02/01/2018 - 03/01/2018 - umifuzy™dotcom

February 23, 2018

THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray Pelindung Buat Yang Tersayang

5:11 PM 3
THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray Pelindung Buat Yang Tersayang
Balik dari sekolah, cikapplepie seperti biasa bercerita perihal ada kawan di sekolah dikatakan terkena HFMD katanya, siap dia bertanya apa itu HFMD sebab dia tak faham, jadi Umi pun terus la cari kat Google untuk bagi penerangan yang jelas.  Tup-tup nampak hidung cikapplepie berair dan dia dok mengelap dengan tisu..ahh sudah..risau betul kat hati sebab dengar cerita dia kejap tadi perihal HFMD kat sekolah, lepas tu kat berita pulak hangat diperkatakn pasal HFMD, ibu bapa mana tak mengelabah bila si anak dapat simptom HFMD ni.

Apa itu HFMD

HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) ialah penyakit Tangan, Kaki dan Mulut yang berjangkit melalui sentuhan langsung kepada cairan hidung, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yang telah dijangkiti.  Penyakit ini sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran.

THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray Pelindung Buat Yang Tersayang
Mujur ada THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray  jadi Umi pun semburkan pada cikapplepie macam memakai minyak wangi sebab Umi nak pastikan cikapplepie dijaga dari virus merbahaya tu.  Alhamdulillah, selesema cikapplepie cuma selesema biasa dan terima kasih kepada THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray yang memastikan buah hati Umi tu terhindar dari penyakit berbahaya tu.

THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray Pelindung Buat Yang Tersayang

THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray dicipat sebagai pelindungan terhadap virus Hand-Food-Mouth Disease (HFMD), Influenza A, H1N1 dan juga Selesema. Sesetengah sanistiser hanya mengurangkan bakteria secara sementara tetapi THYMOS terbukti membunuh virus secara keseluruhan dan secara klinikal mampu membunuh 99.99% virus dan bakteria yang paling kecil dan merbahaya seperti EnteroViruses Influenza A H1N1 dengan sekali semburan mampu memberi perlindungan selama 10 hari.

THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray direka khas buat ibu-ibu yang perihati bagi menjamin kesihatan menyeluruh buat anak-anak tersayang, tanpa alkohol, tanpa Toksid, tanpa Antibiotik, tanpa Steroid dengan pH 5.5 yang selamat untuk kulit walaupun pada kanak-kanak atau ibu mengandung.


Cara menggunakan THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray :  sangat mudah hanya perlu sembur pada baju seperti memakai minyak wangi bagi meningkatkan antibodi kita.  Ia cepat meresap namun memberi perlindungan berpanjangan diperedaran yang tidak sihat.  Size botol yang kecil, muat didalam tas tangan amat mudah untuk dibawa kemana saja.

THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray Pelindung Buat Yang Tersayang

THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray  adalah pelindung terbaik dengan teknologi revolusi "Self-Sanitizing" dari United Kingdom yang telah pun dipaten, mampu membunuh 99.99% virus merbahaya dunia.  Ia mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakteriostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang.  Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.

Lindungi anak kita dan seisi keluarga kita dari sebarang penyakit merbahaya sekarang!


THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray  dijual secara ekslusif dimana-mana farmasi Guardian Malaysia dengan harga pengenalan RM69.90 (harga asal RM75) sementara stok masih ada.


Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 


Pengedar di Malaysia : 

facebook : 


February 22, 2018

10 Cara Jimat Membeli Kereta

9:56 PM 7
10 Cara Jimat Membeli Kereta
Semua orang pasti ada hasrat atau  teringin nak ada kereta walau budak sekolah rendah pun dah berangan nak punya kereta idaman dari jenama Proton, Peroda mahupun jenama luarnegara seperti  Audi, BMW, Mazda kan. Apa-apa pun kena ada angan² dulu atau target dan kemudian buat research macam mana nak pastikan angan² tu menjadi kenyataan sebab kereta adalah suatu keperluan bagi yang bujang mahupun yang telah berkeluarga. Apa pun jom kita rancang cara jimat membeli kereta supaya terlaksana akhirnya.


