Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka - umifuzydotcom

December 29, 2017

Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka


Bila tiba musim cuti sekolah atau cuti perayaan, mesti korang terasa nak turut bercuti kan tapi bila terkenangkan kesesakan jalan dan jugak kos perjalanan terutama dengan harga minyak yang bila naik tu mencanak dan bila turun tu terkadang alahai..sikit nauu.  Apa kata korang gi staycation di One World Hotel jer. Macam mana nak tempah bilik di One World Hotel ? klik book one world hotel here  dan korang tak payah fikir kos-kos yang semakin memeningkan jiwa raga tu sebab anak-anak bila kita cakap jer nak pergi bercuti walau cuma menginap kat hotel pun diaorang memang teruja sakan walaupun jarak hotel dengan rumah tu sepelaung jer kann..hehe

Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka

One World Hotel terletak di First Avenue, Bandar Utama City Centre kiranya bersebelahan dengan Seri Pentas TV3 dan One Utama Mall.  Hotel bertaraf 5 bintang ini yang mempunyai 438 bilik dari kategori biasa dan  bilik suite ni terletak begitu strategik yang menjamin keselesaan dan merasa tenang walaupun hotel ini terletak dikawasan yang sibuk. Dengan keluasan 40 kps bagi setiap bilik biasa dan 70 kps untuk bilik suite memang akan buat korang rasa selesa dengan dan ni dilengkapi dengan TV LCD 50 inci disetiap bilik, WiFi percuma, suratkhabar, set membuat kopi dan teh, welcome fruit platter, servis bilik 24 jam, peti simpanan  dan banyak lagi


Apa yang menarik di sekitar One World Hotel ?

Korang tau tak disekitar One World Hotel ni banyak tempat menarik bukan untuk terjah jer tapi membeli belah di One Utama Mall, pusat membeli belah terulung dengan 600 kedai, panggung wayang dan tempat bermain bowling seterusnya sambung membeli belah tak pun window shopping kat The Curve, IKEA jadi korang yang kaki shopping memang akan penuh aktiviti seharian dan jangan lupa pulak untuk anak-anak, singgah la ke KidZania dan seterusnya tonton wayang di GSC 1 Utama.  Serius memang jadual korang akan padat tapi kalau rasa tak penat boleh la naik MRT untuk ke destinasi pilihan.

Selain dari itu, One World Hotel juga menyediakan perkhidmatan shuttle ke Taman Tema Sunway Lagoon, Stesen KL Sentral, Petronas Twin Tower secara percuma..haa kan untung dan jimat kan.

Kalau dah penat boleh la balik ke hotel beristirehat didalam bilik yang menyenangkan tak pun pergi ke spa, sauna atau mandi stim..memang hilang rasa penat tu semua.

Kalau lapat pilih saja kat mana mana nak makan samada di Restoran Cinnamon, makanan cina di Restoran Zuan Yuan atau makanan Jepun di Restoran Kura, apa yang pasti perut kenyang dan semestinya akan meninggalkan kenangan yang indah.

Untuk mendapatkan penjimatan dengan potongan harga yang berbaloi, korang tempahlah bilik di One World Hotel ni dengan Traveloka dan yang pasti sangat mudah dan selamat.

Bagaimana untuk membuat tempahan bilik ?
  • Log masuk ke Traveloka > www.traveloka.com dan berdaftar supaya senang untuk membuat tempahan dimasa yang lain
  • Taipkan One World Hotel di ruangan Destinasi/Nama Hotel dan Tempoh Penginapan
  • Klik cari Hotel dan Tempah
Mudah kan!

Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka

Ataupun cara korang disarankan untuk  muat turun  aplikasi Traveloka melalui Google Play Store atau Apps Store dan seterusnya sebarang tempahan bilik hanya di hujung jari korang.

Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka


Kenapa Traveloka ?
  • Traveloka menawarkan harga termasuk semua cukai, surcaj dan payment fee
  • Dengan menggunakan aplikasi Traveloka, kita akan dapat harga terbaik dan pelbagai promosi menarik
  • 2,000,000+ review adalah dari pelanggan sebenar yang berpuashati untuk kita percaya dan membuat sebarang keputusan
  • Setiap tempahan adalah dijamin dan kalau ada sebarang terlebih tempahan (overbooked')  atau ada masalah dengan tempahan, pihak Traveloka akan syorkan hotel dengan kategori yang sama tanpa bayaran tambahan atau pulangan wang
  • Pilihan pembayaran melalui credit card, debit card, internet banking atau di 7-Eleven tanpa caj tambahan
  • Tawaran Istimewa bagi ahli yang mendaftar dengan Traveloka
Jadi tunggu apa lagi. Jom bercuti tanpa pening kepala. Traveloka dulu!

Laman sesawang : www.traveloka.com

Facebook : TravelokaMY

Instagram : travelokamy








3 comments:

  1. Best hotel if nak stay dkt dgn shopping mall...

    ReplyDelete
  2. Dengan traveloka memang semua jadi senang. Traveloka terbaik ^^

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!