October 16, 2017

Review Novel : Cinta Untuk Disewa

Dah lama tak buat ringkasan atau ulasan novel bukan sebab tak membaca tapi feeling pada sesebuah novel tu yang nak Umi ulas tu kekadang tu terover pulak hehe.  Ok, kali ni Umi nak buat ringkasan antara novel yang meruntun jiwa, betapa mencintai bukan bererti memiliki, saling mencintai namun bukan ditakdirkan untuk hidup bersama dan sesungguhnya aturan Allah swt tu adalah sangat terbaik untuk kita.

Novel Cinta Untuk Disewa berharga RM11.92 melalui Google Play

Istimewanya review novel kali ni Umi rasa teruja sampai buat barisan pelakon mengikut watak yang Umi rasakan sesuai seperti dalam novel ni dan mungkin sesiapa yang membaca ringkasan Umi boleh carried away macam Umi jugak

Watak:
Anis Sofia - Tiz Zaqyah
Kamalrul Bahrain Haji Firdaus - Remy Ishak 
Ashraf Hadi - Aiman Redza

Lagu : 
Tergantung Sepi  - Hakim Rusli
Luluh - Khai Bahar
Terus mencintai - Siti Nordiana

Penulis : Lynn Dayana
Penerbit : Alaf 21
mukasurat : 670
Rating : *****


Kisah 5 sahabat Anis Sofia, Hafiz, Amran Iskandar dan kembarnya Jenny yang sangat akrab sejak dibangku sekolah, membesar bersama namun pabila meningkat usia masing-masing ada komitmen diri, bertemu jodoh maka hubungan semakin menjauh namun keperihatinan dan semangat setiakawan tak pernah pudar.

Anis Sofia usai tamat penggajian lebih senang bekerja sendiri dan memberi perkhidmatan membantu pasangan yang memerlukan bantuan macam Doktor Cinta tapi cinta untuk dirinya sendiri tak terbantu dan lebih memendam rasa dengan sifat suka mengalah dalam percintaan. Melepaskan seseorang kerana enggan berbalah malah dia yang menyukai teman akrabnya Iskandar hanya dalam diam walau jiwa bergolak menderita. Bukan tidak disedari Jenny atau Hafiz tapi kalau diri Anis sendiri tidak berusaha tiada sesiapa pun yang boleh membantu. Anis juga seorang gadis yang sangat komited sehingga setiap kes yang diambil diselesaikan dengan baik hingga terkadang tidak mengambil berat tentang kesihatan diri apatah lagi menjaga soal makan minum sendiri.

Nota : Umi tertarik dengan kesemua pepatah yang penulis letakkan disetiap bab dan kalau sesiapa yang berjiwa puitis tu pasti akan dapat menangkap maksud yang ingin penulis sampaikan.
1. seperti hati ditusuk selumbar, pedihnya hingga mata berkaca
2. seperti kabus menutup wajah, didepan mata, tidak terlihat jua
3. seperti bersembunyi mengikut emosi hingga memakan diri
4. seperti hati mengaburi akal, mengikut emosi hingga memakan diri
5. seperti langit runtuh lalu hati ku basah kedinginan
6. seperti guruh yang kuat, berita itu menggegarkan dunia hingga lari dari paksinya
7. seperti terbayang diruang mata mahu kusentuh kamu hilang jauh
8. seperti kaca yang menusuk, melukakan hati dan merosakkan sanubari
9. seperti tebu yang manis, janji dibibir tidak dihati 
10. seperti menghendap dalam gelita, lain diteka lain yang tiba 
11. seperti dongeng berperi, kau sentuh hati lalu kau lari
12. seperti bulan dilindung awan, puas dijengah tiada juga
13. seperti ombak menderu resah, membawa berita menusuk sukma
"Nanti bila umur kita cecah 30, kita tak kahwin lagi, aku pinang kau ya?" 
Iskandar dengan selamba membuat janji

