December 8, 2017

Tahun Baru, Azam Baru, Kerja Baru ?

Kita dah masuk bulan Disember, bulan terakhir setiap tahun dan ada antara kita yang dok terfikir tahun baru, azam baru, kerja baru. Ye la kan masa untuk bertukar angin, bertukar kerjaya yang mungkin dengan pendapatan yang lebih sedikit tak pun untuk suasana dan cabaran baru yang tetapi kita perlu ada azam untuk terus berjaya dan bukan dengan kenaikan $$ tapi cara kita masih sama jadi janganlah mengharap untuk terus berjaya tanpa usaha..eh tapi jangan la pulak ada yang nak tambah isteri baru...hehe

Buat yang dah sah dapat kerja baru tu, tahniah dan buat yang baru nak mencuba ke temuduga tu pastikan korang dah buat persediaan diri, ilmu pengetahuan, fokus dan seharusnya memilih pakaian yang sesuai untuk jawatan yang dipohon.  Bukan semua orang mampu menyediakan persalinan serba baru, namun kita kena bijak menyuai padan pakaian lama untuk kelihatan menarik dan semestinya membuatkan orang yang akan menemuduga kita tu memberi kredit pertama atas penampilan.  Korang tau tak kalau kita berpakaian cantik, semangat kita tu pun lain tau..tak percaya? cuba la

Image result for office attire

Bila nak pergi temuduga ni ada kala kita ni terlebih gaya atau main hentam jer bila berpakaian, perlu diingat walau kita nak kerja dekat fast food pun kita perlu berpakaian kemas bukan berselipar saja dan antara yang penting kita perlu senyum tapi bukan tersengih sepanjang masa dan tepati masa yang ditetapkan oleh pihak yang akan menemuduga kita


1. Pilih Jenama Murah
Usah menghabiskan wang membeli pakaian jenama mewah yang dihasilkan dari gedung fesyen dari London, New York atau Milan kalau kita cuma rakyat marhaen (^__^). Buat kajian dan lihat banyak jenama fesyen berkualiti tetapi murah untuk selamatkan tabungan kita.


2. Suai Padan Pakaian
Jangan risau kalau tiada bajet untuk membeli pakaian baru tapi cuba berubah dan cuba suai padan pakaian lama yang ada dalam almari selain dari itu kita boleh minta pertolongan rakan atau keluarga untuk memberi pandangan dalam pilihan suai padan tersebut


3. Jualan Murah
Tandakan dalam kalendar bila gedung perniagaan mengadakan jualan mega atau jualan murah.  Kita boleh berjmat jika menunggu tawaran jualan murah untuk membeli pakaian baru.


4. Beli Pakaian Bundle (^___^)
Rasanya tak salah membeli pakaian di premis pakaian terpakai atau bundle sebab kalau bijak memilih kemungkinan ada pakaian baru atau tidak pun pakaian yang berkualiti tinggi ditawarkan.  Bajet yang murah dengan harga pada kadar RM5 hingga ke RM10 untuk kemeja dan antara RM10 hingga RM20 untuk seluar memang akan menjimatkan kita yang baru mula bekerja.


5. Gandingkan Pakaian Baru dan Lama
Sedikit kreativiti mampu menyeralahkan penampilan anda sehingga siapa sangka, padanan pakaian lama dan baru mengubah imej anda.  Andai membeli kemeja baru contohnya anda boleh menggandingkan dengan seluar lama


6. Pinjam (^_^)
Hanya kalau terdesak, kita boleh juga meminjam dari rakan baik tapi haruslah sama size kita kan seperti tali leher, tali pinggang mahupun kasut

1 comment:

  1. Wish me luck. Tengah tggu mana mana lubang keje yang kosong. Susah betul nak dapat kerja sekarang.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!