Thursday, December 21, 2017

Hindari Strok dengan berjalan kaki

Kita semua terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga hingga kekadang terlupa atau tidak mengendahkan kesihatan diri apatah lagi dengan gajet yang sentiasa ada ditangan menyebabkan kita terus lalai akan kesihatan.  Jom sihat dan hindari strok dengan berjalan kaki!

Rasanya 95% dari kita terus tak menghiraukan sebab merasakan kita dah terlalu banyak berjalan. Kira-kira satu perempat daripada kita mampu untuk berjalan kaki selama satu jam seminggu, apatah lagi untuk berjalan 10 ribu langkah setiap hari.  Haa korang dapat tak berjalan sebanyak tu sehari?


Apa yang korang perlukan ialah berjalan kaki selama 30 minit lima hari seminggu untuk mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko dari kencing manis mahupun strok.  Nak sihat tak? Jawapannya hanya ada pada korang ya.

Apa kata kita praktikkan dan cuba untuk berjalan lebih banyak setiap hari dengan langkah-langkah yang dikongsi kat sini.

  • Berulang alik ke tempat kerja, kalau dekat la atau pun kalau lokasi tempat kerja terlalu jauh, cuba berjalan sebahagian daripadanya contohnya boleh menaiki kenderaan awam atau turun jauh sedikit dari stesen kebiasaan dan kalau memandu, letakkan kereta jauh dari pejabat tapi jangan lah pulak keluar dari rumah lewat dan semestinya penting adalah time management supaya ini tidak menyebabkan korang lewat masuk pejabat
  • Naik turun tangga.  Kalau dipejabat ada lif, cuba gunakan tangga dari lif sekerap mungkin tapi kalau ruang kerja korang kat tingkat 15 bukan la naik turun tangga tapi mungkin turun dua tingkat lebih awal dan berjalan menaiki tangga ke tingkat korang atau sewaktu balik atau boleh jugak buat kedua2 masa tu
  • Pergi ke tandas yang lebih jauh.  Bangyak langkah boleh korang lakukan dan memberikan kaki kita lebih banyak regangan.  Korang akan lihat tumpuan dan produktivit akan menjadi lebih baik.
  • Gunakan waktu rehat tengahhari dengan berjalan selama 15 minit dan berjalan pantas, ini akan membuatkan darah korang bergerak ke seluruh tubuh dan mempersiapkan petang korang yang lebih baik
  • Berjalan kaki selepas makan malam. Ajak ahli keluarga berjalan sambil berbual di sekitar kawasan kejiranan selam 15 hingga 30 minit selepas makan malam untuk membantu sitem percernaan korang dan tidur yang lebih lena.  Jadi tak la rasa bersalah sebab tak bersenam di gymnasium kan


Berjalan kaki akan membuat kita rasa lebih cergas, membantu tidur, meningkatkan tenaga dan kesihatan jantung. Kemungkinan ia nya mengambil masa yang lebih sedikit tapi ganjarannya akan buat korang lebih produktif dan bahagia.

Jadi tunggu apa lagi, cubalah petua mudah tanpa kos ni.

sumber : harian metro

5 comments:

  1. Berjalan kaki dapat pump kadar degupan jantung kita. Biar dia aktif sikit. Sekarang diri sendiri pon malas berjalas dah. Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..perkara mudah mcm tarik nafas pun kita tak buat kan.sbb kita fikir kita dh boleh bernafas secara automatik kan..

      Delete
  2. Replies
    1. sama2..jom sama2 kita tingkatkan kesihatan kita..;D

      Delete
  3. Betul tu. Sepatutnya kita manfaatkan ruang dan masa yang ada untuk lebih banyakkan berjalan kaki. Nak harap pergi gym memang malas dan asyik bertangguh je.. hehehehee.. :)


    ...

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!