01/01/2018 - 02/01/2018 - umifuzydotcom

January 17, 2018

Jana Pendapatan Online Sebagai Affiliate Baituljannah.com

10:21 PM 2
Jana Pendapatan Online Sebagai Affiliate Baituljannah.com
Saban hari kita merasakan keperitan ekonomi yang semakin gawat, setiap minggu kita ternanti-nati perkhabaran tentang harga minyak, turun atau naik? kalau turun, barangan lain tetap tak turun harga tapi kalau naik, tup tup barangan keperluan lain naik berganda. Niat nak berniaga tapi tak ada kepandaian, nak mencuba nasib, kewangan menjadi faktor malah tak tahu jenis perniagaan apa yang boleh kita buat.  Jadi apa kata kita cuba menjadi affiliate Baituljannah.com yang sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan setiap bulan dengan hanya berkongsi artikel blog dan URL dan pendaftaran adalah PERCUMA!

Klik kat gambar untuk pendaftaran atau klik SINI

Program Affiliate Baituljannah


Apa itu Baituljannah ?
Baituljannah adalah sebuah laman mencari jodoh PATUH SYARIAH yang membuka peluang untuk anda bertemu calon pasangan sejati dimana setiap calon yang mendaftar akan ditapis malahan setiap  sesi taaruf dipantau bagi tujuan menjaga adab ikhtilat,

1. Patuh Syariah
setiap calon yang mendaftar akan ditapis malahan setiap  sesi taaruf dipantau bagi tujuan menjaga adab ikhtilat, 

2. Privasi terjamin
Nama, no telefon dan emel anda adalah dirahsiakan dan tidak dipaparkan di profile anda

3. Bebas spam
Kami mengawasi sebarang bentuk spam.  Anda boleh melaporkan sekiranya terdapa sebarang salah laku oleh para calon yang berdaftar

4. Anti-SEO
identiti anda berkaitan Baituljannah tidak akan dapat dicari oleh enjian carian seperti Google, Yahoo dan lain-lain kerana dilengkapi dengan sistem anti-SEO


Program Affiliate BAITULJANNAHM BAITULJANNAH, apa itu baituljannah


Bagi yang masih belum berpunya dan masih mencari calon yang sesuai, tak perlu malu atau segan dalam mencari jodoh, daftar saja dan mana tahu jodoh anda dikalangan 136,637 orang yang sudah mendaftar

Klik dan daftar sebagai calon SINI

Daftar sebagai Calon Cari Jodoh 

Ganjaran Istimewa Menanti Para Affiliate (sah sehingga 30 Jun 2018)
Program Affiliate BAITULJANNAHM BAITULJANNAH, apa itu baituljannah
Tawaran Lumayan Program Affiliate Baituljannah

Jadi tunggu apa lagi, dan rebutlah peluang untuk menjana pendapatan ribuan ringgit dengan mudah dengan berdaftar sebagai affiliate sekarang.

January 15, 2018

'Fortune Ang Pao' Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan Hadiah Lebih RM1 Juta

11:15 PM 4
'Fortune Ang Pao' Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan Hadiah Lebih RM1 Juta
Bersempena Tahun Baharu Cina yang akan kunjung tiba bulan Februari nanti, Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari. wow kann

Klik dan baca sini >  Shopee dengan pencapaian memberangsangkan

Fortune-Ang-Pao_SS
'Fortune Ang Pao' Kempen ‘Wang bersama Shopee’

Sebagai sebahagian kempen, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk pengguna yang mengambil bahagian. Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, pengguna boleh bermain untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari dan setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah untuk memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Hadiah lain termasuk bank kuasa, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi.

'Fortune Ang Pao' Kempen ‘Wang bersama Shopee’

Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee dan pengguna juga berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018). Semakin ramai pengguna yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang. “Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

'Fortune Ang Pao' Kempen ‘Wang bersama Shopee’


Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sempena sambutan ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee

Sempena sambutan ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah dan bersempena Tahun Baharu Cina kali ini, Shopee berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk.

Sejajar dengan komitmen untuk membantu lebih banyak usahawan dan syarikat meluaskan rangkaian mereka menerusi e-Dagang, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau  https://shopee.com.my/joeyyapstore. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini.



“Kami berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi kami di Shopee pada Tahun Baharu Cina ini.
Bagi meraikan usahasama ini, kami menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dari kedai dalam talian kami,” kata YBhg. Dato’ Joey Yap. 


Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaharu dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM23 dan RM116 dari capaian


Untuk maklumat lanjut tentang ‘Wang bersama Shopee’,
layari: https://shopee.com.my/m/wangwithshopee

Untuk mendaftarkan diri ke acara Facebook
‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’,
layari: https://www.facebook.com/events/321714045010187/

Apa-apa pun, pastikan korang sentiasa meneroka aplikasi Shopee untuk mendapatkan harga murah dan jaminann barangan tulen Shopee Mall
#WangWithShopee




January 14, 2018

Resepi | Kerabu Taugeh Kerang Istimewa Mak

5:42 PM 10
Resepi | Kerabu Taugeh Kerang Istimewa Mak
Resepi mudah dan ringkas ni diceduk dari Mak yang sememangnya sangat suka dengan kerabu dan Mak boleh merekacipta dan membuat kelainan dalam kerabu dan bagi kami anak-anak Mak memang tak lepas peluang untuk makan airtangan Mak ni.



Bahan-bahan:

  • 300 gm taugeh, dibersihkan dan dicelur sekejap dalam air panas, toskan
  • 600 gm kerang, dibersihkan, direbus dan diambil isi
  • 7 tangkai cili kering 
  • 3 ulas bawang kecil
  • 1/2 cawan pekat air asam jawa 
  • 3 sudu kerisek
  • 5 sudu beras, digoreng tanpa minyak hingga kekuningan gelap, ditumbuk halus
  • garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan

  • 2 biji cili merah, dihiris
  • 1 labu bawang besar, dimayang
  • 3 biji cili api


Cara membuatnya :

  • Cili kering ditumbuk hingga lumat, masukkan bawang merah dan ditumbuk jangan terlalu halus
  • Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam bekas, masukkan air asam jawa, garam dan kerisek.  Gaul hingga rata
  • Masukkan kerang dan taugeh, digaul biar hingga rata, kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan cili api, digaul rata dan akhir sekali taburkan beras goreng

nota : kalau tak letak beras goreng pun ok tapi Umi suka letak sebab bila dikunyah rasa ranggup dan wangi beras goreng tu memang memikat rasa ;D

January 13, 2018

Ubatan Tradisional : Buah Mahkota Dewa

11:30 AM 14
Ubatan Tradisional : Buah Mahkota Dewa
Buah mahkota dewa memang tidak asing pada pengamal perubatan herba dan tradisional kan dan Umi pun dah lama tau dari rakan kat FB tapi tak berapa arif apa khasiat buah ni sampai pokok yang pertama kali mengeluarkan hasil tapi dicuri orang..dalam hati terdetik..hebat sungguh buah ni sampai tahap dicuri gitu kan.  Dan baru-baru ni sewaktu berkunjung ke rumah Kak Ndak (kakak ke 3) dia bagi Umi 2 biji buah MD yang dia dapat sewaktu berkunjung ke Raub dan Umi pun konon2 la nak semai hehe...part ni memang kelakar sebab tangan Umi panas tapi mana la tau kan..kot2 lepas ni menanam sebarang pokok boleh menjadi...tak gitu?

dah cukup masak buah mahkota dewa ni
Dan 2 hari lepas Umi sekeluarga ke Skudai rumah ipar atas urusan keluarga dan memandangkan DH dan the girls ni peminat durian..apa lagi diajaknya kami ke Kg Sawah dalam daerah Pontian...jauh la jugak perjalannan sampai tersenguk2 la mengantuk..hehe. Umi ni bukan boleh bau durian tapi kena la ikut kan..memang luas la dusun durian Hj Wahab (kalau tak silap la nama dia)..ada pokok pulasan, rambutan dan semestinya durian yang bergayutan dipokok dan berjumpa la akhirnya pokok mahkota dewa dengan buahnya yang masih muda...rezeki kannn.  Tuan rumah pun siap offer nak bagi buah ni tapi buahnya masih muda dan juga Umi pun tak rasa nak mencuba..tapi tengoklah nanti kan lagipun dalam simpanan ada 2 biji..cukup la kalau nak mencuba.

Jadi Umi nak kongsi kegunaan dan khasiat buat mahkota dewa ni.


Kandungan serta khasiat buah mahkota dewa
  • Buahnya boleh menghilangkan kegatalan (antipruritus) dan antikanser
  • Mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan)
  • Kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid. Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun dalam tubuh
  • Polifenol berfungsi sebagai anti-histamin (anti alergi)
  • Saponin menjadi sumber anti bakteria dan anti virus, meningkatkan sistemr kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah dan mengurangi penggumpalan darah
  • Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah  terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurang kandungan kolestrol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandung anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan 

Cara menggunakannya buat pesakit diabetis

Cara 1:
Buah mahkota dewa yang telah kita hiris nipis dan kering tu kita rebus dan air rebusan ini diminum macam minum teh tanpa gula, seeloknya diminum diwaktu malam sebelum makan dan diminum 2x sehari (bagi yang pertama kali mencuba) iaitu diwaktu pagi dan waktu malam dan bagi yang dah biasa boleh minum 1 kali sehari sebelum tidur.

