October 24, 2017

Elakkan diri dari strok haba

Musim panas datang lagi! Kalau kita tak jaga diri kita betul² kita boleh terkena strok haba! Panaih baq hang..bak kata orang utaqa hehe. Memang terasa sangat kepanasan cuaca sejak awal bulan  ni lagi dan terasa semakin terik dihujung-hujung bulan ni jugak kan. Pasti ramai yang terasa dan macam Umi memang sangat malas nak keluar dari pejabat untuk beli makanan apalagi kalau dah dekat rumah tu rasanya lebih seronok duduk dalam diam-diam sebab tak sanggup nak berpeluh bagai tapi itu bukan bermaksud kita boleh mengelakkan diri strok haba.

Dalam media massa pun dok diulang pasal strok haba...ishh ngeri kan jadi jom kita ambil langkah berjaga-jaga untuk kesihatan kita.  Keadaan panas ni akan membuatkan diri kita kekurangan air dalam badan atau dehydrated dan pasti memberi kesan ketara sehingga ramai orang yg sakit.. Pening, Demam, tekanan darah naik etc

Jangan ambil mudah. Air amat penting kpd badan kita terutamanya dlm keadaan cuaca sekarang. Minum secukupnya mengikut sukatan harian.

air putih cara terbaik untuk elak strok haba
Baca sampai habis kalau nak ingin sihat dan mengelakkan diri dari terkena strok haba.

Air merupakan suatu elemen yang sangat penting untuk tubuh manusia. Tapi sayangnya ramai yang ambil endah tak endah tentang keperluan air yang cukup untuk manusia. Bila di tanya, berapa banyak dah minum hari ini? Jawapan mereka, banyak. Walhal baru 2-3 gelas besar sehari.Tahukah anda 75% daripada badan kita adalah dipenuhi dengan air? Jadi, dengan hanya 2-3 gelas tidaklah mencukupi. Paling kurang ialah 8 gelas besar sehari. Ada juga kajian menunjukkan mestilah mengikut berat badan. Contohnya, setiap 20kg berat anda memerlukan 1 liter air, bermakna jika berat 80kg memerlukan 4 liter air! Air diperlukan tubuh untuk mengawal suhu badan, melindungi organ dalaman dan membantu peredaran oksigen dalam sel tubuh. Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan pelbagai masalah tubuh berlaku.

Bagi mereka yang sedang berusaha nak turunkan berat badan pula, pasti tak akan berjaya kalau air yang diambil seharian tidak mencukupi. Badan manusia ini cukup kreatif. Apabila ia kekurangan sesuatu, tubuh akan cepat-cepat memberi signal untuk kita tahu dan mengambil langkah awal.

10 tanda kalau badan kita kekurangan air:

1. Mulut kering dan lidah bengkak. Bibir kita merekah dan mengulas, itu tandanya kurang air. Begitu juga kalau lidah nampak bengkak lebih daripada biasa. Biasanya akan berlaku ketika kita dalam keadaan yang sangat haus.

2. Kulit menjadi kurang kenyal Cuba cubit bahagian lengan kita, kemudian perhatikan. Kalau nampak kurang kenyal atau lambat kembali kepada bentuk asal, itu bermakna kita mengalami dehidrasi, iaitu kurang air dalam badan. Segera dapatkan air dan minum!

3. Panas dalam badan. Pernah kita rasa tiba-tiba panas semacam, tapi badan tak berpeluh pun? Jika pernah, itu petanda badan kita kurang air. Apabila badan kurang air, suhu badan kita akan meningkat. Jangan selalu amalkan perkara ini, takut sistem organ terjejas.

4. Air mata kering Aduh! Asal bahang sangat kat mata ni? Pernah rasa tak? itu bermakna mata kita tidak lagi mengeluarkan air mata yang bertujuan mencuci dan melembabkan mata, disebabkan kurang air. Mata akan jadi kemerah-merahan dan kering.

5. Jantung berdebar-debar. Aliran darah boleh berkurangan disebabkan oleh dehidrasi. Ini akan menyebabkan akan berdebar-debar secara tiba-tiba disebabkan oleh perjalanan sistem badan yang tidak baik.

6. Pening Dehidarsi boleh menyebabkan kita pening atau pengsan. Biasanya terjadi ketika kita bangun dengan cepat daripada posisi duduk atau tidur.

7. Mudah penat, baru berjalan sedikit dah mengah. Dah tua ker aku nieh? Bukan dah tua, tapi kita tu yang malas nak minum air. Apabila air kurang, aliran darah akan berkurangan dan tekanan darah turut menurun. Oksigen dalam darah juga akan berkurangan. Ini akan menyebabkan otot dan saraf bekerja dengan lambat dan menyebabkan anda senang penat.

8. Kejang otot Biasanya berlaku kepada atlit atau orang yang aktif bersukan. Apabila melakukan aktiviti, badan akan berpeluh dan mengeluarkan air yang sangat banyak. Justeru, kita akan senang terkena kekejangan otot terutamanya yang banyak digunakan seperti betis kalau tidak minum air semula.

9. Air kencing berwarna kuning pekat. Bila badan anda kurang air, buah pinggang akan automatik cuba menjimatkan air dalam badan dengan mengurangkan pengeluaran air kencing. Tapi badan tetap juga perlu buang air kecil dan akibatnya, air kencing akan nampak gelap dan berwarna kuning pekat.

10. Susah buang air besar Seksanya rasa kalau terpaksa meneran berjam-jam dalam bilik air kan? Antara faktornya badan kurang air dalam usus, menyebabkan najis menjadi keras dan kering. Sebab itu susah nak keluar dan menyakitkan!

Minum jangan tak minum!

copy paste dari grup family

4 comments:

  1. dalam keadaan cuaca panas sekarang ni...air benda wajib kena minum lebih kan....hausss jer tekaknyer

    ReplyDelete
  2. cuaca skrg ni panas,jadi memang kena minum air kosong dgn byk...

    ReplyDelete
  3. panas sekarang ni kak.. nak tak nak memang kena minum banyak air masak.. takut nanti kena stroke haba plak.. sama2 berpesan kat anak2 kita kak.. semoga kita dilindungi selalu..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah mmg cuaca panas sangat kak. RIsau strok haba je

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!