Saturday, December 9, 2017

Pengemar Teh Tahu Risiko Meminumnya ?

Siapa yang tak kenal teh dan tak pernah minum teh? Tak semua orang suka minum teh tarik tapi pengemar teh-o memang ramai.  Aroma teh yang lembut pasti membantu kita menghilangkan kepenatan dengan secawan teh suam yang dihidangkan diwaktu petang.  Malah banyak perusahaan kosmetik terkenal yang menggunakan teh sebagai bahan utamanya jugak.

Baru-baru ini DH bertugas di daerah Pantai Timur dan membeli teh hijau dan teh wangi antara ole-ole dari sana dan pasti harganya sangat murah jadi entry kali ini pastinya pasal teh.

Green tea latte atau Matcha yang disediakan oleh Cik Myea, memang sedap

Image result for green tea

Teh hijau - Teh hijau adalah jenis teh yang paling banyak digunakan sebagai bahan utama dalam produk kecantikan kulit. Selain mengandungi vitamin C, teh hijau juga fluor yang mampu memperkuatkan lapisan pelindung pada gigi selain mengandungi mineral yang berupaya memperkuatkan tulang .berikut merupakan produk perawatan kecantikan yang mengunakan teh hijau:

  • Minyak wangi - Aroma teh hijau yang sangat segar sesuai sekali digunakan sebagai bahan dasar minyak wangi. Aroma teh hijau boleh bertahan lama sangat bersesuaian digunakan padda siang untuk menyegarkan dan mengembalikan semangat.
  • Pembersih muka - Kandungan teh hijau digunakan untuk pembersih muka kerana mampu mengecilkan pori-pori kulit.
  • Produk mandian - Aromanya yang segar dan menyenangkan serta kandungan mineralnya yang tinggi sangat berguna untuk menghilangkan kepenatan tubuh badan. Cubalah sesekali berendam dengan teh hijau. Caranya, campurkan setengah cawan gandum jenis oatmeal. Bungkus dengan kain tipis seprti sapu tangan dan celupkan dalam tab mandi yang berisi air hangat. Kemudian, berendamlah.

 Image result for teh pu erh

Teh Pur-Erh - Sejenis teh hijau yang unik dari China. Walau berasal dari satu keluarga yang sama dengan teh hijau, namun yang membezakannya ialah air rendamannya yang berwarna merah. Ini disebabkan perbezaan pada proses penyimpanan dan pengolahannya. Sesiapa yang ingin langsing amat sesuai sekali meminum air teh dari jenis teh pur-erh ini kerana keistimewaannya mempergiatkan kerja metabolisme tubuh.

Image result for black tea

Teh hitam - Jenis teh ini tergolong teh yang klasik. Teh hitan juga mengandungi vitamin C, walau kandungannya hanya 1/10 dari teh hijau, namun teh hitam banyak mengandungi zat tannin, yang mampu meredakan pembengkakan iaitu dengan cara memperkecil aliran darah. 

Caranya cukup mudah : rendamlah uncang teh hitam dalam air panas selama beberapa saat, angkat dan biarkan sejuk selama beberapa saat. Uncang teh hitam ini digunakan untuk meredakan mata anda yang sembab dan lebam dengan cara menempelkan uncang pada mata anda selama 10-15 minit.

Image result for teh putih

Teh putih - Teh jenis ini hanya ditemui didaerah pergunungan China. Menurut penelitian, teh ini sangat bermanafaat untuk kecantikan kerana kandungan anti-radikal bebasnya lebih banyak dari teh hijau. Bahkan, teh putih juga bermanafaat untuk mencegah dehidrasi kulit.

Image result for ayurveda tea

Teh Ayurveda - Ini jenis teh yang dicampur dengan pelbagai macam rempah dan akar. Teknik pencampuran ini berasal dari India. Digunakan untuk berbagai keperluan yang berkait rapat dengan tubuh, campuran teh dengan kayu manis, kulit jeruk, eukcaliptus, serta mint. Campuran ini untuk membangkitkan tenaga. Campuran teh dengan lemon, lada serta mint pasti menahan tubuh kita dari serangan cuaca sejuk.

Image result for red bush tea

Teh Red Bush - Jenis teh ini adalah dari Afrika yang bererti 'semak merah'. Teh jenis ini kaya dengan kandungan berbagai macam mineral seperti zat besi, kalium, tembaga, kalsium, magnesium, dan juga fluouride. Teh ini berfungsi sebagai antioksidan, pengubat jerawat, dan meneutralkan reaksi alergi pada kulit

Jadi korang yang pengemar teh pasti sedia maklum risiko meminum teh kan, secawan tak pernah mencukupi terutama bila berkumpul bersama keluarga sambil berbual mesra (^__^) dan setiap jenis teh punya khasiat yang berbeza.

Nota:
Gambar- gambar adalah dari sumber google


5 comments:

  1. Sedapp tapi tak boleh minum banyak sangat, anginn 😂😂

    ReplyDelete
  2. miera tak tau apa kelebihan teh sebenarnya.. tp miera suka teh susu. haha. agak-agak kelebihannya sama ke dengan teh o? tinggi kalori kan. tapi sedap.

    ReplyDelete
  3. Feveret dulu green tea gelas besar tu, now dah kurangkan. Less sugar less sweet.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!