14. seperti angin membawa khabar rindu, tidak berhenti mahu bertamu
15. seperti jantung mahu meloncat, datang resah berteman duka
16. seperti hati berjimba disaat dipeti pelangi pagi
17. seperti anugerah yang diberi, namun hilang sebelum disentuh
18. seperti mendapat sebongkah emas, mahu dipecah terasa sayang
19. seperti angin membawa pesan, khabar duka penuh airmata
20. seperti rahsia tidak terungkai, makin dipendam semakin berselirat
21. seperti laut tengkujuh, menghempas pantai mengubah pasir
22. seperti kemboja berbunga, harum menghias jiwa
23. seperti hati disambar petir, tenang seketika dan genap selamanya
Pada Anis, Kamal amazing, Anis pada Kamal sangat breathtaking. Pertemuan secara tidak sengaja dengan Anis disuatu majlis membuat Kamal tidak keruan dan tertanya siapa sigadis yang memikat hatinya. Tugasan yang diberkan Maryam bakal tunang Kamal untuk menyelidiki siapa Kamal diharapkan Anis tugasan untuk mengalih rasa sedih terhadap Iskandar yang akan berkahwin. Namun bagi Kamal itu menjadi kredit umpama datang menyerah untuk dia lebih mengenali siapa Anis. Kamal bukan calang-calang orangnya, bekas anggota polis dan kerjaya sebagai penyiasatan persendirian membuat Kamal bertindak lebih langkah dari Anis. Malahan setiap intipan Anis lebih mendekatkan Kamal kepadanya dan membuat dunia Anis tunggang terbalik dengan sifat perihatin dan kasih yang bersahaja membuat Anis jatuh hati namun cuba dinafikan kerana conflict of interest.


"Pedulikan Maryam, bila I boleh jumpa you lagi?" - Kamal

24. seperti digesek biola, iramanya terakan indah dikalbu rasa tidak bernoktah
25. seperti kasih yang tercalar, lukanya tidak nampak dimata
26. seperti bom jatuh, memusnahkan alam merosakkan paksi hati
27. seperti ketahuan walau mulut masih terkunci bisu tanpa kata
28. seperti riuh kedengaran, namun hati teguh di wilayah kesunyian
29. seperti ranting patah kuat kedengaran namun tidak dihiraukan

"Kalau aku, ambil kesempatan kenal Kamal sebab dia 'amazing'. Berapa ramai lelaki yang kau kenal dan termasuk dalam kategori itu?, Jangan lepaskan peluang" - Jenny
30. seperti sesat dipadang luas, jalan pulang tidak kutemui
31. seperti mekar haruman wangian yang memabukkan, namun kekal diingatan
32. seperti merah delima, meriahnya rasa saat dicintai
33. seperti doa yang tersekat dilapisan langit yang pertama
34. seperti rindu yang tidak mahu berkalih pergi walau puas dihindar
35. seperti nuri yang berlagu merdu, namun sayang hanya cerita duka
36. seperti hati ketahuan, tapi terus meneka mengelak kebenaran
37. Seperti sup panas yang menyelerakan, cintanya itu ibarat udara yang segar 
38 Seperti hadiah yang masih berbalut, rasa teruja melebihi segala rasa yang ada 
39. Seperti hati hilang di celah belahan awan, mahu diambil semula tidak kelihatan 
40. Seperti jauhari yang tidak berkilau, hanya batu di pinggir jalan
41. Seperti sunyi tidak bermuzik saat kau terus menyepi mendiam diri
Anis menarik diri untuk menyelesaikan kes Maryam namun kes baru Anis menyebabkan dia jatuh sakit dan berada dihospital hingga tidak hadir ke majlis kahwin Iskandar.  Kehadiran Kamal menjengah dan melawat membuat hati Anis berbunga mekar.  Bagi Kamal dia tidak sepatutnya bermain api namun bila hati meruntun minda, beginilah jadinya.  Masa silam Kamal menjadi sauh membebankan jiwa dan hatinya sudah lama hilang dengan seseorang bernama cinta hati tapi seakan kini telah kembali. 

"Kalau semua pun salah orang, bahagian mana yang salah you pulak?" - Anis 

"Hmm...for being here when I know, I shouldn't do this. I need to be somewhere else. You won't see me for at least a week - Kamal

Setiba di tanahair seakan tanpa sedar Kamal menamatkan destinasinya didepan rumah Anis. Kamal merasa sangat senang dan tenang bersama Anis dan buat Anis pula mengenali Kamal menjadikan Anis sangat berterus terang tanpa selindung.  Kepulangan Izrin  menagih kasih dari Kamal dan perangai meroyan Maryam menambah konflik jiwa Kamal. Kamal anak yang baik hingga tak mampu menolak cadangan ibunya untuk menjadikan Maryam menantu tapi jiwanya terus tertekan. 'I need to be away for a few days and this is how I feel..' 10 pasu bunga dihadiahkan Kamal buat Anis.

