November 2, 2017

Makan Malam di The Cabin

Seperti biasa untuk bulan Oktober kalau nak buat sambutan hari lahir mesti buat duo celebration (jimat kan!...) sebab hari lahir Myea pada 7 Oktober dan Applepie pada 11 Oktober. Seperti kebiasaan untuk acara makan-makan ni pastinya akan dipilih hari Jumaat malam atau hujung minggu jadi boleh la nak borak lama-lama (konon jer la) tapi memandangkan DH pulak balik dari kerja luar daerah pada hari Selasa dan keesokkan harinya pulak Diwali jadi kali ni sambutan bertukar hari!

Dari waktu siang lagi Applepie dok sibuk mencari tempat untuk berkumpul makan-makan dan seharusnya western food sebab mudah pada kami la.  Akhirnya lokasi dikenalpasti sebab dekat dan tak perlu tempuh kesesakan jalanraya! Cari punya cari, dari satu kedai ke kedai lain, akhirnya Kak Yang mencadangkan kami ke Cabin di Taman Melawati.

October babies..Myea dan Iesha

simple jer interior kedai ni

beef cabonara pilihan KY dan KC

Grilled chicken chop pilihan Umi dan Angah Ammar

Pizza pilihan Ayong Azmer

Grilled Lamb with blackpepper sauce and mint sauce untuk DH

Seafood cabonara untuk Myea

Bolognese Meatball


Family style restaurant macam yang tertulis kat FB dia..memang tepat sebab kedai ni macam dijalankan oleh adik-beradik dan kita rasa cozy dan relax dengan susun atur dekorasi yang sangat minimalist.

Berkenaan makanan >> sedap dan murah.  Rasanya roti bawang putih yang dihidangkan sebagai sampingan tu memang sedap dan rasanya homemade roti.  Kentang aka wedges yang disediakan pun sedap dan rangup begitu juga sos lada hitam. Pizza yang disediakan pun sedap  dan tidak mengecewakan

Apa yang Umi nak syorkan >> Grilled chicken chop atau Grilled Lamb yang dihidang bersama jagung yang telah siap diperisi dan sos mint yang dihidang bersama Grilled Lamb tu memang terbaik

Umi bagi **** untuk hidangan dan layanan yang diberikan

Memang berbaloi!

Selain western food, kat the Cabin ni pun ada pelbagai menu, jadi memang boleh jer kita pergi bila-bila masa jer

Image may contain: text

Image may contain: text

Alamat :
No 306, Lorong Selangaor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
(belakang tapak lama The Cabin dan bersebelahan Melawati Mall)

No telefon:
018-384 3395

Facebook : 

Waze:
The Family Melawati

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat (12tghari - 1230 pagi)
Sabtu (4 ptg - 1 pagi)
Ahad (tutup)


5 comments:

  1. lapar tetiba tgk gambar menu2 tu..haha

    ReplyDelete
  2. nampak macam sangat variety, meskipun nampak lebih ke arah western food

    ReplyDelete
  3. Rasanya ana pernah makan dekat sini tp di tapak lama lah. Banyak juga portion dia ye kak.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!