Monday, December 25, 2017

Resepi | Gulai Ikan Bawal Cermin

Ikan Bawal Cermin atau dipanggil jugak Bawal Emas ni jarang nak dapat kat pasar Keramat yang selalu Umi kunjungi tapi nak jadi rezeki pulak bila DH beli ikan ni tapi jangan tanya berapa harganya sebab bila ditanya..entah jawabnya ^__^.  Kalau ikutkan Umi lebih suka buat goreng berlada tapi tu la orang yang kerap outstation tu nak mintak buat gulai kan tapi apa yang pasti harganya mau seakan harga ikan bawal hitam dalam lebih kurang RM25/kilo tu pun dah dikira murah tu.

memang sedap dan manis isi ikan ni sebab ikan baru dan katanya ikan dari Terengganu

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal cermin, dipotong
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
3 sudu rempah kari ikan
1 sudu cili kisar
1/2 cawan asam jawa
1 tangkai daun kari
sedikit daun kesum
1/2 sudu halba campur

Ditumbuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan hiasan:
2 biji tomato
Bendi


Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk, halba campur, daun kari hingga kekuningan dan naik bau
  • Masukkan rempah, cili kisar, air asam jawa dan digaul hingga pecah minyak.
  • Masukkan santan cair hingga mendidih, kemudian masukkan ikan serta santan pekat
  • Bila kuah mendidih, masukkan tomato/bendi atau cili merah (kalau suka).  
  • Akhir sekali, tutup api dan masukkan garam secukup rasa

Jangan masak terlalu lama, nanti isi ikan akan menjadi hancur.



sumber google sebab yang dibeli dah dipotong-potong.  Inilah rupa ikan bawal tu

10 comments:

  1. Asalam resipi yang hebat..inshaAllah akan apply kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam Tn Etuza Etuza..tu resepi tukang masak kurang rajin..hehe

      Delete
  2. Ana kalau menu ni wajib makan dgn kicap. Sedapnya. Bertambah nasi dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul tu Ana..kicap dan papadom tu wajib jugak tuu..

      Delete
  3. Replies
    1. sesekali buat gulai kan..kuah lebih buat cicah dgn roti..dh jimat kan.hehe

      Delete
  4. Tak pernah pulak makan bawal ni. Biasa makan bawal hitam, mak buat bistik.

    ReplyDelete
  5. selalu dengar ikan bawal putih dan ikan bawal hitam , kali ni ikan bawal cermin , rupa bentuk sama ..warnanya sedikit beza

    ReplyDelete
  6. Ada pula sambal belacan.. Memang umph la makan ngn gulai ni..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Author

My Instagram