Pastikan sebarang perubahan kita bila meminmumnya kerana buah ni katanya menghasilkan kehangatan yang agak ketara selepas beberapa hari diminum seperti pening. Kalau berlaku, berhenti minum buat beberapa hari dan kemudian disambung balik.  Pastikan air rebusan tu tidak terlalu pekat yang akan menyebabkan rasa pening.


Cara 2:
Kulit buah mahkota dewa dihiris nipis-nipis dan dikeringkan. 
Bila sudah kering (pastikan betul-betul) kering, rendam dalam air panas macam buat teh dan diminum

Nak tahu lebih lanjut pasal buah mahkota dewa ni klik <SINI>

Mungkin ada orang lain menggunakan buah mahkota dewa ni dengan cara yang berbeza tapi tu la yang Umi dapat dari empunya kebun.


January 12, 2018

Menjaga Anak Amanah Allah

9:00 AM 6
Menjaga Anak Amanah Allah

Redhalah Dengan Ujian Allah

Anak-anak merupakan harta dan amanah ALLAH.  Ia merupakan satu tanggungjawab besar.  Anak-anak juga merupakan aset yang akan membantu apabila ibu bapa meninggal dunia melalui doa-doa mereka.

Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a. merekodkan, Rasulullah s.a.w berkata, "Apabila meninggal dunia seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah amal jariah, ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang akan mendoakan untuknya"

Selain menjaga, mendidik anak-anak adalah wajib.  Oleh itu, apakah cara yang lebih baik untuk mendidik mereka? Selain mendidik anak-anak mengenali ALLAH, Rasulullah s.a.w berpesan supaya anak-anak diajar mendirikan solat.

Iman Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim dan Abdullah bin Amru r.a merekodkan dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w berpesan, "suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila telah berumur tujuh tahun dan pukulllah mereka jika enggan mengerjakan solat apabila berusia sepuluh tahun."

Selain diminta supaya mengerjakan solat, anak-anak juga digalakan menghadiri majlis ilmu bagi menambahkan pengetahuan mengenai ilmu agama. Majlis ilmu merupakan taman syurga yang tidak sepatutnya dihadiri oleh orang dewasa sahaja tetapi anak-anak jugak perlu dibiasakan menghadiri majlis sebegitu.

Menjaga Anak Amanah Allah

Imam at-Tabrani dari Ibnu Abbas r.a. merekodkan dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w berkata, "Apabila kamu berjalan melalui taman syurga, maka singgahlah disitu." Lalu sahabat bertanya, "Apakah taman syurga itu ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Taman syurga itu adalah majlis-majlis ilmu."

Anak-anak juga digalakkan membaca al-Quran supaya suasa rumah sentiasa memiliki ciri-ciri keislaman dan bukan didedah dengan budaya barat seperti memutarkan lagu-lagu yang boleh melalaikan.  Jika tidak membaca al-Quran, putarkanlah kaset bacaan al-Quran juga siaran radio yang bercirikan Islam.

Abu Hurairah r.a. merekodkan dalan satu hadis, Rasulullah s.a.w mengingatkan, "Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur.  Sesungguhnya syaitan mearikan diri dai rumah yang dibacakan didsalam surah al-Baqarah."

Sesungguhnya tanggungjawa ibu bapa dalammenjaga dan memberikan didikan kepada anak-anak bukanlah perkara mudah.  Ia tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada guru yang membentuk keperibadian anak-anak dan mereka menjadi contoh kepada anak-anak yang dipimpinnya.

Memberi nasihat kepada anak-anak juga merupakan tanggungjawab yang bukan kerja remeh.  Dalam al-Quran surah al-Luqan, banyak sekali pesanan Luqman kepada anak-anaknya.

Nasihat Luqman kepada anak-anaknya boelh diterapkan oleh ibu bapa dalam menasihati anak-anak mereka

Ayat 13, surah al-Luqman, ALLAH berfirman yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Luqman memberi nasihat kepada anaknya, "Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan ALLAH (dengan sesuatu yang lain).  Sesungguhnya perbuatan syirik itu merupakan satu kezaliman yang besar."

Sementara itu didalam surah yang sama ayat 17, ALLAH berfirman maksudnya, "Wahai anak kesayanganku. Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah dari kemungkaran dan bersabarlah atas segala bencaran yang menimpamu.  Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perakara yang perlu diambil beat melakukannya."