5 Cara Jimat membeli kereta yang perlu kita fikirkan antaranya adalah :

1. Beli kereta ikut kemampuan
Harus kita tahu apabila kita teringin nak membeli kereta tu, kita kena tahu kemampuan kita dari segi gaji, perbelanjaan hidup kemudian jenis kenderaan dan harga on the road.  Baik kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri jangan. Pastikan kita membeli kereta yang ada nilai jual balik dan bukan yang cepat susut nilai melainkan kita akan pakai kereta tu sampai bila-bila ;D

Nak tau pengiraan cuba buat pengiraan kat Loan Calculation kat SINI

Nak tau tips membeli kereta kereta baru baca SINI


2. Beli secara tunai
Memang tak lojik kalau gaji RM2,000 nak beli kereta secara tunai kan tapi kalau kita memang seorang yang jimat dan rajin  bekerja dan yang paling penting pandai simpan duit memang sah kita boleh beli dengan andaian kita simpan bulanan RM350 x 12 bulan dh jadi RM4,200


3. Beli kereta second hand
Ni cara mudah untuk mendapat kereta idaman walau pun second hand.  Kita boleh recee dulu kat beberapa kedai kereta terpakai walau agak leceh tapi pasti akan berbaloi sebab kita akan dapat harga yang terbaik untuk poket kita dan mengikut bajet kita


4. Bayar deposit tinggi
Bayaran bulanan kereta yang kita beli memang menyiksakan, tapi bayaran bulanan akan berkurangan bila kita membayar depost yang tinggi. Sebagai contoh kalau kita beli kereta Axia dan membayar deposit RM7,000, kita harga perlu membayar bulanan sekirar RM300 - RM350 sahaja dan kelebihan bila kita tak perlu membayar sewa rumah, air api sebab kita masih menetap dengan keluarga tapi yang tak tinggal dengan keluarga tu kena la ikat perut sikit ya.


5. Sambung Bayar
Pasti ada iklan penjualan kereta ataupun ada kawan-kawan yang nak menjual kereta walau masih berhutang, cara yang terbaik buat pengiraan dan check kereta tu samada dalam keadaan baik atau sebalik sebelum bersetuju dan membuat perjanjian pembelian supaya tak jadi mangsa penimpuan bila nama empunya kereta tak tukar lagi, kita dah habis bayar tup-tup kereta tu bukan hak kita.


6. Beli kereta dari ibubapa
Mana la tau kan kot ibu dan ayah punya 2 kereta tapi kalau diaorang dah pencen takkan nak guna 2 kereta kot, jadi langkah paling bijak kita beli dari diaorang dari dijual pada orang lain sekurang-kurangnya kenangan bersama kereta tu tetap kita simpan..ya ke idok


7. Beli di jualan lelong
Pihak penguasa sering jugak buat lelong kenderaan awam dengan harga yang sangat baik, jadi apa kata korang beli kat sini, untung2 dapat kereta berjenama idaman hati dengan tawaran harga yang terbaik sekali


Setelah dicongak², dibahagi², ditolak² rasanya ada 5 cara lagi yang agak baik kita praktikan dalam hal penjimatan untuk kita yang mungkin boleh diguna pakai bila kita betul-betul terdesak ya.


8. Tumpang kereta kawan
Kalau kita punya kawan sepejabat yang juga jiran kita atau dia pun tinggal berdekatan dengan kita, apa salahnya kita tumpang dia setiap hari sewaktu pergi dan balik kerja.  Ini dinamakan penjimatan terancang.  Tapi jangan la pulak kita buat bodoh jer kalau dah tumpang, bagi la duit minyak secara bulanan, pasti dia tak menyesal tumpangkan kita.


9. Guna Perkhidmatan Uber atau Grab Car
Yang ni lebih mudah, cuma muat turun aplikasi kat Google Play atau Apps Store dan guna bila diperlukan dan dah rasa umpama boss besar bila ada kereta datang jemput depan rumah lagi. 


