October 24, 2017

Restoran Nasi Kukus My Mama

Kalau sesiapa ke bandar Kuantan, kalau rasa payah nak hadam ikan patin tempoyak atau dah jemu nak makan masakan ala Thai seperti tomyam atau masakan pantai timur yang lain, bolehlah ke restoran My Mama Nasi Kukus (NKMM) ni

Memang rasa bangga sebab restoran ni kira pelopor makanan segera Malaysia yang setanding KFC, Mc Donalds, Chicken Rice Shop dan lelain tau.  Banyak jugak cawangan dia kat Kuantan, Pahang ni selain di Gambang, Pekan, Air Putih, Taman Tas, Bukit Sekilau, Jaya Gading, Indera Mahkota dan akan datang di Tanjung Lumpur.  Khabarnya akan ada cawangan di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kelantan dan Terengganu jugak.  

Pertama kali Umi sampai ke sini sewaktu hendak daftar masuk KY Amanda di UMP dan si applepie yang sentiasa lapar bila tengok ayam goreng ni..hehe dan setiap kali ke Kuantan..memang tak pernah tak singgah beli bungkus dan makan kat tepi pantai sesambil kena tiupan angin laut...

Walau nampak sama macam yang dekat KL yang dijual kat gerai2 tepi jalan tu tapi yang ni memang paling sedap, dengan kuah kari yang cukup masak tak macam yang dijual kat KL tau pastu cili ijau yang pekat dan sedap tak cair dan buat lidah kita rasa menyusuk macam yang Umi selalu beli kat KL ni dan semestinya ayam goreng berempah NKMM yang memang sedap dan segar yang memang tersedap yang pernah Umi pernah makan.

Selain ayam berempah, kita boleh pilih ayam masak kicap, ayam merah yang kita boleh buat pilihan samada beli ala carte atau secara set.  So far dah berkali datang, pilihan kami semestinya ayam berempah...

memang sedap dengan kuah dan cili hijau yang menambah selera dan tak lupa ayam goreng yang sedap sangat

cakkk..hehe peminat tegar tu
kaunter untuk membungkus selepas kita membayar harga makanan
kita pilih bahagian ayam, dibungkus dengan nasi...memang terliur wehh
tulisan disalah satu dinding yang sangat  menarik











Alamat : 
A39 & A4`, Jalan Bandar Gambang 1, Pusat Komersial Bandar Gambang 1, 26300 Kuantan, Pahang

Telefon :
09-549 9969

website : 

Facebook : 

Instagram : 

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!