November 9, 2017

Movie Review : TOMBIRUO

yeahh..setelah puas dipujuk dan diajak, akhirnya dapat jugak dating dengan darling husband (DH) dan menonton wayang kat GSC Melawati Mall sempena ulangtahun perkahwinan ke 25..just the two of us? ehh tak la..ada jugak anak kanggaru yang ikut. Orang dah lama tengok cerita ni kan ..dah basi? eh belum lagi..yang best tak sesak dan dapat enjoy sepenuhnya

tapi yang kelakar bila tengok balik ehh..tak de pulak Umi bergambar dgn poster Tombiruo sebab kami dah lewat masuk..hehe


Tombiruo ni diadaptasi dari novel Ramli Awang Murshid yang berasal dari negeri dibawah bayu dan kata DH lagi RAM ni dia juga bekas wartawan di RTM..oooo mesti lah DH tau kan sebab pun dibawah kementerian yang sama.  Filem Tombiruo ini diarahkan oleh Seth Larney dengan usahasama Astro Shaw.

Rating : 8.5/10

Pelakon : 
Zul Arifin (Tombiruo/Ejim), Farid Kamil (Amiruddin), Nabila Huda (Wan Suraya), Datuk M Nasir (Tan Sri Berham), Faizal Hussein (Pandoluo), Marlia Musa, Faye Kushairi (Salina), Dynas Mokhtar (Baizura), Hasnul Rahmat (Juslan), Farah Ahmad (Monsiroi), Atu Zero 



Sinopsis Filem Tombiruo Penunggu Rimba 2017
Ejim atau lebih dikenali sebagai Tombiruo yang bertopeng kerana dilahirkan tidak berwajah seperti manusia biasa yang hanya tinggal di hutan dan mampu mengawal hutan namun ayah angkatnya Pondoluo berpesan supaya dia bijak mengawal amarah.

Konflik bermula bila CEO Anak Bumi, Tan Sri Berham mengambil keputusan untuk menghentikan projek empangan demi kepentingan penduduk.  Sewaktu sesi berjumpa penduduk, sebuah kampung diserang penjahat dan Tan Sri Berham dan anaknya Salina bergegas untuk membantu tetapi berlaku kemalangan hingga kereta mereka jatuh kedalam gaung. Tombiruo pula mengejar dan berhasrat membalas dendam terhadap penjahat yang telah membunuh bapanya Pondoluo namun dia berhenti membantu Salina tapi disalah anggap oleh Amiruddin, renjer hutan Sabah yang menyangka Ejim punca kematian isterinya dan bertekad untuk mencari Ejim.

Dalam waktu yang sama, Wan Suraya, seorang wartawan yang ditugaskan untuk membuat liputan mencuba untuk mencungkil siapa dalang dan hampir dibunuh namun diselamatkan oleh Ejim. Akhirnya Amiruddin menjumpai Wan Suraya dipondok Ejim dan berlaku pergaduhan dan terbongkar rahsia tanda lahir yang berada pada Ejim dan Amiruddin dan sebenarnya mereka adalah kembar, Ejim dihanyutkan kedalam sungai dan dijumpai Pondoluo manakala Amiruddin diserahkan kepada keluarga angkat.  Kehadiran Baizura kakak kepada Salina pun mencurigakan.

Siapa dalang insiden yang terjadi? haa tu korang kena tengok okay

Komen DH 
1. scene waktu kamera fokus pada Wan Suraya yang melihat kereta Tan Sri yang jatuh gaung sepatutnya bola mata dia memandang ke bawah gaung bukan memandang secara terus.

2. waktu Ejim tu terjun dari rumah atas pokok tu patutnya

3. cara api yang disembur sangat rendah sedangkan  pondok Ejim tinggi menyaup

Nota Umi:
Keseluruhan cerita tu memang best dan wajar ditonton oleh semua rakyat Malaysia. Suka tengok Farid Kamil yang tampak hebat sewaktu bersilat dengan Ejim. Sinematografi cantik begitu jugak kesan khas dan tidak keterlaluan.  Sebab utama Umi nak tonton ni sebab seorang kawan Umi yang Umi kenal masa main games tu menggunakan nama samaran Tombiruo dan pernah menyuruh Umi membaca novel Tombiruo ni

Komen pasal GSC Melawati Mall
Pertama kali menonton di GSC Melawati Mall ni ada Umi nak cerita sikit, memang nampak gah dan menarik dari TGV Wangsa Walk..almaklumlah Umi ni tinggal kat kawasan ni jadi kalau nak menonton tu tak perlu la nak ke tengah bandar yang sesak kan.  Yang tak bestnya kerusi kat GSC ni macam kecil pastu dahla menegak jer atau Umi dah membesar? Rasanya GSC kat Mid Valley tu lebih selesa kot.

8 comments:

  1. Siqah suka filem ni!! Sinematografi bagus kan!! Memang best

    ReplyDelete
  2. Memang best! Kalau nampak macam tak logik tu abaikan lah..

    ReplyDelete
  3. I is jeles. Kenapa ramai sgt dh tgk movie ni.aduhh. kalah teruk ana walaupun peminat novel tombirou ni. Bila nak keluar dkt astro best ni.

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak tengok wayang. Teringin juga nak tengok Tombiruo ni tapi kita dah tak larat nak jalan. Huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best Tombiruo ni..rasanya dh boleh download dh kot..

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!