Tuesday, December 12, 2017

Drama Bersiri Mandatori dari Novel RAM

Sekali lagi naskah penulis profilik tersohor Ramlee Awang Murshid (RAM) menjadi pilihan dan kali ni dibuat drama mini siri dan akan ditayangkan di Astro Ekslusif dan On Demand bermula 14 Disember ni


Novel Mandatori sebuah cerita crime thriller yang mengisahkan seorang lelaki bernama Carlos yang membuat hukuman yang mesti dilaksanakan ditangannya tanpa perbincangan atau tolak ansur dan dia sendiri mengadili hukuman mandatori 'mati' kepada mangsanya. Setiap babak dalam novel RAM ni penuh aksi dan suspen namun terselit unsur dakwah dan teladan didalam rentetan kisah pembunuhan ini. 





Image result for sinopsis novel mandatori
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Bilangan mukasurat : 512
Tarikh Terbit : 06 Mac 2003
“Bagi memastikan Mandatori sebagai sebuah naskhah yang berkualiti. Pemilihan pelakon utama adalah antara elemen yang sangat penting. Kita bukan hanya mencari pelakon yang mempunyai nama semata-mata untuk mempromosikannya. Kita mencari seseorang yang ada karakter yang boleh membawa watak dengan ‘hidup’ - Pengarah Razaisyam

“Untuk menghayati watak sebagai Inspektor Norman, saya telah berjumpa dengan penulis novel tersebut untuk memahami dengan lebih mendalam karakter yang diwujudkan itu. Bukan itu sahaja, saya juga terpaksa mendapatkan khidmat daripada seorang doktor pakar dan profiler - Aeril Zafrel
Mandatori mengisahkan tentang seorang profiler jenayah, Inspektor Norman (Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu. Lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawanya kepada satu lagi pembunuhan baru.
Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang dia kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk sama iaitu patung mainan Inspektor Carlos dan kertas tulisan Case Closed yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.
Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugasnya, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Julia Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa jenayah yang berlaku.
Drama arahan pengarah Razaisyam Rashid membariskan pelakon hebat seperti Siti Saleha, Alvin Wong, Iedil Putra, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi dan Chew Kin Wah.

Nak tengok sedutan drama ni boleh la ikuti di Instagram @razaisyam 

14 comments:

  1. Peminat novel mesti tak sabar nak tengok kan..

    Salam kenal kak.. Dari macy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ramai peminat RAM ni..salam kenal Macy

      Delete
  2. Novel novel RAM memg best.. Memg minat sgt novel beliau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg terbaik Mimi..akk ni pun ada lagi novel dia yg xsempat dibaca..hehe

      Delete
  3. Macam best je kalau dapat tengok cerita ni.. Ada pelakon fav husniey aeril zafril.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita geng la Husniey..akk pun minat dgn lakonan Aeril Zafril tu...

      Delete
  4. Alvin Wong dan Susan Lanskester berlakon juga. Aeril dan Siti Saleha mmg best berlakon. Mmg gabungan pelakon yang sangat mantap untuk drama berkualiti tinggi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun..mmg tak sabar nk tonton nanti..jommm

      Delete
  5. Suka genre cerita konflik macam ni. Nak tengok jugaklaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best genre mcm ni lebih2 lagi kalau Aeril Zafrel yg bawa watak tu..pasti menjadi kan..hehe

      Delete
  6. mcm best je ni umi.. tp kena beli astro first ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala cari kat youtube pun boleh rasanya Busyra..hehe

      Delete
  7. kalau novel RAM, memang tak terkata-kata lah. wajib beli, wajib tengok. hehehehe

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Author

My Instagram