"You cannot do like this again, Kamal. Not ever again.  I have a life. You can't simply show up and expect me to follow all your wishes - Anis

'I don't know. You jaga diri juga. I will miss you" - Kamal

"Woi. bahaya. Nanti I bawa you balik jumpa mak I, macam mana? - Ashraf

"I suka cabar, I tak suka mengalah. You akan jadi tunang I, you akan kahwin dengan I.  Biarlah hidup kita sama-sama sengsara.  I tak suka Anis, so she can't have you" - Maryam

42. seperti garuda terbang tinggi, harapan hilang di balik pelangi 
43. seperti gendang ditabuh, iramanya menggetarkan jiwa yang kesayuan 
44. seperti lantai yang pecah, mahu dipijak takut terluka, namun itu saja jalan yang ada 
45. seperti bom yang gugur, kemusnahannya tiada siapa yang jangka 
46. seperti api marak membakar, air di lautan sudah kekeringan 
47. seperti belon berterbangan di udara, terlepas dari genggaman tidak akan kembali 
48. seperti rembulan kesiangan, cahahaynya menyeralah mencuri magika siang hari 
49. seperti jemu asyik bertandang, dihalau jauh tetap menjelma 
50. seperti batu disangka permata, nilainya tiada hanya menambah beban yang ada 
51. seperti kaca berserakan, bila dipijak luka lama berdarah semula 
Anis melarikan diri untuk menenangkan diri menjelang hari pertunangan Kamal dan Maryam, menemukan dia kembali dengan Ashraf, kekasih satunya atas dasar tugasannya dan Ashraf jatuh hati kepada Anis mencuba nasib untuk mengenali Anis dengan lebih dekat namun Anis cuba menghindari kerana konflik jiwa terhadap Kamal. Apa yang Anis tidak tahu, Kamal telah membatalkan pertunangan dengan Maryam.
52. seperti menunggu hujan di gurun yang kering, pastinya kelelahan 
53. seperti jambatan runtuh, kau di sana, aku di sini..jauh terpisah 
54. seperti bintang berguguran dari langit, cahaya indah menajadi mimpi ngeri penuh luka 
55. seperti tembok isu, tanpa kata, tanpa cerita hanya rahsia makin kukuh bersembunyi
56. seperti magnet yang rosak, mengapa hati ini terus tertarik kepada kamu? 
57. seperti pelangi selepas hujan, hadirnya memeriahkan rasa 
58. seperti peluru dilepaskan, ada nyawa bakal menjadi taruhan
59. sepeti rahsia yang terbongkar, realiti itu terasa pahit dan sakit
60. seperti piring hitam yang rosak, mahu dibuang sayang, mahu disimpan tiada gunanya
61. seperti mimpi di siang hari, tibanya malam akan adakah lagi mimpi?
62. seperti lalang, kau tidak mampu membuat keputusan
Kematian Maryam membuatkan Kamal rasa bersalah hingga enggan membenarkan Anis melawatnya di hospital malahan kedatangan Anis dari jauh dihancurkan dengan amanat Kamal yang enggan bertemu malah meminta Anis melupakan dirinya melalui ibunya.  Kamal terpaksa untuk memastikan Anis selamat tapi permintaan Kamal sangat melukakan namun Anis akur kerana dia rasa Kamal ingin berkabung atas kematian Maryam tunangannya. Anis terus sepi tapi Kamal masih sempat mengintai Anis dari kejauhan setelah dia pulih dari kecederaan.


♫♭aku tersungkur menunduk meraung

dan tiada siapa bisa merasakan
oh sakitnya hati ini♫♭

Bila Jenny memberitahu Kamal menarik diri dari bertunang serta menyaranan Anis supaya jangan mengalah membuatkan Anis berusaha memenangi hati Kamal.  Malah Anis berusaha bersaing dengan Izrin.  