10. Berbaik dengan jiran 
Duduk di taman perumahan ni kita perlu berbaik dengan jiran, lebih-lebih lagi jiran sebelah menyebelah rumah lebih-lebih lagi kalau jiran tu punya 2 atau lebih kenderaan tapi tak digunakan.  Mana la tau kot² dia berbaik hati nak bagi kita pinjam tapi bila berlaku kerosakan jangan la pulak buat tak tahu, tolong la baiki dan kalau ada duit lebih, mintak beli jer kot2 dapat harga murah tak pun disedekahkan terus pada kita.  Tak ke untung namanya tu.

Peace yo! Kita enjoy ya

Kempen Hari Gaji Shopee | Nikmati Pulangan Tunai 18%

8:56 PM 2
Kempen Hari Gaji Shopee | Nikmati Pulangan Tunai  18%
Shopee semakin meniti dari mulut ke mulut langsung memenuhi cart dan seterusnya ternoktah diperbankan masing-masing kan.  Mana taknya pelbagai tawaran hebat dan potongan harga boleh dikatakan sepanjang masa yang value for money dari Shopee hingga Shopee jadi talk of the town gitu hehe.  Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan kali ini akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Sepanjang kempen ini kita akan mendapat pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

Kempen Hari Gaji Shopee | Nikmati Pulangan Tunai  18% 

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah
transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran
ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang
membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,”
kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Nampak tak kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji ni, eh dah macam apa yang Umi beli pulak tu...hehe


Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. 


Kempen Hari Gaji Shopee | Nikmati Pulangan Tunai  18%
Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

Kempen Hari Gaji Shopee | Nikmati Pulangan Tunai  18%
Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Nak mudah, korang muat turun jer aplikasi Shopee dari Apps Store atau Google Play.  Jom bershopee


Laman Web : www. shopee.com.my

Instagram : shopee_my

Facebook : ShopeeMY

***************

Mengenai Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan. Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

February 20, 2018

Resepi | Kerabu Kaki Ayam ala Thai

6:00 PM 9
Resepi | Kerabu Kaki Ayam ala Thai
Assalammualaikum wbt

Seperti biasa resepi yang dibuat ni bila rasa tak cukup ataupun tak puas hati dengan lauk yang dibeli..hehe tu la bila dah jadi mak² ni dah bila lidah dan tekak tu dah semakin bijak memberi kritikan pada masakan yang dibeli tu maka jadilah resepi yang menepati citarasa sendiri dan Alhamdulillah resepi ni menepati citarasa DH tersayang juga anak² dan kena buat sebab terkilan bila KC Iman dapat makan tapi kerabu yang dibeli dikedai tempohhari terlampau manis.

Resepi | Kerabu Kaki Ayam ala Thai

Ok, jom cuba resepi tersangat mudahnya ni buat sesiapa peminat makanan Thai

Bahan-bahan :
350 gm kaki ayam, dibersihkan
5 ulas bawang merah, dimayang
1 labu bawang besar, dihiris
2 batang serai, dimayang halus
5 biji limau kasturi, diambil jusnya
5 biji cili api, dihiris
2 pokok ketumbar, dihiris halus
5 - 7 helai daun selasih, dihiris halus (kalau tak suka tak perlu letak)
2 helai daun limau purut, dihiris halus (kalau tak suka tak perlu letak)
2 sudu sos ikan
gula dan garam secukup rasa


Cara membuatnya:

  • Kaki ayam yang telah dibersihkan direbus hingga empuk.  Angkat dan toskan.  Bila dah sejuk boleh la ditanggalkan (diperisi bak kata orang utaqa)  isi dari tulang.
  • Semua bahan yang telah dihiris, dimayang dan dipotong serta kaki ayam tu digaul hingga rata dan masukkan air perahan limau kasturi, sos nampla serta garam dan gula secukup rasa.  Kemudian masukkan kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk dalam 20 - 30 minit sebelum dihidangkan.

Sangat mudah kan.

Novel | Tiada Arah Jodoh Kita

4:56 PM 3
Novel | Tiada Arah Jodoh Kita
Umi sempat baca novel ni kat wattpad kat SINI sampai bab 15 dan masih mencari e-novel di Google Play Book tapi masih tak nampak hehe.  Mungkin tak cari kot sebab bila baca novel dengan dalam drama memang tak sama jadi kita mesti akan buat perbandingan macam drama ni baca  >> SINI 

Novel : Tiada Arah Jodoh Kita  | Penulis : Ezza Mysara | Mukasurat : 714 | Rating : *****
Penerbit : Penulisan2u | Harga : RM27 (Semenanjung) / RM30 (Sabah & Sarawak)



33140230
Tiada Arah Jodoh Kita
Sinopsis : 

Mengenali Fayyad Syakir semenjak dari berkenalan di kem PLKN hinggalah Fayyad melanjutkan pelajaran ke luar negara, Afia tetap setia mencintainya tapi pertemuan dengan Fayyad usai jejaka itu pulang ke tanah air mengundang kekecewaan. 

Pia... kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.

“Lulz.. Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya 
“Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir
"Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?" Afia 

Permintaan Fayyad supaya Afia mengahwini teman baiknya Megat Wakeel dek kerana Wakeel tidak akan hidup lama menambah kusut didada. Afia tidak bersetuju namun selepas mengenali Wakeel, Afia mengubah keputusan namun Afia harus berdepan dengan Megat Aathif abang kepada Wakeel yang punya sikap dingin dan suka menyakitkan hati.

Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.

“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pulak duit nak beli tiket ke Syurga kan?” Balas Afia sarkastik.

Afia akhirnya mengahwini Wakeel walau lelaki itu pilihan dambaan hatinya. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tidak dihujani bahagi namun takdir menentukan Wakeel akhirnya meninggalkan dirinya buat selamanya dan pemergian Wakeel memberi tamparan hebat kepada Afia yang telah jatuh cinta dan merindui suaminya

“Janji dengan saya Liya.. walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan. Berhenti.” Megat Wakeel


Dalam kesedihan, Fayyad kembali untuk menyambung cinta lama seperti janjinya dan pada masa yang sama Aathif juga menyimpan rasa cinta untuk dirinya

I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang Pia.” Fayyad Syakir.

“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Nak tau cerita seterusnya kenalah beli novel atau pun tunggu depan tv untuk slot Akasia TV3 tak pun esok pagi² tonton online tanpa iklan.  Apa yang pasti siap² sediakan tisu atau sapu tangan ok


Tiada Arah Jodoh Kita
Drama Tiada Arah Jodoh Kita menampilkan pelakon favorite siapa lagi kalau bukan Shukri Yahya (Megat Aathif) bersama Hafeez Mikhail (Megat Wakeel), Erwin Dawson (Fayyad) dan Aprena Manrose (Afia) (adik pelakon Octavia Manrose dan memegang watak jahat dalam drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin bersama sepupunya Raysha Rizrose). Drama ni menggantikan drama Kekasih Paksa Rela yang bersiaran di slot Akasia TV3 yang baru tamat dan berjaya mencecah 11 juta viewers dek penangan Remy Ishak dan pelakon baru Intan Najuwa.  


Antara pelakon lain adalah  Dian P Ramlee, Aleza Shadan, Farisha Irwayu,  Azar Azmi, Livonia Ricky, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi

Lagu OST : Rahsia Tuhan - Ippo Hafiz

February 19, 2018

Rosken Products | Sensitive Skin Cream

11:39 PM 4
Rosken Products | Sensitive Skin Cream
The climate these days really effect my skin along with the age factor too.  Been trying to find a product that can help out and with affordable prices and finally I have found in one of the pharmacy recently.  Actually this product I bought for my parents and have tried myself too

Enriched with Soybean Oil, Olive Oil and Jojoba Oil all rich in natural ingredients that improve skin hydration and mosturize our skin.

Rosken Products | Sensitive Skin Cream

My Personal Opinion
It has light scent and it really absorb into skin and moisture skin plus it is also non greasy.  As recommended to use it 2x daily, morning and night after shower or when you feel your skin is drying.  Squeeze the tube for the cream and massage thoroughly onto your skin and you will be happy with the result.  After applying it onto my mother, I then tried myself and glad that it really deliver as they said even at first I was a bit unsure of this brand but they are really the dry skin specialist!

this pH balanced product is suitable for use on body and face so you can save your time and money by having just one product from head to toe except for your hair.

Rosken Products | Sensitive Skin Cream


Free from typical irritants :
⥌ Sodium Lauryl Sulfate
⥌ Fragrances
⥌ Artificial colours
⥌ Ammal
⥌ Harsh detergents
⥌ Mineral Oil


Ingredients:
Water (Aqua), Glycerin, Cetearyl Alcohol, Polysorbate 20, Caprylic/Capric, Triglyceride, Isopropyl Myristate, Glyceryl Stearate, Sorbitan Steartate,  Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Glycine Soja (Soybean) Oil, Cyclopentasiloxane, Carbomer, Dimethicone, Cyclohexasiloxane, Ethylhexylglycerin, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Sodium Hydroxy Methyglycinate, Sodium Hydroxide


Where to get it?
available on all pharmacies


Information :
This review is not sponsored but just my honest review on my experience while using it for sharing to others.  It is affordable for everyone to try and perhaps this suits you.


About Rosken

Rosken

Rosken was started by two Australian Pharmacists who wanted to create a range of products that protect and repair skin.  Their goal was to create such a product, whilst focusing on making if affordable enough for anyone to buy


check more information and other Rosken product >> HERE








10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

2:15 PM 10
10 Cara Jimat Masa Melipat Baju
Bercakap pasal kain baju yang kita pakai setiap hari pastilah kena basuh kan dan proses perihal kain baju ni pun ada banyak turutan, nak sidai pastu nak angkat kat ampaian dan bahagian nak melipat ni la yang sering memakan masa kita betul kan? Nah, Umi nak kongsi 10 cara jimat masa melipat baju yang akan memudahkan urusan seharian kita. Teringat dulu bila Umi kena tugasan melipat baju memang tarik muka duabelas hehe sebab mak Umi tu agak cerewet, bila melipat tu kena seakan urut pakaian tu supaya tak berkedut, pastu saiz yang dilipat tu kena sama jer..huihh korang rasa? Jadi cuba 10 cara jimat masa melipat baju yang Umi praktikan dalam urusan seharian yang memang memudahkan.
10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

Pertama : Sewaktu mengangkat baju diampaian, pastikan penyangkut baju disediakan dan terus sangkut baju mengikut pasangannya (kemeja dan seluar atau baju kurung dan kain serta tudung) seterusnya terus masukkan ke dalam almari.  


Kedua : Baju-baju harian yang masih diampaian tu sewaktu diangkat, terus masukkan kedalam bakul dan teruskan melipat lagipun memang dah berkurangan sebab yang selebihnya dah disangkut kedalam almari awal tadi.  Cara kita melipat baju jugak memainkan peranan dalam menentukan cepat atau tidak kita melipat..huhhh


Ketiga : Sesambil menonton rancangan tv kegemaran, keluarkan pakaian dari bakul dan lipat.  Mungkin bagi sesetengah orang melipat sambil menonton tu menjadi satu gangguan, tapi tak langsung pada Umi sebab tu yang Umi praktikan sekarang bak sambil menyelam minum air :D


Keempat : Ajak anak-anak dan mungkin suami untuk sama-sama membantu melipat pakaian sesambil berborak secara santai disamping dapat mengeratkkan hubungan antara keluarga dan secara tak langsung mendidik anak-anak cara melipat pakaian dengan betul dan kemas.  Aktiviti ni sesuai dihujung minggu supaya tak ganggu pembelajaran anak-anak


Kelima :  Guna sistem bakul dimana setiap orang dalam keluarga akan melipat pakaian mereka yang berada di dalam bakul yang telah dilabel atas nama mereka jadi tak de la kisah tersilap pakaian..


Keenam : Sewaktu melipat pakaian, pastikan handphone tu letak jauh dari kita sebab handphone adalah gangguan terbesar dan memang akan membuat proses melipat pakaian kita kadang kala langsung terbengkalai.


Ketujuh : en suami ada buatkan untuk Umi alat melipat pakaian dari kadbod, tapi rasanya Umi lebih laju melipat baju tanpa alat tu tapi yang bagusnya alat tu memang akan buat pakaian yang dilipat tu sama size jer. 

