October 29, 2017

Daun Turi berkhasiat untuk kesihatan

Umi rasa ramai orang muda sekarang yang tidak kenal pokok turi ni kan walau sebenarnya Umi pun bukan la lama kenal daun ni ^ ^.  Semalam waktu ke Pasar Keramat ada pulak daun turi ni jadi Umi terus beli untuk buat juadah keluarga.  Tapi kena berjaga-jaga jangan terambil daun yang dah tua, jadi bila masak tu rasa pahit.  Selain dibuat masak lemak, ada juga orang yang buat goreng atau dicelur dicicah dengan sambal belacan..memang sedap sangat.

Resepi ringkas Masak Lemak Putih Daun Turi cara Umi

Bahan-bahan :
1 ulas bawang kecil, 1 ulas bawang putih, cili kering dan sedikit ikan bilis

Cara membuatnya:

Rebus ubi keledek hingga lembut bersama bawang putih dan bawang merah.  Bila hampir empuk, masukkan daun turi dan direbus hingga layu.

Masukkan santan cair dan dikacau hingga rata dan bila nampak hampir mengelegak, masukkan santan pekat, biarkan dalam kurang 2 minit dan tutup api.

Masukkan garam sesedap rasa

Nota : 
Kalau suka letakkan telur pun boleh, masukkan sebelum dimasukkan santan pekat.  Memang sedap tapi untuk kali ni Umi cuma letak ikan bilis jer



Kenali Pokok Turi
Pokok turi atau nama saintifiknya sesbania grandifloa pers, sejenis sayuran kampung yang enak juga dipanggil keti di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

pokok turi atau keti atau geti
Nutrien-nutrien untuk badan yang terdapat pada pokok turi

  • Daun turi mengandungi banyak protein, mineral vitaman dan sponin tidak toksid.
  • Buahnya mengandungi banyak gula dan vitamin B
  • Biji buah mengandungi antara 40 - 70 peratus protein
  • Pokok turi turut menghasilk sejenis gam yang mengandungi agatin, basorin, zantogatin, resin dan juga tanin.


bunga pokok turi
Kayu pokok turi seringkali digunakan untuk mengapungkan jala dan kayu api selain itu dijadikan pulpa dalam industri kertas.

Pokok turi ni sebenarnya bernilai tinggi dalam perubatan tradisional dan antara kegunaanya adalah :

Kulit pokok 

  • Direbus  dan airnya diminum untuk ubati sakit perut dan cirit-birit serta boleh melegakan masalah asid di bahagian perut.

  • Ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat penyakit ulser dalam mulut.

  • Air rebusan juga boleh  dijadikan tonik dan ubat bagi mengatasi masalah demam panas, pendarahan dalam sisterm pernafasan dan melawaskan pembuangan air besar.
  • Ditumbuk untuk mengubati masalah kulit berkudis yang gatal dan berjangkit.


Bunga turi
  • Air rebusannya boleh melawaskan pembuangan air besar dan juga menghaluskan kulit


Akar pokok turi 
  • Ubat untuk mengubati demam malaria


Daun pokok turi 
  • Ditumbuk lumat dan dijadikan ubat pada bahagian yang terseliuh lebam, luka dan bengkak

  • Cecair dari daun yang diramas atau kulit kayu turi boleh digunakan untuk mencucui mulut dan kerongkong sekiranya kita mempunyai masalah penyakit mulut dan kerongkong.

4 comments:

  1. huhu sedapnyer daun turi masak lemak...banyak rupanya khasiat dia eh...

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak makan turi masak lemak. Sedapnya...

    ReplyDelete
  3. Pernah nampak tapi tak tahu pula boleh makan..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!