"Let him go. He is not for you" - Izrin


Unreturnable. It's unreturnable. Your kinds words, your affections, your attentions towards me..its unreturnable. Once given, consider bonded for life - Anis

"Sesungguhnya, you seorang penipu. I tahu you masih sayangkan I - Anis

♫♭berat rasanya sukar diluahkan
bernafas ragu menghembus pilu
perasaan ini tergantung sepi ♫♭

♫♭♪disiksa hati yang menagih
harapan kasih yang menjauh
terpisah dalam kekalutan
jiwa yang tergantung sepi♫♭♪

63. seperti sehelai jala, biarlah hasilnya mampu menggembirakan semua
64. seperti satu lukisan, abstraknya pasti mengelirukan
65. seperti peta, ingatlah koordinatnya agar kau tidakk sesat
66. seperti lilin, cintaku malap ditiup angin malam tak diundang
67. seperti air mengalir tenang mudik ke hulu, yang dihilir menunggu tanpa jemu
68. Seperti taufan yang melanda, hadirnya memusnahkan segala yang ada
69. Seperti hujan pagi, suasana suram buat dunia berkabung jadinya
70. seperti lebah mencuri madu, lavendar itu tetap  cantik juga
71. seperti jarum dalam jerami, aku terus mencari dan mencari
72. Seperti didalam gelap, wajah kamu masih terang menjelma
73. seperti pavlova yang masih namun memudaratkan
74. seperti terasing jauh, kau pergi tak mungkin kembali
75. seperti lakon layar terbentang luas, fantasinya menaburi segala yang realiti
76. seperti tersembunyi di alalm rahsia, di depan mata tidak terlihat jua
77. seperti nasi menjadi bubur, segalanya jadi tidak menentu
78. seperti api marak membakar, rasa ini semakin menggila 
79. seperti gerbang terbuka, segala rahsia terbongkar juga
80. seperti muzik yang tidak mahu berhenti, lagu itu terus menguasai hati 
81. seperti amarah yang menggila, apinya marak membakar jiwa
82. seperti bunga mati kelayuan walaupun dibasahi embun dingin semalaman 
Kau tidak berhak bahagia!

Kejadian kereta dicalar, tayar kereta dipancitkan serta menerima kiriman pos dengan pisau berdarah namun setiap panggilan dan sms tidak dibalas Kamal namun akhirnya Anis terlantar di hospital akibat kemalangan menyebabkan Kamal bergegas serta membongkar rahsia antara Kamal dan Ashraf. Keperihatinan Kamal dan Ashraf mengundang persoalan kepada ayah uda Anis tapi siapa antara mereka yang menghuni hati Anis menjadi persoalannya.


"sejak bila you kenal Kamal"? "I bukan barang dagangan yang boleh diagih-agihkan" - Anis

Sewaktu dihospital, sekali lagi Anis hampir dibunuh dan dia nekad melarikan diri dari hospital untuk mencari kebenaran setelah kenyataannya mengatakan Maryam ingin membunuh dianggap hanya imiginasi dan tidak waras oleh Kamal.

"saya mahu Sofy selamat.  Siapa pilihan dia tidak penting" - Ashraf


 "semasa ditekup dengan bantal, dalam keadaan tidak boleh bernafas..saya tak rasa itu usikan. Nyawa saya tidak boleh dibeli dikedai, tuan" - Anis

Anis diculik dan menjadi kaku apabila merasakan muncung pistol dibahagian belakang badannya namun dia berjaya diselamatkan oleh Kamal.

" I am getting married, Anis"
"Anis..whatever happened between us, its over" - Kamal


"You buat I sukakan you. You pegang hati I dan kemudian you lepaskan entah ke mana-mana" - Anis

"Baiknya hati you kan, Kamal? Sangat baik kerana sudi pastikan I ada pengganti sebelum you berkahwin" - Anis 

Anis Sofia yang merasa tercabar bila Kamal menyerahkan kad undangan perkahwinannya dan apabila Kamal meminta dia melupakan segalanya, dia nekad untuk berkahwin lebih awal dari Kamal seterusnya Anis pergi meminang Ashraf..Ashraf berjanji memberi jawapan dalam masa 3 jam.

 "If I accept your proposal there few things you need to know. 
First, I will never let you go.  
Doesn't matter what happen in our life, we will be together to till the end.  
Second, you are my wife and I am your husband.  
Each of us have our own responsibilities to make this relation happen.  
Third I will do my best to be a good husband and lead you as a good Muslim and together we will seek for ALLAH blessings" - Ashraf Hadi 

