Resepi | Kerabu Taugeh Kerang Istimewa Mak

5:42 PM

Resepi mudah dan ringkas ni diceduk dari Mak yang sememangnya sangat suka dengan kerabu dan Mak boleh merekacipta dan membuat kelainan dalam kerabu dan bagi kami anak-anak Mak memang tak lepas peluang untuk makan airtangan Mak ni.



Bahan-bahan:

  • 300 gm taugeh, dibersihkan dan dicelur sekejap dalam air panas, toskan
  • 600 gm kerang, dibersihkan, direbus dan diambil isi
  • 7 tangkai cili kering 
  • 3 ulas bawang kecil
  • 1/2 cawan pekat air asam jawa 
  • 3 sudu kerisek
  • 5 sudu beras, digoreng tanpa minyak hingga kekuningan gelap, ditumbuk halus
  • garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan

  • 2 biji cili merah, dihiris
  • 1 labu bawang besar, dimayang
  • 3 biji cili api


Cara membuatnya :

  • Cili kering ditumbuk hingga lumat, masukkan bawang merah dan ditumbuk jangan terlalu halus
  • Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam bekas, masukkan air asam jawa, garam dan kerisek.  Gaul hingga rata
  • Masukkan kerang dan taugeh, digaul biar hingga rata, kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan cili api, digaul rata dan akhir sekali taburkan beras goreng

nota : kalau tak letak beras goreng pun ok tapi Umi suka letak sebab bila dikunyah rasa ranggup dan wangi beras goreng tu memang memikat rasa ;D

You Might Also Like

12 komentar

  1. my fav.... terbaik bila ada beras sangai... krup krap krup krap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...mmg sedap bila letak beras...krup krap gitu pastu wangi dia mmg menyelerakan sungguhhh..hehe

      Delete
  2. Nampak sedap. Lama tak makan kerabuu :p

    ReplyDelete
  3. suka sangat kerabu macam ni tapi saya lagi suka letak kacang botol dari taugeh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang botol tu kekdg susah nk dapat..kalau dapat pun dh tua tu tapi tauge mudah so far tu la menjadi kerabu tauge kerang tuu

      Delete
  4. alahai.. tetiba teringat arwah mak cikyan.. dia suka buatkn kerabu tauge ni utk cikyan... hmmm... rindu...

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tp tuhlah.. Sy xmkn taugeh kalau makan dah lama buat

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ada kerang.. Kalau dapat kat sha nie, sha kutip kerang je.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Alorhhh . Sedap menu ni , tambah- tambah kerang tue feveret CCL

    ReplyDelete
  8. Makan ini je dengan nasi panas, boleh bertambah ni kak fuzy. Auni suka buat kerabu ni perah limau nipis. Bau limau nipis tu memang lagi terangkat. Ya Allah.. tengok entri ni dimalam hari, terseksa batinku :(

    ReplyDelete
  9. wah mesti best makan ni.... at least now i pun boleh masak kat umah...

    Racheal_Foodilifecious

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

news feed 1239