Wednesday, December 20, 2017

Tahniah Aishah, Juara Gegar Vaganza ke 4

Dah beberapa hari Gegar Vaganza melabuhkan tirainya..tahniah Aishah, juara Gegar Vaganza ke 4! Seperti yang Umi harap dan jangka..ikut penilaian kita yang tak de langsung tau pasal muzik dan irama ni..kalau nyanyi pun pitching lari lintang pukang sebab tu Umi tak pernah ke nyanyi dalam bilik air apatah lagi kat karaoke bagai..hehe


Sememangnya Liza Hanim punya vokal yang bagus dan tak pernah mengecewakan dan apa pulak yang kata LH ni bertanding dimasa yang salah..hehe sebab dulu dengan Datuk Siti dan sekarang dengan Aishah..tu rezeki masing-masing kan dan yang pasti Dia tetap memberi rezeki kepada kita..eh Umi pun minat jugak Liza Hanim

Tahniah buat pemenang yang masing-masing dapat hadiah lumayan dari DSV dan penaja yang lain.

PesertaLagu dan nyanyian asal
Aishah"All By Myself" nyanyian Eric Carmen
Firman"Drama King" nyanyian Meet Uncle Hussain ft Black
Hazami"Bahagiamu Deritaku" nyanyian Hafiz Suip
Lan Solo"Smells Like Teen Spirit" nyanyian Nirvana
Liza Hanim"Meniti Titian Usang" nyanyian Search
Tia Jinbara"Romancinta" nyanyian Mojo
Pusingan "Battle"
PesertaLagu dan nyanyian asal
Aishah vs Liza Hanim"Supergirls" nyanyian De Fam
Hazami vs Lan Solo"Amboi" nyanyian Altimet
Firman vs Tia Jinbara"Tepi Sikit" nyanyian Sleeq feat Joe Flizzow


Memang tak dinafikan Liza Hanim tu pesaing terdekat Aishah tapi Aishah "the living legend" yang tak pernah mengecewakan.  Nyanyian Aishah "All By Myself" untuk lagu pertama tu memang berdesup ke jiwa sampai Bunda Hetty Koes Endang mengalirkan airmata dan cabaran berduet dengan Liza Hanim dengan lagu Supergirls tu memang terbaik walau Aishah dah berusia 52 tahun.  

Teringat dulu masa Aishah belajar di New Zealand dan jadi penyanyi untuk kumpulan The Fan Club tak sangka dia orang Malaysia berasal dari Negeri Sembilan, fuhh masa tu rasa bangga weh.  Nak tau lebih lanjut pasal Aishah, klik SINI Antara lagu yang Umi suka adalah 'Camar yang Pulang', 'Janji Manismu' dan 'Syurga ditapak kaki ibu'.  Aishah ni bukan calang-calang orang jugak tau dia sebab dia punya kelulusan dalan Pendidikan Kanak-kanak dan Sains Politik

psst..ada pulak peminat yang tak puashati sebab Hazami kat no ke 4, tapi siapa kita kan yang tiada asas muzik ni tapi mereka ni semua memang hebat dan terbaik.  Mungkin ada lagi la yang tak puashati tapi jom tutup kisah GV4 ni sebab mereka dah menang kan.

Tahniah sekali lagi kepada mereka yang berjaya menghiburkan kita dan lepas ni hujung minggu kita fokus kerja lain yang mungkin terbengkalai dek sebab Gegar Vaganza..moh kita pulak tambah rezeki buat kita dan keluarga ya

Ok..Umi ni #teamaishah ok.

Peserta Gegar Vaganza 4
Belakang : Elyana, Tia Jinbara, Syura, Raja Azura, Lan Kristal, Haida
Depan : Aqasha, Liza Hanim,
Firman, Ferhad, Aishah, Hazami

5 comments:

  1. layan juga konsert akhir hari tu...
    Tahniah Aishah

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk kali ni mmg layan sebab Aishah, Liza Hanim, Aqasha, Syura, Raja Azura dll jugak..

      Delete
  2. Replies
    1. mmg rezeki Aishah walau Liza Hanim pun terbaik kan

      Delete
  3. Memang dah diagak Aisyah akan menang besar malam tu

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!