September 19, 2017

Makan Malam di Sara Thai Kitchen, Kuantan

Waktu dalam perjalanan ke Kuantan, Acha dah dok mengomel cakap "Acha lapar la..jauh lagi ke Umi" hehe..memang si applepie ni memang kuat makan tu yang dia makin nampak bulat sekarang ni sampai d'hubby dok tegur jangan makan banyak sangat..hadoii

Lepas daftar masuk hotel, Umi telefon kawan tanya recommendation dan dia sarankan kam 2 - 3 tempat tapi kami pilih Sara Thai Kitchen sebab dah lama tak makan Tomyam..

Sara Thai Kitchen yang terletak di Pantai Balok, Kuantan ni memang nampak agak penuh waktu kami sampai walau bukan weekends jadi tu dah tanda yang positif makanan dia sedap kan hehe

Jom tengok apa yang kami makan dengan nasi putih sebab d'hubby ni bila malam dia kurang makan nasi sama la jugak dengan Umi kekonon nak jaga badan..hehe

memang sedap tomyam seafood kat sini sebab ada cendawan hehe..☆☆☆☆☆


kangkung goreng belacan tak menarik kan tanpa udang tapi yang pasti memang sedap ☆☆☆☆

seperti biasa fav si applepie ☺

ayam goreng halia pun sedap ☆☆☆☆
 
nasi goreng kegemaran KY Amanda ☆☆☆☆☆

yang ni pilihan Cik Meya ☆☆☆☆☆
Overall rating Umi bagi : 4½ ☆ 
Bab harga : reasonable

Buat sesiapa yang datang ke Kuantan dan nak mencuba masakan ala Thai boleh la singgah kat sini :

Restoran Wan Seafood & Tomyam
Sara Thai Kitchen
Jalan Gambut
Kuantan
Pahang Darul Makmur


Nota kaki : kami bermalam 1 malam di Kuantan dan keesokan harinya ke Pekan, Pahang untuk mendaftar masuk KY Amanda di UMP sebab tu kami berdinner kat Kuantan hehe

10 comments:

  1. Tomyam kalau bubuh udang memang best..

    ReplyDelete
  2. mengundang kelaparan yang melampau ni tatkala baca di tgh malam... huarghhhhh

    ReplyDelete
  3. nasi goreng my favourite food.baru je sudah makan nasi goreng ni

    ReplyDelete
  4. Yeaahh ana dah pernah ke sini awal tahun ni. Pulut mangga dia terbaik kak.

    ReplyDelete
  5. Fuhhh sedapnya tomyam tu nampak! 😊

    ReplyDelete
  6. Memang sedap makanan kat sini. Ena selalu try Nasi Goreng Sotongnya. Paduuuu!

    ReplyDelete
  7. Wow tomyam tu nampak pekat sedap...

    ReplyDelete
  8. Wow, dalam banyak makanan kangkung goreng belacan paling memikat hati saya.. hihihi

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!