Apa yang dijelaskan ini hanya sebahagian surah al-Luman.  Banyak lagi pesanan Luqman keapa anaknya.  Maka bacalah surah ini untuk mengetahui keseluruhan pesanan tersebut.

Nota:
Catatan dikongsi dari buku 100 Pesanan Terakahir Rasullah (bab 61)
pemberian dari blogger +Ana Suhana 
Penulis : Muhd Nasruddin Dasuki

January 11, 2018

Novel : Fiksyen 302 "Jangan Percaya!"

10:08 PM 4
Novel : Fiksyen 302 "Jangan Percaya!"
Dah lama novel ni berada dalam simpanan cuma kesempatan untuk membaca tu seakan tiada sebab yang pasti bila baca buku fiksyen atau thriller ni kena hadam betul-betul dan fokus ;D

Image may contain: 1 person, text

Bil mukasurat : 492
Genre : Thriller

Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam.  Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa.  Angka 302 dilakar di dahi mangsa.  Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan.  Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.

Norhafiza Izura (Fiza), peguam yang diarahkan oleh majikannya Hj Sainoh untuk membela  Lan Lani setelah mendapat cek bernilai RM20,000 dan nota ringkas dari seseorang yang tidak dikenali yang mengatakan Lan Lani tidak bersalah.  Kemudian berlaku lagi pembunuhan dengan pengakhiran yang sama dilakukan oleh Jimmy Yeoh dan Prakash Kumar serta Farid Ja'ah yang merupakan pesakit mental Hospital Permai Johor Baharu yang telah disahkan sihat.  Lebih dahsyat pembunuhan yang dilakukan oleh Farid Ja'ah keatas pengawal, orang kanan dan Dato Mahali sendiri. Kesemua yang dibunuh mempunyai hubung kait dengan kes berprofil tinggi hingga menyebabkan seorang pegawai polis, Hizmuddin meletakkan jawatan.  Amat mengejutkan kematian Nurul, kerani Hj Sainoh dan Fiza secara terang-terangan menuduh Farid.

"Zonan tu roh jahat tak berjasad. Mukanya tak berwajah."

Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur.  Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras.  Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan
Tahun 2032 - seorang peguam Rita Yuzalina menyertai perojek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu.  Namun, ia disabotaj.  Pertukaran watak berlaku, lebih menakutkan..trajedi terlampau berulang lagi.  Lebih dahsyat daripada yang dijangkakan

Dr Rozlina berjaya memujuk seorang peguam muda, Rita Yuzalina untuk membantu menyelesaikan misteri 302 kerana beranggapan Rita adalah calon yang paling sesuai memandangkan dia adalah anak Dato Mahali.  Dr Rozalina membuat sedikit perubahan dengan membawa Rita ke tahun 2014, di tahun Fiza mati dibunuh dan bukan 2012 namun Zoran muncul, membunuh Dr Hakimi dan Dr Rozlina serta memusnahkan peralatan hingga Rita merasakan dirinya adalah Fiza.  

"Setelah 20 tahun berlalu..kau yang paksa aku keluar!" Zonan bertegas

Alias pegawai polis yang bertanggungjawab dalam kes 302 beserta Hizmuddin sendiri terkejut dengan kemunculan Fiza dan namun akur telah berlaku pertukaran watak. Usaha Rita merungkai misteri 302 juga hampir menyebabkan kematiannya namun dia kembali menjadi dirinya akibat kemalangan dan akhirnya Zonan berjaya ditangkap.

Atas rasa bersalah, Rita mengejutkan orang ramai dan Alias dengan menjadi peguambela Irwansyah aka Lan Lani aka Zonan atas rasa tanggungjawab dalam melunaskan hutang-hutang keluarganya yang menjadi rahsia yang menyeksakan dirinya setelah membaca surat ibunya Datin Ummu Hani.

Sesiapa yang berminat boleh la ikut perkembangan cerita RAM di blog dan facebook dibawah ya

blog : 
www.kelabram.com

Facebook : 
Ramlee Awang Murshid Fam Club (RAMFC)
Ramlee Awang Murshid Books Club
Ramlee Awang Murshid Folowers

January 10, 2018

Resepi | Bantut Ikan

10:08 PM 2
Resepi | Bantut Ikan
Mesti ada yang pelik bila baca resepi bantut ikan kan...sesiapa orang utara mesti tau apa tu bantut ikan dan kalau selain orang utara masakan ni dipanggil pais ikan tapi tak tahu la kalau kat negeri lain ada dipanggil dengan nama yang berlainan.

