Saturday, January 20, 2018

Rawatan Pergigian Di Dentessence Dental Clinic

Bila kali terakhir korang berjumpa doktor gigi? Umi ingatkan Umi la orang yang punya rekod paling teruk bila cakap pasal pergigian, rupanya ada lagi seorang kawan dah lama tak jumpa doktor gigi sebab takut yang amat malahan bukan setakat 5 tahun tak berjumpa doktor gigi tapi kali terakhir si si kawan tu pergi jumpa doktor gigi waktu sekolah menengah dan sekarang dia berusia awal 30an...haa tu parah dah kan...Ni memang sah² dia takut sebab dia pernah menonton filem Dentist..memang seram kot

Dah lumrah ramai dari kita yang rasa takut dan gemuruh bila nak ke klinik gigi selain takut kena cabut gigi mahupun untuk cuci gigi sebab alatan yang digunakan pasti membuat kita rasa nyilu  tu tak termasuk kos pergigian yang agak mahal di klinik swasta dan kalau ke klinik kerajaan pulak tapi kita perlu menunggu hingga tertidur la jugak sebab setiap hari penuh sesak.

Baru-baru ni Umi berkesempatan dan berpeluang mendapat rawatan scaling dan polishing gigi di Dentessence Dentral Clinic kepunyaan Dr Ahbirami yang sangat peramah dan cinta (passion) dengan kerjanya

Melangkah masuk ke klinik ni yang terletak di tingkat 1 ni memang menyenangkan ditambah pula disambut dengan senyuman manis dari pembantu klinik.

Rawatan Pergigian Di Dentessence Dental Clinic

Rawatan Pergigian Di Dentessence Dental Clinic
Alhamdulillah, Dr Ahbirami cakap gigi Umi sangat baik, tak de masalah karang gigi yang teruk dan dalam berkeadaan sangat baik untuk seorang yang berusia seperti Umi..cehh kembang sehhh.

Rawatan Pergigian Di Dentessence Dental Clinic

Scaling atau cuci gigi dibuat untuk membersih dan membuang karang gigi yang terjadi disebabkan pengambilan arak, kopi, teh, tembakau, cola, gula-gula terutama yang masam atau yang menghisap rokok.  Gigi kita akan diperiksa dan dikenalpasti tahap kekotoran sebelum cucian dibuat.  Scaler akan digunakan untuk mencuci gigi dan proses mencuci gigi akan mengambil masa dalam 30 hingga 45 minit bergantung kepada kekotoran pada gigi dan apa yang pasti langsung tak ada rasa nyilu langsung kerana alatan yang digunakan di klinik ini berkualiti tinggi.  Selesai scaling, proses polishing dibuat untuk lebih menyerlahkan gigi untuk nampak lebih bersinar dan berseri.

Hargai gigi kita

Korang tahu tak yang kita tak perlu cabut gigi yang sakit tapi kita punya pilihan untuk membiarkannya kekal disitu dengan membuat rawatan root canal dimana urat digusi dirawat tapi kos merawat ini sangat mahal dan disebabkan itu ramai orang yang mencabut gigi tersebut dari menyimpannya dan akhirnya kita hilang nikmat makan.

Jadi sebelum urat di gusi kita dijangkit kuman yang akan menyebabkan kesakitan,  kita perlu membuat penjagaan gigi dengan sebaiknya.


Panjang lebar betul Dr Abrihami memberi penerangan pasal gigi dan perihal penjagaan gigi antaranya:
  • Pastikan kita membuat rawatan gigi sekurang-kurangnya 2x setahun
  • Bila mengunyah makanan tu pastikan mengunyah makanan di kedua-dua belah gigi bagi  mengelakkan gigi terhakis disebabkan kita hanya mengunyah dibahagian sebelah sahaja
  • Pastikan tiada baki-baki makanan tertinggal di celah gigi 

Rawatan yang ditawarkan di DENTESSENCE DENTAL CLINIC 

1. General dentistry
2. Preventive & Restorative Dentistary
3. Endodontics
4. Oral Surgery
5. Prosthodonthics
6. Smile Beautification

Selain dari itu klinik ini menawarkan khidmat memasang braces yang dilakukan oleh seorang doktor disebuah hospital kerajaan yang berpengalaman dan pakar dalam pemasangan braces. Rupanya agak renyah kot nak pasang braces sebab perlu setiap pesakit perlu menjalani pemeriksaan tahap kesihatan sebelum rawatan lanjut diteruskan.  Jadi kalau sesiapa berminat boleh berhubung terus dengan klinik ini untuk temujanji dan sebagainya

Berkenaan harga tu kena berbincang dengan Dr Ahbirami ya sebab setiap orang punya masalah gigi yang berbeza dan harga juga berbeza tapi korang jangan risau, harga di klinik ni memang berpatutan dan serius korang akan suka dengan perkhidmatan disini kerana Dr Ahbirami  sangat peramah dan dia akan bagi tips penjagaan gigi yang terbaik

Jadi berjumpa la doktor gigi supaya kita tak perlu menghadapi masalah dengan gigi kita yang sama penting dalam kehidupan seharian kita dan beri tanggungjawab sepenuhnya dalam penjagaan gigi kita

Rawatan Pergigian Di Dentessence Dental Clinic

Dentistry is not expensive! Irresponsible is!

Preservation is the rule..RE-creating what you lost is a painful time consuming process!


DENTESSENCE DENTAL CLINIC
MP 43-2 Jalan PJU 5/11, Dataran Sunway
Kota Damansara, 478100 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-6140 7567


Waktu Operasi
Isnin - Jumaat (0900 pagi - 1800 petang)
Sabtu (9.00 pagi - 4.00 petang)

Facebook :

Instagram :


7 comments:

  1. wahhhh bestnya buat treatment gigi :D

    ReplyDelete
  2. Seram betul husniey nak pergi jumpa doktor gigi, heee

    ReplyDelete
  3. fatin dari sekolah tgok dokter gigi je mesti kecut perut hahaaa

    ReplyDelete
  4. Siqah pun sama macam kawan Umi jugak. Last pergi jumpa doc gigi masa sekolah menengah. Hihi. Takut nanye nak jumpa doc gigi drpd doc biasa, Tak tahulah nape. Hihi

    ReplyDelete
  5. langsung tak sakit kan.... suka sangat la kat doctor ni

    Racheal

    ReplyDelete
  6. Taking care of out dental health is a must. No wonder many are investing for it, even undergo dental surgery. Because having that perfect smile is gold!

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations