoquinone dan thymohydroquinone iaitu kandungan senyawa antikanser, melancar pembuangan angin dengan sifat karminatif dalam habbatussauda, mengatasi sakit perut, menghangatkan badan sehingga mencegah masuk angin (kebaikan untuk ibu dalam pantang) dan mengatasi pencernaan
  • Kurma adalah makanan sunnah yang berkhasiat serta punya kelebihan antaranya tinggi serat untuk membekal tenaga yang berkekalan dan membantu penghadaman, rendah garam, anti-oxida untuk menguatkan sistem imunisasi badan terutama ketika berpuasa, zat besi yang mengangkut oksigen ke sel-sel badan dan tinggi potassium yang bertindak sebagai electrolyte untuk menstabilkan bendalir badan.
  • Oat mengandungi indeks glisemik yang rendah dan mengenyangkan. Glisemik rendah bermaksud glukosa yang dikeluarkan oleh oat dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam tubuh dan ini akan membuatkan kita merasa kenyang lebih lama, memberi tenang dan baik untuk perkembangan otak dan daya fokus untuk anak-anak yang masih belajar dan semestinya untuk ibu-ibu yang nak mengurangkan berat badan.

No automatic alt text available.
cadangan pengambilan sebagai minuman harian
Image may contain: one or more people and text
jangan risau sebab susu ETSUMELL ni memang tak berbau hamis


No automatic alt text available.

Untuk susu Etsumell ni boleh hubungi seperti dibawah

Facebook : Etsumell Goat Milk HQ

Instagram : @etsumell_hq

Hotline : +6022-23451742


Read More

September 19, 2017

posted 1:01 PM by with 9 comments

Makan Malam di Sara Thai Kitchen, Kuantan

Waktu dalam perjalanan ke Kuantan, Acha dah dok mengomel cakap "Acha lapar la..jauh lagi ke Umi" hehe..memang si applepie ni memang kuat makan tu yang dia makin nampak bulat sekarang ni sampai d'hubby dok tegur jangan makan banyak sangat..hadoii

Lepas daftar masuk hotel, Umi telefon kawan tanya recommendation dan dia sarankan kam 2 - 3 tempat tapi kami pilih Sara Thai Kitchen sebab dah lama tak makan Tomyam..

Sara Thai Kitchen yang terletak di Pantai Balok, Kuantan ni memang nampak agak penuh waktu kami sampai walau bukan weekends jadi tu dah tanda yang positif makanan dia sedap kan hehe

Jom tengok apa yang kami makan dengan nasi putih sebab d'hubby ni bila malam dia kurang makan nasi sama la jugak dengan Umi kekonon nak jaga badan..hehe

memang sedap tomyam seafood kat sini sebab ada cendawan hehe..☆☆☆☆☆


kangkung goreng belacan tak menarik kan tanpa udang tapi yang pasti memang sedap ☆☆☆☆

seperti biasa fav si applepie ☺

ayam goreng halia pun sedap ☆☆☆☆
 
nasi goreng kegemaran KY Amanda ☆☆☆☆☆

yang ni pilihan Cik Meya ☆☆☆☆☆
Overall rating Umi bagi : 4½ ☆ 
Bab harga : reasonable

Buat sesiapa yang datang ke Kuantan dan nak mencuba masakan ala Thai boleh la singgah kat sini :

Restoran Wan Seafood & Tomyam
Sara Thai Kitchen
Jalan Gambut
Kuantan
Pahang Darul Makmur


Nota kaki : kami bermalam 1 malam di Kuantan dan keesokan harinya ke Pekan, Pahang untuk mendaftar masuk KY Amanda di UMP sebab tu kami berdinner kat Kuantan hehe
Read More

September 18, 2017

posted 2:00 AM by with 8 comments

Pertama kali menggunakan PosLaju Ezi Box

Nampak gaya Poslaju dah mengorak langkah untuk membaikpulih perkhidmatannya yang semakin tercalar dan semakin jauh dari hati ramai orang kan...alkisah Umi diumumkan sebagai pemenang hadiah dari blogger Sii Nurul 

