November 16, 2017

Membaca Secara Online di Portal Ilham

Assalammualaikum

Berapa ramai yang suka membaca? tak kisah lah membaca buku ilmiah, buku keagamaan atau novel. Selain Wattpad (rasanya ramai yang tahu pasal ni kan), kita boleh membaca secara online di Portal Ilham yang penuh dengan karya dari penulis baru dan tak kurang juga ada sesetengah karya telah dibuat drama antaranya Asam Pedas untuk Dia.  Seperti di Wattpad, ada karya yang belum siap sepenuhnya, jadi pandai-pandai ler nak pilih  bahan yang ingin dibaca dan pilihan di tangan kita untuk memilih.

Umi nak kongsi buat sesiapa yang berminat dengan novel, cerpen atau puisi boleh baca secara percuma di Portal Ilham secara digital atau seakan e-book seperti yang boleh kita muat turun selepas membeli secara online di Google Books > baca SINI <



Macam mana nak buat:

1. Login ke www.portalilham.my (kalau guna desktop atau laptop)

2. Daftar masuk dengan isi butiran yang diminta (mudah jer)

3. Boleh juga login guna account facebook




4. Muat turun applikasi melalui Google Store atau Apps Store 

Umi syorkan muat turun ke dalam handphone atau tablett untuk membuat pilihan cerita/novel memudahkan kita membaca bila-bila masa.

klik jer menu untuk pilihan

pelbagai cerita menarik untuk dibaca

So far Umi dah baca banyak jugak novel untuk buy time sewaktu memasak dan waktu menaiki kenderaan awam untuk ke pelbagai acara.  Banyak la jugak cerita yang Umi dah baca kat sini dan dengan memuat turun aplikasi lagi memudahkan kita membaca setiap bab yang ada.

Seperti di Google Books, kita boleh membeli novel secara digital atau versi cetak dimana bila kita klik kita akan berada di laman Mall Karangkraf dengan harga yang berbeza (kadang²). Sangat mudah!

Nota:
Kalau ada yang percuma tu kenalah kita ambil peluang kan dari kita buat benda tak berfaedah, membaca pun bagus jugak tapi pastikan apa yang kita baca tu bukan cerita lucah atau yang tidak baik tapi membaca untuk menambah ilmu dan untuk dijadikan sempadan.

Serius memang berbaloi dan selamat membaca

21 comments:

  1. wah...dah banyak apps macam ni kan....membaca di mana saja...lina nak download jugalah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Lina enjoy jugak bila dh download nanti

      Delete
  2. Saya pun rajin jugak ke portal ni cari bahan nak baca :)

    ReplyDelete
  3. Menarik ni :)

    Jemput join ;)
    https://mimintalk.blogspot.com/2017/11/blog-hop-giveaway-by-yasmin-aris_51.html

    ReplyDelete
  4. bagusnya ada portal cam ni. memudahkan kita utk baca kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul CR..pilih jer genre yg kita nak..

      Delete
  5. tak sempat nak baca sangat... blogging pun nasib la klau niyaz tak kacau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mmg mudah guna hp tp kalau dh kena kacau mmg hilang la mood membaca tu

      Delete
  6. thanks sharing Umi, bagus juga kalau boleh baca secara percuma..
    ok, nanti nak cari titian cinta ... muehehe.

    ReplyDelete
  7. dulu Mya rajinlah up novel Mya kat sana. Tapi, rasa mcm tak cukup pandai pun menulis, malu pulak nak share dgn orang lain. hehe

    ReplyDelete
  8. amalan membaca patut diterapkan daripada habis masa membaca gossip artis...perkongsian menarik...


    singgah dari arzmoha.com

    ReplyDelete
  9. Wah lagi rancak lah akak membaca. Byk review nak di karang nanti.

    ReplyDelete
  10. mint tu memang minat tp allahu, masa memang tk ckup. mmbaca kang ank duk tarik talipon

    ReplyDelete
  11. Bagus perkongsian Kak Fuzy, saya tak tahu ada portal begini..
    Selalu cari buku di Popular, jika ada portal Ilham boleh tambah sumber bacaan.
    Thanks a million kak for sharing this info..

    ReplyDelete
  12. wah menarik ni.. nak install jugak la.. dapat baca free siapa taknak kan.. hihi tq share..

    ReplyDelete
  13. Ohhh sy baru tau ni pasal Portal Ilham. Thank you kenalkan Umi!

    ReplyDelete
  14. GV baru tahu ada portal Ilham dan Wattpadd ini. Nampaknya industri ebook semakin berkembang maju ya. :)

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!