Sedapnya Kerabu Pakurawan Kerang dan Beras Sangai

Thursday, September 28, 2017 8 Comments A+ a-

Mesti ramai yang tak kenal pokok paku rawan ni sangat sedap kalau dibuat kerabu.  Selalunya orang Utara mesti kenal pokok paku rawan, tumbuah aquatic yang tumbuh meliar di parit, sungai dan di taliair tapi air bersih, kalau air kotor tumbuhan ni akan mati. Ada juga yang buat goreng tapi sejujurnya rasanya sangat pelik, tap selera kita tak sama kan. 

Ok, ni nak kongsi resepi kerabu paku rawan yang selalu mak buat sekiranya dia dapat pucuk paku rawan ni. Memang favourite mak dan abah.

Sedapnya Kerabu Pakurawan Kerang dan Beras Sangai

Bahan-bahan:
1 - 2 ikat pucuk paku rawan
½ kilo kerang (ikut kesukaan sendiri)
10 tangkai cili kering, dibuang biji
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
sedikit belacan
½  cawan perahan air asam jawa
1 gengam beras
2 - 3 sudu besar kerisik
1 labu bawang besar, dihiiris (kalau suka, tapi untuk resepi kali ni tak bubuh sebab dah habis stok)
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:

Pertama:
Beras disangai (goreng kering tanpa minyak, tanpa air) hingga kekuningan dan sedikit gelap tapi bukan hangit kemudian di tumbuk tapi jangan sampai hancur.
Nota : Beras dibilas dengan laluan air bukan macam kita basuh beras untuk masak nasi.  Pastikan beras ditoskan dan betul-betul kering sebelum disangai.

Kedua:
Kerang direbus tanpa air (pun boleh direbus menggunakan air tapi kemanisan kerang hilang sebab air tu kita akan buang kan, tapi terpulang). Biarkan sejuk, kemudian dikopek dan letak tepi.

Ketiga:
Cili kering, belacan, bawang kecil, bawang merah, halia dan belacan serta asam jawa ditumbuk hingga lumat.  Umi tak guna air perahan asam jawa tapi asam jawa homemade buatan kakak ipar yang agak kering cuma masa menggaul letak sedikit air.


Sedapnya Kerabu Pakurawan Kerang dan Beras Sangai

  1. Pucuk paku rawan yang telah direbus, ditoskan airnya.
  2. Sedia untuk digaul dengan cili yang ditumbuk dan masukkan pekatan perahan air asam jawa. 
  3. Pucuk paku rawan yang dah sebati dengan bahan-bahan dimasukkan kerisik dan digaul
  4. Akhir sekali taburkan beras yang telah disangai, ditumbuk dan digaul rata.  Aroma dari beras dan gabungan kerabu tu memang cukup bukan kecur air liur


Sedapnya Kerabu Pakurawan Kerang dan Beras Sangai
Semua bahan dah dimasukkan, dah digaul rata dan sedia untuk di makan tapi bila dah siap memang tak sah kalau tak ratah dulu. Bagi Umi kalau dapat ni dengan nasi panas pun dah cukup.

Selamat mencuba


8 Comments

Write Comments
28 September 2017 at 16:29 delete

macam ni rupanya pakurawan , CCL tak biasa makan lagi

Reply
avatar
Lina Shaza
AUTHOR
28 September 2017 at 17:32 delete

first time ni lina dengar nama pakurawan...nampak sedap

Reply
avatar
Shafyqah Azry
AUTHOR
29 September 2017 at 12:08 delete

firstime tahu kewujudan pakurawan ni. sedapnya kerabu

Reply
avatar
11 April 2019 at 11:58 delete

kalau orang perak, cendawan ni org panggil cendawan syisyor

Reply
avatar
Fuzy Hamid
AUTHOR
11 April 2019 at 23:55 delete

selalu belah utara tau ler pakurawan ni CCL especially belah Kedah, Parit Buntar dan kalau tak silap org Jawa pun yg tahu..

Reply
avatar
Fuzy Hamid
AUTHOR
11 April 2019 at 23:55 delete

mmg sedap Lina esp kalau buat kerabu..

Reply
avatar
Fuzy Hamid
AUTHOR
11 April 2019 at 23:56 delete

aikk org Kedah tak tau..hehe kalau tanya tok atau mak Pikah mungkin depa tau kot

Reply
avatar
Fuzy Hamid
AUTHOR
11 April 2019 at 23:57 delete

Kinah ni bukan cendawan syisyor...ni paku rawan...cendawan syisor ni buat goreng atau masak lemak cili api..sedapp

Reply
avatar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!