Dah lama Umi nak masak bantut ikan ni tapi dok terbantut jer entah la sebab apa..nak kata susah tak la..cuma nak kena bakar jer tapi kali ni Umi buat kaedah memasak tak macam kat kampung yang macam ikan bakar guna sabut kelapa..Umi cuma buat bungkus dalam daun pisang dan letak atas kuali leper jer dan Alhamdulillah sold out! hehe

Nak jadi rezeki, dipasar pulak ada ikan bulu ayam, jadi terus terfikir nak masak pais ikan bulu ayam ni.

Bantut Ikan / Pais Ikan Bulu Ayam

Bahan-bahan:

Ikan bulu ayam, digaul sedikit kunyit (kalau nak tukar ikan lain pun boleh)
1 helai daun kunyit, dihiris 
1 cawan kelapa putih
5 biji cili api* (kalau tak suka pedas, tak payah guna)
7 biji cili kering*
1/2 inci kunyit hidup*
2 batang serai*
3 ulas bawang kecil*
1 ulas bawang putih*
2 camca jus asam jawa (pekat)
Garam secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus

* Ikan bulu ayam ni selain halus, punya tulang yang banyak jadi kena berhati-hati bila nak makan

Cara membuatnya:

1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda * sehingga lumat, kemudian masukkan kelapa, ditumbuk hingga mesra dengan bahan-bahan yang lain. 

2. Masukkan kedalam mangkuk yang berisi ikan bulu, masukkan daun kunyit yang dihiris, garam dan jus asam jawa, gaul hingga rata.

3. Bentangkan daun pisang, letakkan ikan yang dah bersalut kelapa dan balut.  Pastikan daun pisang tu tebal supaya tak mudah koyak bila dibakar nanti. Kalau ada daun kunyit boleh lapik diatas daun pisang sebelum diletakkan ikan dan bila dibakar nanti akan berbau wangi.

4. Bakar atas kuali leper dan balik2kan supaya kedua-dua belah supaya ikan didalam bungkusan daun pisang tu masak dengan sempurna.


Mudah kan! Tapi ada juga yang guna oven untuk membakar.  Jadi terpulang la ikut kesukaan masing-masing







January 9, 2018

Bagaimana untuk Block seseorang di Google Plus

8:15 AM 16
Bagaimana untuk Block seseorang di Google Plus
Sememangnya kita sebagai penulis ni harus la punya blog yang untuk tatapan umum (public) kan tapi terkadang bila kita jadi tatapan umum, lain pulak jadinya antaranya sangat mudah bagi golongan scammer atau sesiapa yang punya penyakit mental ni cuba mengaibkan kita.  Nauzubillah..semoga kita semua dijauhkan dari manusia yang macam ni ya.

Jadi kalau kita dah kenal pasti siapa yang kita tak hinggin dia tengok kita, jom cuba cara yang Umi kongsikan ni, semoga bermanafaat ya


*********************


  • Sign in ke Google Plus kita
  • Dekat ruangan Search > masukkan email sipolan (kalau ada) dan akan keluar nama dan gambar dia dibawah People & Pages
  • Klik di gambar (bukan tekan FOLLOW) dan kemudian kita akan berada dihalaman seperti dibawah ni



  • Nampak tak dekat ABOUT tu ada 3 titik yang kalau ditekan akan keluar Block profile, Mute profile, Report abuseTekan block 

Block > dimana apa yang kita tulis dan ditulisnya akan tersorok, tak akan berada dikalangan sesama kita dan dia tidak dapat melihat posting atau menghubungi kita melalui Google+ atau mana-mana servis Google

Mute > kita tidak akan mendapat sebarang notificaition dari diaorang tapi kita masih dapat melihat/mendapat apa yang dia post atau di profile mereka

Report abuse > kita boleh report isikandungan atau profile dengan langkah seterusnya


  • Kalau dia bukan kawan dikalangan kita akan jadi lebih mudah tapi kalau dia dikalangan kawan kita akan keluar yang seterusnya seperti dibawah


Letakan kan sebab untuk kita buat laporan terhadap dia.  Sekiranya profile dia tu offensive atau apa yang kita fikirkan.  Akhir sekali tekan butang DONE


Ok selesai masalah tapi perlu diingat ya banyak cara yang sipolan yang ingin kita hindari tu masih boleh mencari kita sebab pelbagai maklumat kita seakan bukan menjadi rahsia bila kita berada dizaman berteknologi begini.  Jadi berpada-padalah bila berkongsi maklumat peribadi untuk tatapan umum.