Sii Nurul pun menghantar mesej yang hadiah telah dikurier siap dengan no parcel lagi tapi dihari PosLaju datang menghantar, tak de pulak orang kat ofis jadi diaorang tinggalkan surat untuk menghubung en posto dan dalam masa yang sama Umi pun dapat mesej peringatan untuk ambil barangan di EziBox @ Shell Wangsa Maju..wah dah kira advance kan.  Jadi petang 30 Ogos tu Umi pun terus ke EziBox dengan hati yang berkobar-kobar.

sms dari PosLaju


Ada dua pilihan bahasa yang kita boleh pilih semasa menggunakan PosLAju EziBox ni, jadi pilih Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

  1. Scan kod QR atau masukkan nombor PIN
  2. Isikan nombor postage, contoh EHxxxxxxMY
  3. Masukkan Pin nombor yang diberikan didalam mesej sms
  4. No penuh dan no kad pengenalan 
  5. Untuk resit, kita boleh pilih untuk dicetak atau dihantar ke email peribadi
  6. Laci yang bertanda akan dibuka untuk kita ambil barangan kita
  7. Resit akan dicetak yang mengatakan barangan telah dipungut

Mudah kan

Tapi pengalaman pertama Umi dengan EziBox ni tak semudah tu sebenarnya sebab tak de sebarang laci pun yang terbuka tapi Umi dapat resit yang dicetak mengatakan barangan telah dipungut, jadi apalagi Umi pun hubung PosLaju dan helpdesk kata akan hubungi..bukan apa cuma bimbang coklat tu mencair jer dan disebabkan esok tu cuti memang haruslah barangan tu Umi tak akan dapat sehinggalah minggu depan sebab kita kan cuti bersambung terus Hari Raya Aidil Adha



Selain dari tu kita juga boleh periksa dimana lokasi barangan kita tu dengan melayari https://www.tracking.my/couriers/poslaju

barangan telah selamat dihantar ke kediaman Umi pada 6 September yang lalu dan coklat pun dah selamat dimakan hehe
nota kaki:
Ezibox ni adalah perkhidmatan 24 jam serta percuma untuk pengguna dan setakat ni hanya di 60 lokasi dalam 4 daerah iaitu KL, Selangor, Johor dan Terengganu buat masa ni la.  Perkhidmatan ni dah bermula tahun lepas dah..tapi Umi jer yang baru tahu sebab selama ni PosLaju akan call kalau depa ketuk pintu tapi tak buka hehe.

Read More

September 17, 2017

posted 5:34 PM by with 11 comments

Memasak mudah Nasi Beriani Arab Al Hexa

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang baru ni, memang tak de ketupat palas, nasi impit, kuah kacang, rendang atau pun gulai daging apalagi kuih raya semua tu gara-gara tidak berapa sihat dan kepadatan jadual yang entah apa2 tah jadi Umi pun merancang untuk masak nasi beriani Arab je yang lebih mengenyangkan dan bahan-bahan pulak tak renyah kan walau sebenarnya ni lebih kurang macam try and error tau..hehe.  Jom tengok apa hasilnya ok
Rempah Nasi Beriani Arab Al Hexa
Memang sangat mudah kalau mengikut arahan kat bekas rempah lebih-lebih lagi buat kita ibu-ibu yang sibuk dengan kerja dan kalau tak kerja pun tugasan sebagai surirumah pun memang tak terbuat nasi beriani ni kan..jadi jom kita cuba okay..

