Sunday, December 10, 2017

Review Novel | Cinta Segi Lima

Novel ni antara yang dibeli dekat Mall Karangkraf tempohhari, tajuk nampak unik kan dan rasanya sesiapa yang pernah membaca naskah dari HM Tuah Iskandar dah boleh agak kot macam mana ceritanya.



Kisah yang penuh konflik. Kalau cinta tiga segi tu memang orang sedia maklumkan tapi ni segi lima..hurmm memang lain dari yang lain! Memula baca tu macam nak give up sebab entah la mungkin sebab faktor usia kot.


Cinta Segi Lima
Bil mukasurat : 520


Aku bermandi hujan kasih yang terbit dari saubari...

Kisah Jamjuri seorang lelaki yang sangat merendah diri walaupun beliau seorang juruam dan juga seorang prinsipal hartanah hebat dan terkenal serta sering dipanggil pelbagai acara.  Seorang yang sangat bijak dan cekap menjalankan tugasan dan tangkas diibaratkan kalau kita baru satu langkah, dia pulak sudah melangkah jauh.  Ramai orang diluar sana menjadikannya idola tetapi insan tersayang mula menjauhi.

Ada perbezaan yang agak jauh antara motivator mungkin boleh diistilahkan sebagai seorang yang pandai bercakap namun seorang yang hanya pandai bercakap tidak semestinya pandai berbuat.  Ia adalah berbeza dengan juruam yang membawa maksud orang yang banyak pengetahuan dalam banyak hal. Selalunya seorang juruam adalah seorang yang telah membuktikan sesuatu barulah dia bercakap tentangnya.




Cinta seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk ditafsirkan oleh akal.  Perasaan kasih dan sayangnya jarang diluahkan secara zahir, namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur.  Jamjuri tahu Jainiah, wanita yang menjadi suri hidupnya menyimpan rasa curiga.  Sejujurnya, dia ingin wanita itu yakin dengan cintanya, namun isterinya seakan tidak memahami.

Orang kanan Jamjuri membuat komplot jahat untuk menjatuhkan empayarnya, namun Jamjuri tidak mudah dikalahkan malah cinta Jamjuri juga diragui si isteri namun kesetiaan, keikhlasan Jamjuri yang bijaksana mengatasi segalanya.

Konflik demi konflik berlaku apabila orang kanannya merasakan Jamjuri mengambil kesempatan dan cuba berpaling tadah, kematian Zuraha yang mencuba nasib menjual insuran kepada Jamjuri dan konflik bertambah bila dua sahabatnya Thalita dan Pusrawi berusaha mencari kenapa dia dibunuh dan siapa pembunuhnya? Sekali lagi kematian wanita Thai, Chaniporn membuat kemelut bertambah sarat namun akhirnya yang benar pasti akan menang dan kejayaan manis diraikan.

Nabi s.a.w. bersabda, Siapa yang hutang wang orang dan benari-benar ingin mengembalikannya, ALLAH akan membayarkan untuknya, dan siapa yang hutang wang orang dengan niat menghabiskannya, maka ALLAH akan membinasakannya


Nota:
Kali ni Umi kupas novel lain sikit, sebab seperti biasa nak pembaca rasa apa yang Umi rasa..hehe


7 comments:

  1. Paling fail baca novel, tambah tambah yang tebal tebal cenni. Baru 3 4 ms tertidur terus. heheee

    ReplyDelete
  2. Novel ini boleh diadaptasi ke tv ini. Ada nilai2x murni boleh diketengahkan. hihi. :D

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak baca novel Melayu tapi saya suka lebih suka novel romance/fantasi kalau novel Melayu daripada misteri ni, buat saspen. Hihi

    ReplyDelete
  4. sejujurnya, dah lama tak baca novel..last month ada beli indie novel tapi still dalam plastic :(

    ReplyDelete
  5. Cinta lima segi 😱😱
    Dahsyat novel ni

    ReplyDelete
  6. dah lama x membaca novel. asyik baca blog n portal berita on9 aje.

    ReplyDelete
  7. busyra tak suka baca novel tp busyra suka pada org yg suka baca novel. hehe. berbelit tak umi? heheheh

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!