83. seperti takdir tertulis, lari ke hujung dunia tetap bersama juga  
84. seperti merah delima, meriahnya rasa saat dicintai  
85. Seperti gendang meriah dipalu,  rentaknya menghidupkan cintaku
86. Seperti camar terbang jauh, membawa diri entah kemana destinasi  
87. Seperti guruh lantang berbunyi saat mentari cerah memancar 
88. seperti mentari cerah menerangi setelah hujan turun, taufan dan bah  
89. seperti awan indah menghiasi, saat cinta yakin mendiami hati  
90. seperti jelas dan nyata, rasa bahagia seperti mentari merah bercahaya   
14 hari suatu jangkamasa yang sangat singkat untuk persediaan perkahwinan dan Kamal sendiri akan mendirikan perkahwinan dalam masa sebulan lagi, bermakna Anis akan berkahwin lebih awal namun untuk sicinta hatinya, Ashraf yang terkenal dengan cerewetnya menguruskan segala persediaan. Tatkala 2 hari menjelang pernikahan Izrin menemui Anis dan meminta Anis menerima Kamal kerana Kamal mengakui masih menyayangi Anis.  Izrin juga tidak mahu Anis melukakan Ashraf kerana dia tahun Anis sebenarnya menyayangi Kamal.

Menjelang pernikahan, Anis masih berbolak balik, hati masih teringin mendengar suara Kamal namun hati dikuatkan untuk tidak menjawab panggilan serta melihat mesej darinya.  Kejadian Ashraf yang mengalami kemalangandi hari pernikahan membuatkan Kamal menemui Anis dan meminta Anis untuk memberi peluang kedua kepadanya.


"Jangan seksa Ashraf, Anis.  Jangan seksa diri you. You love me, 
We are meant to be together.  Tengok apa yang berlaku hari ni.  
Segalanya petunjuk daripada ALLAH, Anis. 
Yang patut menikah , kita. Bukan you dan Ashraf"  - Kamal 

Nota Umi:
Novel cinta yang thriller sikit ni memang menyebabkan dada sesak namun cantiknya kisah yang menceritakan persahabatan yang erat dan saling mengambil berat antara satu sama lain walau jauh kerana tuntutan kerja.  Lebih menarik hubungan Anis bersama keluarga dan ayah tiri yang lebih kepada ayah sendiri yang mengambil berat dan perihatin terhadap anak tirinya. Jalan cerita yang mula tenang setenang permulaan watak Anis dan kemudian rawan dan penuh keterujaan. Sesak, sebak Anis macam tu yang Umi rasakan.

Saling mencintai bukan bererti saling memiliki, memang kuatnya cinta Kamal dan Anis tapi bukan ditakdirkan untuk hidup bersama dan begitu indah tanpa ucapan cinta secara langsung cukup sekadar perbuatan dalam teka teki.

Kalau ikutkan Umi lebih suka watak Kamal mati tertembak semasa menyelamatkan Anis supaya Anis lebih tenang memilih Ashraf tapi kesian pulak kat Izrin kan.  Penulis sangat bijak membuat kita berteka-teki dalam banyak adegan bertemu dgn rakan lama tapi yang paling Umi suka penulis tetap tidak mematikan Izrin walau awalnya Umi nak Izrin mati atau disabit kesalahan sebab bagi Umi Anis sangat sesuai dengan Kamal, lelaki yang benar-benar dicintai dan mencintainya yang mana Anis berani meluahkan rasa hati tidak seperti sebelumnya.  Memang watak Kamal sangat amazing!

12 comments:

  1. wah terbaik umi...siap ada watak lagi....baru ada feel kan bila tahu siapa wataknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kannn..tapi seriously mmg best novel ni Lina..bila lagu tergantung sepi tu lagi terbuai2 watak2 dlm novell tu..hehe

      Delete
  2. Replies
    1. best cerita dlm novel niii...tak leh move on lagi niii hehe

      Delete
  3. Replies
    1. meh2 cepat..rapat2 dtg ambil kat rumah hahaa

      Delete
  4. menarik, best juga cerita ni. lama tak layan novel..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best Puan Wawa novel ni..sy masih tak boleh move on lagi dgn watak2 dlm novel ni

      Delete
  5. Banyak konflik dalam novel ni. Tp jalan cter mnrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg byk konflik jiwa dlm novel ni CR..yg menarik tiada ungkapan I love you tapi rasa cinta yang sangat indah..sgt istimewa..xleh move on lagi tau..huhu

      Delete
  6. bestnya semua ayat perumpamaan dia. Rasa macam boleh petik satu dua letak dalam entri :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg Farhana..silakan petik perumpamaan tu...tu yg sy letak semua sbb cantik betul perumpamaan tu semua...tag sy kalau sudi ya

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!