Kalau nak lebih lanjut dalam bahasa Inggeris boleh jer ke https://www.laptopmag.com/articles/block-someone-google-plus

January 5, 2018

Redhalah Dengan Ujian Allah

9:09 AM 6
Redhalah Dengan Ujian Allah


Berapa ramaikah di antara kita redha apabila ALLAH memberikan dugaan atau ujian? Bagi mereka yang beriman, mereka menganggap itu adalah ujian yang akan meningkatkan keimanan tetapi bagi yang tidak beriman, pasti menganggap ALLAH tidak sayangkan mereka dan sengaja mahu menyusahkan.   Nauzubillah
ALLAH telahpun memberi peringatan dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3, bermaksud," Patutukah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya KAMI menguji orang yang terdahulu daripada mereka supaya dengan ujian seperti itu, nyata apa diketahui ALLAH mengenai orang yang sebenarnya beriman dan ternyata pula diketahui mengenai orang yang berdoa"
Ayat itu mengingatkan kita, tidak semudah itu untuk mengatakan kita beriman sebelum diuji dengan dugaan ALLAH.  Ini kerana ujian itu merupakan satu syarat sama ada kita redha atau tidak dengan ujian yang ALLAH turunkan.

Rasulullah s.a.w sendiri diuji dengan pelbagai tuduhan dan fitnah sepanjang menyebarkan agama Islam kepada kaumnya.  Hebatnya ujian itu bukan sedikit malah kaum keluarganya juga menerima ancaman.  Selain itu para sahabat juga menghadapai perkara yang sama.

Didalam keadaan seperti ini, tidak ada yang lebih utama selain kesabaran dan keimanan terhadap ALLAH dan menganggap ia bukan penghalang untuk menyebarkan agama.
Hadis Imam Muslim, Rasullah s.a.w berkata, "Betapa ajaibnya orang yang beriman itu, sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka.  Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi orang mukmin.  Jika memperolehi kegembiraan dia berterima kasih dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya."
Perlu diingat, ujian adalah tanda kasih dan cinta ALLAH terhadap kita.  Hadis oleh Imam at-Tarmizi daripada Anas, RAsullah s.w.w berkata, "Apabila ALLAH cinta kepada suatu kaum, mereka diuji.  Barang siapa redha menerima ujian itu, ALLAH redha pula kepadanya.  Dan barang siapa yang marah (tidak redha), maka ALLAH murka kepadanya."
Ramai yang tidak sedar, sesuatu ujian yang ALLAH turunkan pasti ada hikmah yang tersembunyi.  Mereka yang menyedari tidak akan merintih sebaliknya tabah menghadapi.

Ini dijelaskan di dalam satu hadis daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah, Rasullah s.a. berkata, " Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang tlah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan ALLAH menghapuskan sebahagian daripada dosanya."

Setiap ujian yang menimpa seseorang muslim itu pasti akan diberi pahala oleh ALLAH S.W.T.  Sebesar mana ujian tersebut, maka besar jugalah ganjaran pahala yang akan diperolehi.  Sebagai hamba, seseorang itu hendaklah sentiasa redha dengan ujian yang melanda.  Orang yang redha akan menjadi hamba yang dikasihi oleh ALLAH.  Apabila ALLAH mengasihi, maka tempat yang paling layak buat hamba yang redh ini adalah di sisi ALLAH di syurga kelak.  Insya-ALLAH

Oleh itu segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa seseorang mukmin merupakan penghapus dosa yang pernah dilakukkan sebelum ini.  Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpa sebagai nikmat dan menerima setiap musibah dengan redha akan mendapat balasan pahala daripada ALLAH selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya


Catatan dikongsi dari buku 100 Pesanan Terakhir Rasullah (halaman 161) 
pemberian dari blogger Ana Suhana
Penulis : Muhd Nasruddin Dasuki

January 4, 2018

Petronas Ada Permainan Gores dan Menang ?

4:05 PM 2
Petronas Ada Permainan Gores dan Menang ?
Lupa nak war-warkan permainan yang semua orang boleh menang! Kalau siapa singgah kat mana-mana stesen Petronas dari tahun lepas untuk membeli minyak atau kat Kedai Mesra Petronas, mesti korang akan dapat baucer percuma dengan setiap pembelian minima RM20 ni dan ditawarkan sehingga 28 Februari 2018. Masih sempat lagi tau!





