September 17, 2017

Memasak mudah Nasi Beriani Arab Al Hexa

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang baru ni, memang tak de ketupat palas, nasi impit, kuah kacang, rendang atau pun gulai daging apalagi kuih raya semua tu gara-gara tidak berapa sihat dan kepadatan jadual yang entah apa2 tah jadi Umi pun merancang untuk masak nasi beriani Arab je yang lebih mengenyangkan dan bahan-bahan pulak tak renyah kan walau sebenarnya ni lebih kurang macam try and error tau..hehe.  Jom tengok apa hasilnya ok
Rempah Nasi Beriani Arab Al Hexa
Memang sangat mudah kalau mengikut arahan kat bekas rempah lebih-lebih lagi buat kita ibu-ibu yang sibuk dengan kerja dan kalau tak kerja pun tugasan sebagai surirumah pun memang tak terbuat nasi beriani ni kan..jadi jom kita cuba okay..

  • Rendam 4 cawan beras basmati selama 30 minit kemudian toskan
  • Tumis 2 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, rempah 4 sekawan sehingga wangi
  • Masukkan 3 sudu rempah beriani arab AlHexa, tumis hingga pecah minyak 
  • Masukkan beras, 6 cawan air, garam dan biarkan mendidih
  • Apabila nasi hampir kering, kecilkan api dan tanak nasi sehingga masak
ni la rupa Nasi Beriani Arab yang dimasak tanpa apa-apa bahan tambahan sebab petang raya mana ada kedai yang buka dan ada menjual kelengkap yang lain 
Nota kaki : Memang tak perlu tambah bahan-bahan lain kalau guna rempah Al Hexa ni dan walau pun tak guna beras basmathi rasa nasi ni memang masih terbaik dan bagi Umi gandingan yang baik untuk Nasi Beriani Arab ni kena ada daging masak hitam dan acar dan kalau ada kerajinan lebih boleh la goreng papadom.

Al Hexa ni juga mengeluarkan pelbagai jenis rempah yang lain, klik SINI

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, bolehlah hubung team Al-Hexa seperti dibawah

Hexa Food Sdn Bhd
No 4, 8, 12, Jalan Teluk Batu 9
Batu 4 1/2, Jalan Kebun, Seksyen 36
40600 Shah Alam, Selangor
Malaysia

Tel : +603 51622920 / 22
Fax : +603 5162 2921

12 comments:

  1. sedapnyaa lahai.. hehe. nasi beriani! mudah dan senang dgn adanya ramuan tu kan umi

    ReplyDelete
  2. wah senang je buatnya...berminat sangat nak beli rempah ni...tq umi info nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Lina..memula cuak jugak takut susah tapi rupanya memang sgt menyenangkan buat kita yang bukan pakar memasak ni

      Delete
  3. SEdapnya lahai..lg2 tgh hujan nie..aduyaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..hari tak hujan pun sedap jugak Mas..hehe

      Delete
  4. Mudah juga kalau ada rempah cengginie.. jimat masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah Sha...tiap2 hari pun boleh buat sbb rempah dia mmg terbaik

      Delete
  5. Replies
    1. fav ya...mmg kena simpan stok la ni tau hehe

      Delete
  6. Tempting ngat ngat! Boleh beli rempah jenama tu lepas ni. Dapnyaaaa

    ReplyDelete
  7. Saya pun pakai produk jenama nie, jenis mandi ayam.. memang best dan sedap pakai rempah nie..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!