  • Rendam 4 cawan beras basmati selama 30 minit kemudian toskan
  • Tumis 2 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, rempah 4 sekawan sehingga wangi
  • Masukkan 3 sudu rempah beriani arab AlHexa, tumis hingga pecah minyak 
  • Masukkan beras, 6 cawan air, garam dan biarkan mendidih
  • Apabila nasi hampir kering, kecilkan api dan tanak nasi sehingga masak
ni la rupa Nasi Beriani Arab yang dimasak tanpa apa-apa bahan tambahan sebab petang raya mana ada kedai yang buka dan ada menjual kelengkap yang lain 
Nota kaki : Memang tak perlu tambah bahan-bahan lain kalau guna rempah Al Hexa ni dan walau pun tak guna beras basmathi rasa nasi ni memang masih terbaik dan bagi Umi gandingan yang baik untuk Nasi Beriani Arab ni kena ada daging masak hitam dan acar dan kalau ada kerajinan lebih boleh la goreng papadom.

Al Hexa ni juga mengeluarkan pelbagai jenis rempah yang lain, klik SINI

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, bolehlah hubung team Al-Hexa seperti dibawah

Hexa Food Sdn Bhd
No 4, 8, 12, Jalan Teluk Batu 9
Batu 4 1/2, Jalan Kebun, Seksyen 36
40600 Shah Alam, Selangor
Malaysia

Tel : +603 51622920 / 22
Fax : +603 5162 2921
Read More

September 14, 2017

posted 5:30 PM by with 18 comments

Giveaway Blog by CikRenex

Jom kita ramai-ramai join GA dari Cik Renex dan seperti biasa sila klik kat banner ok


Wajib:
1. Follow Blog Bycikrenex

Tak wajib tapi digalakkan: *hahahaha

7. Buat entri bertajuk "Giveaway Blog Bycikrenex", letak banner di atas di dalam ruangan entri  dan backlink sekali
8. Jangan lupa tinggalkan URL entri anda dalam ruangan komen post ini ye.


Cik Renex mencari TIGA ORANG PEMENANG BERTUAH. Apa hadiahnya??

Cash RM10 + Keychain Nama

Pemenang dipilih melalui http://www.random.org

Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017. 


Read More

September 13, 2017

posted 1:54 PM by with 11 comments

Fikry Ibrahim dalam Cekelat Semanis Honey

siapa yang dah tonton Cekelat Semanis Honey? Umi baru jer 2 minggu lepas tonton dan terus jatuh hati dengan lakonan hero yang sedang meningkat naik ni si Fikry Ibrahim bergandingann dengan heroin Siti Nordiana yang memang tampak serasi tapi yang tak boleh tahan tengok karakter Fikry sebagai Adam Iskandar seorang pelakon kayu hehe sangat popular pulak tu ada manager yang hadoiiii buat senak perut siapa lagi kalau bukan Zurin Aziz.  

Kalau nak tau, korang kena la tonton telemovie Cekelat Semanis Honey tu ok

Serius memang tak rugi tonton tau. Jom kita kenal siapa Fikry Ibrahim ni yang ala-ala anak mami pun ada ni



Pertama kali tengok lakonan Fikry ni dalam Hero Seorang Cinderela lakonan Fattah Amin dan Fazura dan dalam hati dok kata la no bad jugak mamat pilot ni lepas tu dengar slang dia dalam bahasa utaqa yang rupanya dia pun dok kata memang payah nak hilang hehe.

Rupa-rupanya dia ni peserta Maharaja Lawak tau dan pemenang tempat ke tiga Lawak Solo 2016 dan anak jadi Jitra, Kedah...patut la pekat nooo dia punya slang.

Semoga Fikry Ibrahim terus berjaya dalam bidang lakonan.