Kalau tengok pada baucer ni memang banyak syarikat yang turut serta antaranya McDonald, Starbucks, Digi, Subway, Kenny Rogers, Tealive, Zalora, Grab, Rotiboy, Lazada, Petronas Mesra, KFC, Burger King, Gzox dan Petronas Syntium

Baucer Petronas

Apa yang perlu dibuat untuk dapatkan baucer percuma ni:

  • Isi minyak RM20 Petronas Primax dimana-mana stesen Petronas

atau

  • Beli barangan promosi di Kedia Mesra (hanya kat Petronas la ya)

atau




  • Beli Petronas Syntium 4 liter
Kalau isi minyak pakai kad kredit kat pam minyak tu jangan lupa terus ke kaunter untuk ambil baucer dan ambil duit syiling dan gores untuk tengok apa hadiah misteri yang korang dapat.  Mudah kan

Macam ditulis tu "the only game where everybody wins!" memang sungguh la sebab Umi ni kan pengguna tegar Petronas dan dah banyak baucer Umi kumpul dan antaa yang dah di'redeem' baucer McDonald tempohari dan baucer-baucer dan masih dalam simpanan ni tunggu hari jer la untuk digunakan.

baucer Petronas

baucer Petronas
Tapi mana la tau kan kot ada antara kita yang bernasib baik dan dapat memenangi hadiah yang hebat antaranya

  • Wang tunai R5,000
  • Percuma telefon bimbit pilihan sendiri
  • Percuma kasut setahun dari Zalora
  • Percuma Petronas Syntium 4 liter
  • Percuma baucer Petronas


Selamat berbelanja!

January 3, 2018

Ada Masalah Kaki Berbau ?

4:42 PM 6
Ada Masalah Kaki Berbau ?

Pernah tak korang dijauhi, dicemuh atau disindir kerana mempunyai ada masalah kaki berbau ? Tambah teruk bila kita pergi ke rumah kawan  atau saudara mara  lepas tu kena buka kasut bagai..haa la memang tak boleh lari kan walau macam mana kita cuba sorokkan pun tetapi tak boleh dilindungi dan pastinya rakan sekeliling 


Penyakit kaki berbau ini dikenali sebagai bromodrosis atau dermatophystosi.  Iannya berlaku disebabkan oleh pengeluaran peluh berlebihan serta mengandung bakteria, kulat dan lapisan kulit yang telah mati.  Penyakit ini lazimnya meyerang para remaja dan mereka yang berusia 30an dan tak mustahil byai-bayi berkemungkinan besar dijangkati, jikalau tidak diawasi.  Bila dijangkiti, tidak mudah diubati dan mengambil masa agak lama untuk pulih

Kaki berbau disebabkan oleh proses perpeluhan yang aktif dikenali sebagai hyperhidrosis.  Peluh memang bagus untuk kesihatan kerana ia dapat menyejukkan tubuh walau kadangkala ia merimaskan.  BAhan-bahan kimia yang terdapat dalam peluh akan memberi tindak terhadap bakteria dan kulitterutamapada kaki yang lembab dan panas sebagai tempat pembiakan.

PUNCA KAKI BERBAU

  • Lebihan peluh terjadi disebabkan oleh penyakit seperti hyperthyroidism atau kemungkinan masalah neurologika tetapi lazimnya disebabkan oleh kasut atau sarung kaki yang jarang berbasuh.
  • Memakai sarung kaki dan kasut terlalu lama akan membuatkan kaki panas dan berpeluh.  Rasa panas atau wap itu tidak dapat menembusi sarung kaki dan kasut, maka peluh akan dikeluarkan untuk menyejukkan keadaan dan proses ini berulang hingga lama kelamaan menyebabkan bau busuk.
  • Sarung kaki nylon dan bahan sintetik pada kasut bertindak sebagai 'plastik beg' yang membendung udara lembab di kaki.  Ini kerana bahan tersebut tidak berupaya menyerap lembapan pada kaki dan menggalakkan pembiakan bakteria



CARA MENGHINDARINYA
  • Sebaiknya basuh kaki sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menghalang bakteria dan menanggalkan lapisan kulit yang telah mati dan sekaligus ini akan mengelak daripada dijangkiti penyakit.  
  • Kalau boleh, gunalah bahan pencuci seperti apple cider vinegar atau sabun pHisoHex (boleh didapati di farmasi tapi jangan tersilap guna pulak ya) 
  • Pastikan kuku kaki jugak sentiasa pendek agar tidak menyimpan kekotoran yang boleh mengeluarkan bau
  • Untuk mengelakkan peluh yang berlebihan pada kaki, gunalah bedak khas seperti bedak Zeasorb yang mengandungi aluminium chloride atau bedak talkum atau juga tepung jagung yang dicampur dengan sodium bicarbonate 
  • Kasut juga memainkan peranan penting untuk mencegah kaki berbau jadi pakailah kasut yang mempunyai lapisn lembut yang dapat menyerap lembapan.
  • Pastikan kasut ditukar selalu ataupun dijemur dibawah matahari
  • Kalau boleh jangan memakai ksut yang sama dua hari berturut-turut



January 2, 2018

Hanya Cik Applepie yang masih bersekolah !

