Wednesday, January 10, 2018

Resepi | Bantut Ikan

Mesti ada yang pelik bila baca resepi bantut ikan kan...sesiapa orang utara mesti tau apa tu bantut ikan dan kalau selain orang utara masakan ni dipanggil pais ikan tapi tak tahu la kalau kat negeri lain ada dipanggil dengan nama yang berlainan.

Dah lama Umi nak masak bantut ikan ni tapi dok terbantut jer entah la sebab apa..nak kata susah tak la..cuma nak kena bakar jer tapi kali ni Umi buat kaedah memasak tak macam kat kampung yang macam ikan bakar guna sabut kelapa..Umi cuma buat bungkus dalam daun pisang dan letak atas kuali leper jer dan Alhamdulillah sold out! hehe

Nak jadi rezeki, dipasar pulak ada ikan bulu ayam, jadi terus terfikir nak masak pais ikan bulu ayam ni.

Bantut Ikan / Pais Ikan Bulu Ayam

Bahan-bahan:

Ikan bulu ayam, digaul sedikit kunyit (kalau nak tukar ikan lain pun boleh)
1 helai daun kunyit, dihiris 
1 cawan kelapa putih
5 biji cili api* (kalau tak suka pedas, tak payah guna)
7 biji cili kering*
1/2 inci kunyit hidup*
2 batang serai*
3 ulas bawang kecil*
1 ulas bawang putih*
2 camca jus asam jawa (pekat)
Garam secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus

* Ikan bulu ayam ni selain halus, punya tulang yang banyak jadi kena berhati-hati bila nak makan

Cara membuatnya:

1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda * sehingga lumat, kemudian masukkan kelapa, ditumbuk hingga mesra dengan bahan-bahan yang lain. 

2. Masukkan kedalam mangkuk yang berisi ikan bulu, masukkan daun kunyit yang dihiris, garam dan jus asam jawa, gaul hingga rata.

3. Bentangkan daun pisang, letakkan ikan yang dah bersalut kelapa dan balut.  Pastikan daun pisang tu tebal supaya tak mudah koyak bila dibakar nanti. Kalau ada daun kunyit boleh lapik diatas daun pisang sebelum diletakkan ikan dan bila dibakar nanti akan berbau wangi.

4. Bakar atas kuali leper dan balik2kan supaya kedua-dua belah supaya ikan didalam bungkusan daun pisang tu masak dengan sempurna.


Mudah kan! Tapi ada juga yang guna oven untuk membakar.  Jadi terpulang la ikut kesukaan masing-masing







2 comments:

  1. Memang pelik namanya. Hihii.. Tapi dlm pelik dah screenshot siap mana tahu minggu ni ada rezeki buat kan
    Hihi

    Haritu nk bw sini, tah mcm mana stuck last2 baru sempat mai ni ha 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah je kan..apa2 jenis ikan pun boleh terutama ikan kembung dan semoga berjaya nk buat ya..

      tks Macy sbb sudi menjengah blog picisan ni

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!