Wednesday, January 3, 2018

Ada Masalah Kaki Berbau ?


Pernah tak korang dijauhi, dicemuh atau disindir kerana mempunyai ada masalah kaki berbau ? Tambah teruk bila kita pergi ke rumah kawan  atau saudara mara  lepas tu kena buka kasut bagai..haa la memang tak boleh lari kan walau macam mana kita cuba sorokkan pun tetapi tak boleh dilindungi dan pastinya rakan sekeliling 


Penyakit kaki berbau ini dikenali sebagai bromodrosis atau dermatophystosi.  Iannya berlaku disebabkan oleh pengeluaran peluh berlebihan serta mengandung bakteria, kulat dan lapisan kulit yang telah mati.  Penyakit ini lazimnya meyerang para remaja dan mereka yang berusia 30an dan tak mustahil byai-bayi berkemungkinan besar dijangkati, jikalau tidak diawasi.  Bila dijangkiti, tidak mudah diubati dan mengambil masa agak lama untuk pulih

Kaki berbau disebabkan oleh proses perpeluhan yang aktif dikenali sebagai hyperhidrosis.  Peluh memang bagus untuk kesihatan kerana ia dapat menyejukkan tubuh walau kadangkala ia merimaskan.  BAhan-bahan kimia yang terdapat dalam peluh akan memberi tindak terhadap bakteria dan kulitterutamapada kaki yang lembab dan panas sebagai tempat pembiakan.

PUNCA KAKI BERBAU

  • Lebihan peluh terjadi disebabkan oleh penyakit seperti hyperthyroidism atau kemungkinan masalah neurologika tetapi lazimnya disebabkan oleh kasut atau sarung kaki yang jarang berbasuh.
  • Memakai sarung kaki dan kasut terlalu lama akan membuatkan kaki panas dan berpeluh.  Rasa panas atau wap itu tidak dapat menembusi sarung kaki dan kasut, maka peluh akan dikeluarkan untuk menyejukkan keadaan dan proses ini berulang hingga lama kelamaan menyebabkan bau busuk.
  • Sarung kaki nylon dan bahan sintetik pada kasut bertindak sebagai 'plastik beg' yang membendung udara lembab di kaki.  Ini kerana bahan tersebut tidak berupaya menyerap lembapan pada kaki dan menggalakkan pembiakan bakteria



CARA MENGHINDARINYA
  • Sebaiknya basuh kaki sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menghalang bakteria dan menanggalkan lapisan kulit yang telah mati dan sekaligus ini akan mengelak daripada dijangkiti penyakit.  
  • Kalau boleh, gunalah bahan pencuci seperti apple cider vinegar atau sabun pHisoHex (boleh didapati di farmasi tapi jangan tersilap guna pulak ya) 
  • Pastikan kuku kaki jugak sentiasa pendek agar tidak menyimpan kekotoran yang boleh mengeluarkan bau
  • Untuk mengelakkan peluh yang berlebihan pada kaki, gunalah bedak khas seperti bedak Zeasorb yang mengandungi aluminium chloride atau bedak talkum atau juga tepung jagung yang dicampur dengan sodium bicarbonate 
  • Kasut juga memainkan peranan penting untuk mencegah kaki berbau jadi pakailah kasut yang mempunyai lapisn lembut yang dapat menyerap lembapan.
  • Pastikan kasut ditukar selalu ataupun dijemur dibawah matahari
  • Kalau boleh jangan memakai ksut yang sama dua hari berturut-turut



6 comments:

  1. Ni masalah dunia hahaha
    Tp kadang2 masalah hormon susah nak diubati...tp boleh cuba

    ReplyDelete
  2. Good info kak Fuzy. Apple Cider Vinegar tu yg kita guna makan tu kan kak?

    ReplyDelete
  3. Good sharing..ni memang masalah besar..kalau dtg rumah orang mesti tuju ke tandas dulu.cuci biar hilang bau baru boleh duduk dgn tenang.

    ReplyDelete
  4. good info. thanks for sharing ! masalah besar nih. kdg tak sedar kan..

    ReplyDelete
  5. Pergh teringat time skolah dulu. tiap kali masuk library je pergh bau stokin. btw nice info ^^

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!