5:41 PM 3
Hanya Cik Applepie yang masih bersekolah !
Hari ni hari pertama sesi persekolahan bermula dan tahun ni hanya Cik Applepie jer yang bersekolah malah dia pun dah berada di Tahun 6, maknanya tahun ni dia akan menduduki UPSR dan UPSRA.  Cepat sungguh waktu berlalu kan.  Apa yang pasti tahun ni banyak perancangan yang lebih serius yang kena Umi buat dan kena fokus untuk si bongsu ni dan perancangan tu bukan hanya untuk tahun ni tapi tahun depan sebab dia akan memasuki alam persekolahan menengah.  Cik Applepie ni dah terang-terang tak nak masuk boarding school..waktu kami mengusik dia..siap merajuk lagi hehe tapi ishh so far tak seorang pun anak Umi yang ke boarding school tapi bila lepas habis SPM memang kena la sambung belajar walau jauh dari kami.


Balik ke sekolah 2018
Dah besar dan tak perlu la Umi atau Ayah siapkan malah dia ni lebih advance lagi dari kakak² dia dan sangat independent walaupun dia anak bongsu. Alhamdulillah


Ni la kenangan tahun 2011 sewaktu cik applepie belajar di Tadika KEMAS dan Tok Abah dialah yang tukang mandikan dia dan menyikat rambut cik applepie dan kemudian menghantar dia ke Tadika KEMAS.  Malahan bukan cik applepie saja yang dirapikan tapi semua anak Umi sememangnya akan dijaga oleh Mak dan Abah dan bila masuk ke Tadika semua akan bersekolah berdekatan rumah Mak dan Abah hingga la mereka semua masuk ke Sekolah Menengah, mereka kena berdikari dan duduk di rumah.

Bayangkanlah semua anak-anak dok kata Tok Mak diaorang masak serba serbi sedap..hehe dan Umi pun untung jugak sebab bila balik kerja petang tu ada la lauk untuk dibawak balik..nampak tak untungnya tu kan.

Nota : Abah sekarang dah semakin uzur dan tenaga pun dah semakin berkurangan.  Apa yang Umi harap Mak tabah menjaga Abah dan dipermudahkan segala urusan buat Mak dan juga Abah

January 1, 2018

Resipi | Ikan Jenahak Bersos Cili Nenas

9:48 PM 3
Resipi | Ikan Jenahak Bersos Cili Nenas
Assalammualaikum wbt | Hari ni 01 Januari 2018,  hari pertama di tahun baru yang sangat berbeza sebab kekurangan ahli keluarga tak seperti tahun-tahun yang lalu.  KC baru jer balik ke Jitra hari Sabtu yang lalu dan KY pulak akan menamatkan sem 1 dan akan balik dalam 3 - 4 hari lagi.  Selain dari tu tak de yang extra ordinary tapi jiwa lebih tenang ^__^

Sebenarnya masakan ni bukan dibuat hari ni, rasanya dah beberapa bulan kot tapi entah kemana hilang gambar yang di'snap' tapi tetibu timbul pulak..hehe

Kalau ikut selera Umi memang sedap sebab ada rasa masam-masam nenas dan pedas ditambah dengan wangi daun ketumbar dah cukup dengan sepinggan nasi panas..rasanya bukan sepinggan kot..haha



Ikan Jenahak Bersos Cili Nenas

Bahan utama:

1 ekor ikan jenahak  ( dipotong dua, ikut kesukaan)
boleh juga kalau nak guna ikan merah atau bawal


Bahan-bahan:

5 biji cili merah, dikisar
7 biji cili api, dikisar
1/4 bijii nenas, dikisar
3 ulas bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 labu bawang holland, dimayang
daun ketumbar

** kalau nak tukar nenas dengan mangga pun boleh

Cara membuatnya:

  • Ikan digoreng garing dan letak tepi
  • Tumbuk atau kisarkan cili merah, cili api dan kemudian nenas (jangan terlalu hancur)
  • Panaskan kuali, masukkan bawang merah, bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan cili kisar yang dicampur nenas, goreng hingga garing.  Pastikan api jangan terlalu besar
  • Masukkan bawang besar, bila nampak agak layu, tutup api
  • Tuangkan sos cili nenas keatas ikan dan letakkan daun ketumbar. Siap!
Selamat mencuba!

Nota : Umi lebih suka tumbuk bawang supaya tidak terlalu halus dan bila digoreng masih terasa