October 14, 2017

Tahniah CTDK hamil lagi

Alhamdulillah, Umi tumpang gembira bila dapat berita malam tadi yang penyanyi popular negara Datuk Siti Nurhaliza yang disahkan hamil sekali lagi dengan usia kandungan beliau telah memasuki 4 bulan, makin cantik dan berseri cik siti ni.




Umi doakan segalanya dipermudahkan buat CTDK  disepanjang tempoh kehamilan dan hingga melahirkan dan Umi pasti sebagai seorang ibu, kita akan tumpang seronok bila tau sesiapa juga hamil lebih-lebih lagi setelah menunggu untuk dikurniakan zuriat sebegitu lama kan.

Umi turut terasa teruja dan boleh pulak terkenang pengalaman hamil dan bersalin sebanyak 6 kali dengan pelbagai ragam kandungan namun semuanya selamat dan dilahirkan secara normal

1. Ayong Azmer - berat 3.79kg (24 tahun) / 2. Angah Ammar - berat 4.1kg (26 tahun) / 3. Kak Yang Amanda - berat 3.4kg (29 tahun) / 4. Kak Cik Iman - berat 2.6kg (29 tahun) / 5. Pumpkinpie Myea - berat 2.7kg (31 tahun) / 6. Applepie Iesha - berat 3.88kg (37tahun)
Pengalaman melahirkan bayi diusia 24 tahun tu memang sesuatu yang agak celaru sebenarnya apatah lagi tak banyak informasi tentang kehamilan seperti sekarang ni dan yang boleh kita google bila-bila mana namun Umi bersyukur sebab ada mak yang memberi tunjuk ajar serta suami yang tanpa jemu mengikut apa yang kita nak..hehhe memang pengalaman yang sangat indah bila terkenang DH menjaga dan memasak sewaktu dalam pantang.

2 comments:

  1. Dato ct ni memang comel tau, semoga baby dalam perut dato sihat selalu.

    ReplyDelete
  2. Saya gembira sangat masa dengar berita kehamilan Dato' Siti. Imma big fan of her <3

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!