October 29, 2017

Korea Drama Night bersama Sung Hoon

Umi ni bukan la peminat drama atau lagu-lagu dari Korea tapi bila dapat jemputan ke Korea Drama Night bersama Sung Hoon semalam yang bertempat di KLCC Plenary Hall memang tak pulak dilepaskan memandangkan waktu tu Umi free dan anak-anak pun teruja..bukan selalu pun kan pergi ala-ala girls day out gitu

kacak weh!
Sung Hoon dilahirkan dengan nama Bang In-Kyu pada 14 Februari 1983 di Daegu, Korea Selatan amat popular dengan drama My Secret Romance.  Dia juga perenang negara tapi berhenti akibat kecederaan..sebab tu badan dia nampak menarik kena dengan ketinggian dia..patut la melting sakan peminat2 dia tu..

Nak tau lebih lanjut klik SINI

sebelum menonton kita posing dulu ahh..

antara 3 pemenang kuiz yang menang photobook dan ditandatangani oleh Sung Hoon. Memang masa ni ramai bersorak sebab nampak tak mcm humble jer dia kan..

sebahagian dari peminat dan penyokong
Memang tak sangka ramai sungguh peminat Sung Hoon ni, maklum la orang kacak dan yang pasti muka dia tak macam sesetengah selebriti Korea yang ala-ala baby doll gitu.

Antara lagu yang dinanyikan adalah Pumping Jumping, You are the world of me (ost My Secret Romance), My Style yang rata-rata turut dinyanyikan penonton yang sememangnya peminat tegar K-pop.  Artis jemputan,  kumpulan The King yang turut serta menyanyikan lagu First Snow, Look Back, Makes Me High, The Ocean And You dan lagu First Snow dan Blue oleh special guest

Di waktu akhir Sung Hoon berbesar hati untuk memberi peluang kepada peminta untuk melihat dia lebih dekat tapi dengan syarat...tidak dibenarkan mengambil gambar, video atau apa saja.  Memang rasa rugi tak boleh selfie tapi dah dapat tengok dia dari jarak dekat pun cukup memadai dan memang ramai yang tak lepaskan peluang melihat depan-depan sipujaan hati ni. Mungkin tak mahu kes yang peluk memeluk bersama artis Korea yang lepas yang sangat kontroversi dulu, Sung Hoon mengambil pendekatan memakai sarung tangan dan hanya menghulur tangan untuk hi5 kepada semua peminatnya malahan sebuah meja diletakkan didepannya menghalang sebarang perlakuan dari peminat yang kekadang tu overboard malah dikawal dengan pihak security. Sekali tengok macam acara konvo pun ada bila semua peminat pulak beratur mengambil giliran untuk sentuh hi-5 dan sememangnya menjimatkan masa la tapi Umi dan anak-anak tak pulak ambil peluang sebab mau jejak jam 12 kot hehe kang tak pasal-pasal LRT tinggalkan kami...hee

Apa-apa pun memang puas hati la dengan persembahan bertenaga dari Sung Hoon dan artis jemputan.

Video yang Umi sempat ambil akan diupload di youtube/leyra69

Nota :
Eh ada pulak yang mengharap dapat tiket utk BAP pulak dah..hehe

12 comments:

  1. Replies
    1. hehe sy bukan peminat KDrama tapi suka la juga tengok bila anak2 melayan drama2 tu..tapi seriously Sung Hoon mmg kacak..

      Delete
  2. Bestnya umi dpt jumpa pakwe reen.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kacak dia CR..tahap macho la jugak..tapi nasib baik yg kat rumah tu lagi macho..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. memang layan sakan la..kira mcm girls day out gitu..hehe

      Delete
  4. wuhuuu...untungnya...drama korea ni kalau dah terjebak haruuuu....xleh wat keje nak tengok dia ajer...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Lina tu yg malas nk follow sangat..terjebak mmg parah..hehe

      Delete
  5. Seronoknya ummi dapat jumpa artis korea . Ummi seronok ke anak-anak seronok ? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..sesekali Umi pun nak berseronok-ronok jugak..haha

      Delete
  6. waa.. bestnye !!!!!! dapat tandatangan dia tak kak ?

    ReplyDelete
  7. Nice event.. Bagus juga pendekatan yang beliau buat..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!