November 10, 2017

Review Novel : Aku Bukan Perampas

Ini antara novel yang Umi borong kat masa bulan Ogos hari tu kat Karangkraf..waktu tu ada diskun terbaik baca >  SINI <.  Memang menarik tajuk novel ni Aku Bukan Perampas sampai Umi tergedik-gedik nak cari lepas baca sampel kat Mall Karangkraf dan nasib baik la DH sudi singgah ke Shah Alam sewaktu balik dari Banting..kalau ikutkan Umi lebih suka beli e-book, tak perlu simpan dan sediakan rak



Penulis : Amylie Haizani
Bil mukasurat : 660
Rating UF : 3.5/5

Perkahwinan atas dasar percintaan antara Nur Jannah dan Aiman Ezri runtuh apabila lelaki yang dikahwininya mengkhianti dengan kembali menyulam cinta bersama kekasihnya Zurina.  Rupanya cinta Ezri dan Zurina tidak pernah putus. Dalam waktu yang sama muncul Rizman Fakhruddin yang muncul memberi sinar bahagia buat Nur Jannah namun konflik hebat melanda apabila Sahara bekas kekasih Rizman Fakhruddin kembali menagih cinta setelah perkahwinannya bersama lelaki mat saleh gagal.  Beban kian bertambah bila Nur Jannah dianggap sebagai perampas oleh Zurina dan Sahara apabila dia dicintai.

Lupakan cinta kita - Aiman Ezri

'Eh perempuan, kau yang rampas dia dari aku ! bertahun kami menyemai kasih.. - Zurina

Perasaan ini..aku keliru.  Kini aku mula merinduinya.  Berdosakah aku? Mencintai seseorang sedangkan aku masih milik orang - Nur Jannah

Atas dasar cinta dan desakan, Ezri akhirnya mengahwini Zurina tanpa pengetahuan Nur Jannah namun rahsia terbongkar dan membuatkan Nur Jannah terus merasa terseksa.  Ezri seakan gila talak mencari Nur Jannah, isteri yang diceraikan dan Nur sendiri hampir maut disebabkan kemalangan yang dirancang. Pelbagai usaha dibuat Ezri untuk kembali namun hati Nur tertutup buatnya dan percintaan Nur bersama Riz juga seperti tiada kesudahan.

Kalau abang sempurna, Nur akan terima abang. Cinta abang.  Tapi Nur tak pernah bagi abang peluang - Ejay

Jangan dibuang terus kenangan antara kita.  Bukankah cinta kita umpama ombak dan pantai? - Riz

Tak perlu cinta atas nama ombak dan pantai kalau hanya sekadar untuk menyakiti hati kekasih! tidak perlu juga mengatakan cinta kalau diri sendiri tak tahu bercinta - Nur Jannah

"Betul ke Nur nak bertunang? Siapa lelaki tu Nur?" - Aiman Ezri

Nota UF :
Masa mula membaca novel ni memang rasa teruja, kesian dan memang rasa sakit hati dengan Ezri yang mendera jiwa siisteri dengan membiarkan isterinya macam tunggul dirumah malah membiarkan dan menurut segala yang diminta si kekasih. Rasa marah dan geram tapi bila masuk pertengahan bila seakan tenang dan selesai tapi rupanya cerita mula meleret-leret dengan konflik cinta bersegi-segi. Memang penat baca dan rasa nak sawan pun ada hehe. Macam tu lah agaknya konflik rumahtangga bila bercinta dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Bila kita kehilangan baru kita sedar akan cinta pada dia yang kita seksa dan memang asam garam rumahtangga, bila duduk sebumbung tidak menjamin keserasian tapi apa yang penting saling memahami dan give and take itu perlu untuk kerukunan rumahtangga. 

Kalau cerita tak meleret-leret memang Umi akan highly recommend dan nasib baik la waktu beli tu harga dia cuma RM10 dengan potongan 64%  tapi kena beli online dan self collect kat Mall Karangkraf.

Yeaaaa..dah boleh simpan dalam kotak novel ni..esok² bila dah pencen boleh buka balik untuk baca..tu pun kalau panjang umur..hehe

8 comments:

  1. akak pun suka baca novel tapi hat sinopsis je ha ha ha, hobi ni diturunkan kat anak dara akak, suka sangat membaca nvel, buku sekolah x da la pulak.. uwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh sinopsis jer ye..tapi sy kalau membaca novel kalau cerita best mmg terus berimiginasi jugak...lagi parah kan.

      Delete
  2. wahhh...akakpergi ke karangkraft,irda ada disana 4 hari tu,,seronok juga banyak buku murah2,cerita ni macam best je kak,kalau penulisnya ada menyelitan unsur-unsur agama dalam cerita ini pasti banyak pengajaran nya kan kak,apapun ikut hati mati ikut rasa binasa,bagaiman cinta pun kita pada seseorang,apabila berkahwin wajib cinta itu hanya untuk orang kita kahwininya,jangan jadikan perasaan merajai kita,tapi kawal lah iaa,ceewah irda pulak buat sinopsis sendiri..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan yg baru2 ni Irda...ni diborong masa bulan Ogos hari tu..cerita ni best tapi terlalu meleret2..tu la asam garam hidup rumahtangga..

      Delete
  3. reen kalau novel dah meleret2 panjang terus skip ke bab seterusnya.. haha jenis tak sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. CR..best juga novel ni sebenarnya tapi part meleret tu yg rasa geram tu..nasib baik akk ni penyabar tau..haha

      Delete
  4. Menarik juga jalan cerita novel ABP..
    Andai Kak Fuzy tak letak perkataan "Review novel" tentu boleh salah tafsir "Aku Bukan Perampas" ganas ayat tu, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...LZ oh LZ..haruuuu biru hidup kalau gitu..hahaaa

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!