November 2, 2017

Red Velvet | Gandingan Alif Satar dan Neelofa

Ha siapa tak kenal Alif Satar antara pelakon yang bagus dalam membawa watak dan juga sicantik manis dan masih single mingle Neelofa yang bergandingan dalam drama terbaru Astro, Red Velvet...hehe ramai dah buat entry pasal ni kan cuma Umi jer terlambat bukan apa sebab.......kena baca sampai habis la ya nak tau cerita pasal Alif Satar ni..
Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, tak berharta seperti putera raja, tapi cintanya yang paling manis dijiwa

Sinopsis Drama Red Velvet | diadaptasi dari karya Acik Lana mengisahkan tentang Helena yang bercinta dengan Fareeq suami kepada Suhaila namun perhubungan mereka tidak direstui Dato Fauzan ayah Helena yang kemudian berhasrat menghantar Helena ke luarnegara untuk menyambung pelajaran.  Fareeq mengajak Helena bernikah di Thailand tapi akhirnya tidak menepati janji dan mengecewakan Helena.  

Dalam kekusutan Helena membawa diri dan bertemu Izzat yang sinis, ego dan berlagak tak bertempat. Izzat seorang tuanpunya kedai bakeri sering mencari masalah namun ibu dan adiknya menyukai Helena.  Keadaan bertambah kusut bila Helena terpaksa bekerja dengan Izzat kerana kekurangan pekerja dan bermula bermacam-macam perkara dan akhirnya hati mereka bertaut kasih.  Bagaimanapun rahsia Helena akhirnya terbongkar dan apa kesudahannya? 

Jadi jangan lupa tengok drama romantis yang sangat menarik ni di Astro Ria 104, jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis yang menggantikan Awak Suka Saya Tak?

Barisan Pelakon :
Alif Satar - Izzat
Neelofa - Helena 
Hafidz Rosdhi - Fareeq

Image may contain: 2 people, text

Korang tau tak yang Alif Satar tu dulu jiran sebelah rumah Umi tau..tak percaya? cer tengok gambar dia masa bersekolah rendah dengan adik2 dia yang sekarang ni dah besar dan ada yang dah berkahwin.  Alif Satar ni satu-satunya anak lelaki dan punya 3 adik perempuan dan yang uniknya nama2 adik dia Min, Ain dan Jim. Mudah betul mama dan papa dia bagi nama kan..tak payah nak fikir banyak cuma ambil dari tulisan Jawi jer dan cukup pendek.

Pernah Umi tanya kata adik-adik dia mama tak nak tambah adik ke..nak tau apa jawapan yang Umi dapat?

mama nak letak nama Wassalammu kata Min adiknya..hehe

Apa pun memang layan tengok drama ni termasuk lakonan Neelofa yang agak berbeza watak dia dengan drama sebelum ni dan Alif jugak tak menghampakan dengan watak yang bersahaja.




Lirik Lagu Sesungguhnya Aku- Aliff Satar (OST Red Velvet)

Apaku rasa tak pernah kuduga
Hadir diri mu merubah semua
Dan tanpa ku sedari
Kau mengajar diriku
Membawa hidup erti baru
.
Sesungguhnya aku telah jatuh pada diri mu
Sesunguhnya aku cintai hanya diri mu
Kerna sesungguhnya ku sedari kau lengkapi diri ku
Sesungguhnya aku mencintai dirimu
sesungguhnya
.
Siapakah aku di dalam hatimu
Harus ku tahu kerna aku rindu
Dan tanpa ku sedari
Kau mengajar diriku
Membawa hidup erti baru
.
Kaulah yang terbaik
Yang benar diriku miliki
Kan ku berikan sepenuh jiwa
Hanya untuk diri mu
Sesungguhnya….


4 comments:

  1. gandingan yang mantap neelofa & alif satar!!gee pun sukaaa..hehe

    ReplyDelete
  2. Tak tengok citer ni..sinopsis mcm best

    ReplyDelete
  3. Ana pun suka lakonan aziz satar ni. Menjadi dan sangat bersahaja. Tp cerita red velvet ni tak tgk lg sbb nk hbs dulu semua ep baru marathon. Hehe

    ReplyDelete
  4. Suka lakonan Alif Satar ni, bersungguh sungguh dia pegang watak ni
    nampak sangat macam abang yang caring, anak lelaki yang tak suka tengok mak dia susah

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!