Monday, January 22, 2018

Jom Kawal Pindah Turun Aplikasi Peranti si Anak

Rata- rata anak sekarang walau baru berusia 5 tahun asudah punyai telefon bimbit sendiri untuk kita senang hubungi tak pun dh seawal bawah 5 tahun sudah ada tablett atau ipad kan..bkn sebab apa..konon kita sebagai ibu bapa tak nak anak kita jauh dari penglihatan kita demi keselamatan mereka tapi bila anak-anak ralit dengan game dan media social, mereka tetap berisiko tinggi sekiranya kita ambil mudah dan tidak memantau apa yang mereka pindah turun dari Play Store.

Jadi sebaiknya sebelum kita biarkan mereka dengan peranti android tu semua, kita perlu hadkan apa yang boleh mereka guna, lihat dan layan sebagai langkah berjaga-jaga kerana bukan semua aplikasi yang terdapat di Play Store sesuai untuk mereka dan sebaiknya kita sekat peranti android anak kita sebelum terlewat.


Caranya sangat mudah :

1. Buka Play Store dan klik ikon menu


Jom Kawal Pindah Turun Aplikasi Peranti si Anak

2. Pergi ke settings

3. Klik butang Parental control dan pilih On (pilihan tu terpulang pada kita mengikut usia mereka) dan kemudian kita dikehendaki memasukkan kod PIN (jangan pulak lupa PIN ni).  Selepas masuk PIN

4. Akhir sekali semak senarai aplikasi yang kita beri kebenaran muat turun dan pilih mana yang kita sekat.

Mudah kan !


4 comments:

  1. bagus sangat ni, mengelakkan pengaruh buruk terhadap kanak-kanak.

    ReplyDelete
  2. Tq share umi, tak tau pun pasal bab ni kalau umi tak share kan...

    ReplyDelete
  3. nice sharing sis! boleh kawal yang anak sdara punya. hihi. jemput join: http://zaza96.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-2018.html

    ReplyDelete
  4. Bagusnya.. Youtube pun saya install yg youtube for kids. Skrg ni bahaya tau, kartun pun berdialog double meaning.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!