October 20, 2017

Resepi | Kerabu Timun Bersantan

Sejak semalam dah lama teringin nak buat kerabu timun dan dok berlegar2 nak buat jelatah timun campur lobak atau timun dengan ikan kembung rebus atau timun dengan bawang ke..ntah la macam2 pulak dok terfikir nak buat kan.  Tapi sebab banyak pulak timun yang Abg Teh bagi beberapa hari lepas dan santan fresh pun ada jadi yang paling sesuai ialah buat kerabu timun bersantan yang bila makan mmg berpinggan2 hehe.  

Jom tengok cara mudah nak buat kerabu ni

ni resepi turun-temurun gitu dari mak tapi rasanya ada jugak yang tahu kot..

Bahan-bahan:
7 batang cili kering, dibuang bij, direndam dalam air supaya lembut *
* nak letak cili api pun boleh jugak
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
Segengam udang kering (buat sendiri sbb kalau yanb beli tu baunya pelik)**
1 sudu lada hitam *
Garam secukup rasa

*ditumbuk hingga lumat
**ditumbuk dengan agak kasar

2 biji timun dibuang kulit kemudian disagat/parut
1 labu bawang besar dimayang
1 cawan santan pekat

Cara-caranya:
  • Timun dibuang kulit dan disagat/parut dan diperah airnya. 
  • Bahan yang ditumbuk tu dimasukkan dalam bekas, masukkan sedikit santan lepas tu masukkan timun dan bawang besar - digaul rata dan akhir sekali habiskan santan, digaul hingga rata.
  • Masukkan garam secukup rasa. Siap!
bahan utama..timun dan cili juga santan..mudah kan

Kalau dah siap kerabu ni, goreng jer ikan kembung ke atau ikan masin dah memadai..mesti bertambah² tau.

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. takpernah tau pun kerabu timun bersantan haha nanti nak buatlah sebab sha suka kerabuuu

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!