Image result for fikry ibrahim
Image result for fikry ibrahim
Fikry bersama @Nanarayyan..alolo comelnya Nana dgn bercermin mata tuu
Image result for fikry ibrahim


Nama Penuh : Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim

Nama Komersial : Fikry Ibrahim

Tarikh lahir : 1994

Status : Bujang





Read More

September 10, 2017

posted 5:46 PM by with 9 comments

Novel : Qaseh Nuraalia Imani


Novel : Qaseh Nuralia Imani
Penulis : Arin Arida
Jumlah mukasurat : 699


"Entah perempuan manalah yang walid dengan umi KUTIP untuk dijadikan bini aku ni?" - Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iqrami

"Saya dah tiada masa untuk jatuh cinta kali kedua Inami chan" - Kusano Akira

" Takdir Allah adalah takdir terindah.  Redalah dengan ketentuan-Nya kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah" - Nuralia Imani

"Sebab ilmu untuk dikongsi dan disebarkan bukan untuk dibanggakan" - Nuralia Imani

NurAlia Imani seindah namanya seindah peribadinya.  Gadis yatim piatu dari golongan berada namun hidup dalam kesederhanaan dan menjalani kehidupan seorang wanita muslim serta berniqab. Usai tamat pengajian di Jepun dia kembali ke tanahair serta menjadi sukarelawan di rumah perlindungan warga emas Tautan Kasih. Pandangan pertama kali dari kejauhan membuatkan Tan Sri Syed Izzudin terpikat untuk melamarnya menjadi menantu dan isteri kepada anaknya Syed Iskandar Dzulkarnain namun ditentang hebat rancangan Walid dan Uminya kerana cintanya yang sangat mendalam kepada Bella.

Iskandar akhirnya akur dengan permintaan berkahwin dengan gadis yang digelar sebagai MUMIA pilihan Walidnya juga atas pemintaan sikekasih hatinya Bella yang telah merangka strategi supaya kedua orangtua Iskandar akan dapat menerimanya sebagai menantu kelak. Nuralia akhirnya menjadi isteri Syed Iskandar namun sisuami yang terpaksa merasa benci malah sering diherdik dan acapkali disakiti hingga dimasukkan ke hospital.

Manakan mahu seorang lelaki yang bergaya, punya status, punya perniagaan hebat untuk memperisterikan seorang perempuan yang tidak dikenali dan tak boleh dilihat wajahnya entahkan hodoh dan kemungkinan bisu sebab Alia tak pernah membuka hijab, niqab dan malah tak pernah bersuara yang membuatkan hati Iskandar semakin sakit hingga sanggup melukakan siisteri serta menidakkan status dan harga seorang isteri. Bagi Alia pula dia hanya akan membuka hijab serta niqabnya apabila sisuami menerimanya dengan seikhlas hati malah dia perlu melindungi wajahnya kerana wajahnya telah banyak menimbulkan masalah sebelum ini.

Iskandar merasa kecewa bilamana dia menyaksikan Bella bersama lelaki lain hingga menyebabkan dia hampir lemas namun diselamatkan isterinya. Alia yang cuba menyelamatkan suaminya akhirnya hampir tewas dan ketika itulah Iskandar dapat melihat wajah sebenar isterinya. Jatuh cintakah Iskandar pada isterinya?

"Hey you ni siapa ha? Berani masuk rumah sayang I ni? " Soal Zarul sambil bercekak pinggang dihadapan Syed Iskandar

'Encik Kusano Nakamura berminat dengan proposal Encik Is?" soal Naudir teruja

"Dia buat begini sebab dia tidak mampu untuk jatuh cinta pada orang lain" - Muhammad Aizawa Kusano Abdullah

Kehadiran dan kesediaan Kusano Akira 'Akira chan' menjadi senjata Bella untuk merosakkan hubungan Iskandar dan Nuralia  dan akhirnya Nuralia dihalau keluar  tanpa usul periksa.  Akhirnya Iskandar sedar dan menyesal dan kematian Akira chan ditembak untuk menyelamatkan Nuralia membuktikan betapa besarnya perasaan Akira Chan terhadap Nuralia hingga sanggup menggadai nyawa.

"Cinta itu anugerah Allah, Qaseh.  Dia tahu siapa yang tterbaik untuk kita. " - Syed Iskandar

Nota kaki : Novel ni Umi dah baca lama dulu rasanya tahun 2015 atau sebelum dan memang best cerita ni dan highly recommended sangat.




