Tuesday, January 2, 2018

Hanya Cik Applepie yang masih bersekolah !

Hari ni hari pertama sesi persekolahan bermula dan tahun ni hanya Cik Applepie jer yang bersekolah malah dia pun dah berada di Tahun 6, maknanya tahun ni dia akan menduduki UPSR dan UPSRA.  Cepat sungguh waktu berlalu kan.  Apa yang pasti tahun ni banyak perancangan yang lebih serius yang kena Umi buat dan kena fokus untuk si bongsu ni dan perancangan tu bukan hanya untuk tahun ni tapi tahun depan sebab dia akan memasuki alam persekolahan menengah.  Cik Applepie ni dah terang-terang tak nak masuk boarding school..waktu kami mengusik dia..siap merajuk lagi hehe tapi ishh so far tak seorang pun anak Umi yang ke boarding school tapi bila lepas habis SPM memang kena la sambung belajar walau jauh dari kami.


Balik ke sekolah 2018
Dah besar dan tak perlu la Umi atau Ayah siapkan malah dia ni lebih advance lagi dari kakak² dia dan sangat independent walaupun dia anak bongsu. Alhamdulillah


Ni la kenangan tahun 2011 sewaktu cik applepie belajar di Tadika KEMAS dan Tok Abah dialah yang tukang mandikan dia dan menyikat rambut cik applepie dan kemudian menghantar dia ke Tadika KEMAS.  Malahan bukan cik applepie saja yang dirapikan tapi semua anak Umi sememangnya akan dijaga oleh Mak dan Abah dan bila masuk ke Tadika semua akan bersekolah berdekatan rumah Mak dan Abah hingga la mereka semua masuk ke Sekolah Menengah, mereka kena berdikari dan duduk di rumah.

Bayangkanlah semua anak-anak dok kata Tok Mak diaorang masak serba serbi sedap..hehe dan Umi pun untung jugak sebab bila balik kerja petang tu ada la lauk untuk dibawak balik..nampak tak untungnya tu kan.

Nota : Abah sekarang dah semakin uzur dan tenaga pun dah semakin berkurangan.  Apa yang Umi harap Mak tabah menjaga Abah dan dipermudahkan segala urusan buat Mak dan juga Abah

3 comments:

  1. Rindu je rasa nak jadi budak sekolah yang tak perlu risau pasal bills. Hee.
    Semoga cik applepie dapat belajar rajin-rajin dan strive for UPSR dan UPSRA. Semoga mak dan abah umi juga dapat kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur :)

    ReplyDelete
  2. Biasanya anak bongsu mmg independent Kan. Good luck applepie semoga berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  3. Semoga mak dan abah di beri kesihatan yg baik dan dipanjangkan umur..Amin..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!