Read More
posted 12:18 AM by with 6 comments

Get rid of bacteria with IBKEEO Premium Mouthwash

Have anyone ever experience bad breath? Oral hygiene is very essential to everyone and having bad breath will definitely spoil your day and make you feel low self esteemed when talking to other people or hugging them or they might see your tooth decay or perhaps seeing stain on your teeth.  No matter how often you brush your teeth and then use the popular mouthwash product in the market, it is never resolve your problem yet the taste of the popular mouthwash product will make think twice because of its burning feeling sensation when you use it..unlike IBKEEO Premium Mouthwash that will make you feel so clean, smells good and feeling confident when talking to people around you.


Introducing the IBKEEO a Premium Oral Hygiene Mouthwash that is enhanced with with quality ginseng extract, white peony (an active antibacterial ingredient, preventing growth of bacteria), tea tree (helps to remove protein leftover in the mouth and eliminate bad breath) and licorice (activates salivary glands, prevent dry mouth, and cleans oral hygiene). 


What is periodontal ligament stem cell?
Periodontal ligament stem cells form cementum, periodontal ligament and alveolar bone. These structures firmly lock our teeth in its position on the alveolar bone. As our age increases, the functions of periodontal ligament stem cells gradually decelerate. Cementum, periodontal ligament and alveolar bone gradually shrink in size, leading to loose teeth and tooth loss. 

Ginsenosides help to strengthen periodontal ligament stem cells, forming healthier cementum and periodontal ligaments.


What is the ingredient of this great mouthwash?
IBKEEO Premium Oral Hygiene Mouthwash is enhanced with the following:
1. quality ginseng extract, white peony (an active antibacterial ingredient, preventing growth of bacteria)
2. tea tree (helps to remove protein leftover in the mouth and eliminate bad breath)
3. licorice (activates salivary glands, prevent dry mouth, and cleans oral hygiene).

Do you know that proteins elements cover our teeth and gums?
Usually after meals, oral bacteria and food will attach themselves to this protein membrane. Combined with a body temperature of 37c. It’s a perfect breeding ground for bacteria! Plaques form easily in this condition without proper cleansing. Hence, to prevent oral and gum diseases, always rinse with IBKEEO Premium Oral Hygiene Mouthwash after meals for healthier and greater oral hygiene. According to Dr. Stan Waller from a private dental practice in New York, the best oral hygiene is achieved via a clean tongue. Under the microscope, our tongue is like a carpet with thousands of fibers – they form a “net” that constantly capture bacteria and food without us knowing it. Hence, a good quality oral hygiene solution is necessary to ensure total oral cleanliness.



HOW TO USE? AS EASY AS ABC, JUST NEED 4 EASY STEP


1. Pour 10-15ml IBKEEO Oral Hygiene Solution into a cup

2. Empty cup into mouth and gargle for 20-30 seconds

3. Spit out and you will see visible protein leftovers

4. Enjoy fresh breath and healthy oral hygiene


My experience using IBKEEO Korea Premium Mouthwash is 'a must mouthwash" daily every night and every time I out to meet client because I feel good and confident to talk with them in near distance.  The taste of ginseng make me feel zesty and most importantly it is alcohol free and the protein leftovers are 99.9% disappeared from my mouth thus I will have no doubt about the cleanliness of my teeth.  Get one for you now and you will never regret!

SAY GOOD-BYE TO BACTERIA, ORAL HYGIENCE, LIKE NEVER BEFORE!

IBKEEO mouthwash can be purchase directly from http://ibkeeo.com/ promotion for RM98 (West Malaysia) and RM108 (East Malaysia) and its free shipping!

Also that IBKEEO Premium Mouthwash will be out with new flavor soon, so stay tune!

More Info Please Log On to http://ibkeeo.com/


Read More

September 6, 2017

posted 11:31 PM by with 3 comments

Zaki Bijak | Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com






Read More