Image result for melipat baju
10 Cara Jimat Masa Melipat Baju
Kelapan : Guna khidmat part time maid yang memberi perkhidmatan terus ke rumah dengan kadar harga yang berpatutan untuk melipat kain baju kita dan tu kita boleh la bersantai dengan ahli keluarga


Kesembilan : Beli mesin melipat pakaian yang dikatakan boleh melipat sehelai baju dalam 10 saat


Kesepuluh : Ni cara yang paling jimat masa kita melipat baju iaitu  hantar ke kedai dobi dengan perkhidmatan basuhan, pengeringan dan dilipat.  Kita cuma hantar jer dan bila dah siap kita pergi ambil bawa balik rumah dan simpan dalam almari. 


Korang ada cara jimat masa melipat baju dak? Kalau ada, meh la kongsi kot² boleh digunapakai kan.  dan sebenarnya bila kita berniat (nawaitu yang penting ;D) nak membuat sesuatu pekerjaan contohnya melipat baju, kita akan ketepikan perkara² lain, fokus dan pasti akan menjimatkan masa kita. Sama seperti bila kita berkehendakkan sesuatu, pasti kita akan buat dengan penuh rasa seronok dan sedar² jer kerja melipat baju yang bertimbun dah selesai.

February 16, 2018

Segerakan Membayar Hutang

10:54 AM 6
Segerakan Membayar Hutang
السلام عليكم | Siapakah diantara kita tidak pernah berhutang? Misalnya berhutang membeli kenderaan, membeli rumah atau membiayai pelajaran.  Islam sememangnya tidak pernah menghalang umatnya berhutang asal sahaja ada niat untuk menjelaskannya.

Segerakan Membayar Hutang

Selagi hutang tidak dijelaskan sehinggalah yang berhutang itu meninggal dunia, rohnya akan tergantung-gantung. Rasulallah SAW berpesan,"jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum kepadanya selamat atau sebaliknya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya)." hadis Hassan  riwayat Abu Daud.

Apabila seseorang itu berhutang, ia ibarat meletakkan belenggu di lehernya. Selagi hutang tidak dijelaskan semasa di dunia, hutang tersebut akan dibawa terus ke hari akhirat kelak.  Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berpesan sebagaimana yang dilaporkan oleh Imam Malik dalam sebuah hadis sahih, "Dan jauhkanlah diri kamu daripada hutang kerana awalnya adalah dukacita dan akhirnya pula adalah mengambil harta orang dengan tidak mengembalikannya."

Selain menjelaskan hutang menjadi perkara wajib, orang yang mati syahid juga tidak terkecualikan daripada tuntutan membayar hutang.  Ini dijelaskan oleh Rasululah SAW sendiri menerusi hadis yang dilaporkan oleh Al- Bukhari, At- Tarmizi dan Ibnu Majah yang bermaksud, "Semua dosa orang yang syahid diampuni kecuali hutangnya."

Menangguhkan hutang atau sengaja tidak mahu menjelaskan hutang merupakan satu kezaliman terhadap yang memberi hutang.  Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan amal kebajikan yang dilakukan tidak mendapat berkat.

Rasulullah SAW amat prihatin  herhadap orang yabg berhutang dan selalu menasihati agar segera melunaskan hutang serta tidak bertangguh- tangguh.

Pada suatu hari Rasullah SAW menwfur seorang lelaki bernama Abu Umamah dari kaum Ansar yang suja duduk di masjid seolah-olah tidak melakukan sebarang pekerjaan.

"wahai Abu Umamah, saya selaku melihat kamu di masjid meskipun bukan pada waktu bersolat?"

Abu Umanah segera menjawab, "wahai Rasulullah, jika berada di rumah saya akan sentiasa teringatkan hutang-hutang saya sedangkan saya tidak mampu untuk menjelaskan. Dan setiap kali duduk di masjid hati saya tenang kerana tidak terlalu memikirkan hutang tersebut."

"Hai Umamah, mahukah kamu jika saya ajarkan satu doa dan apabila kamu mengamalkannya ALLAH akan menghilangkan kesedihan dan menglangaaikan hutang kanu itu?" Rasulullah SAW bertanya.

"Sudah tentu ya Rasulullah. Apakah doa itu Ya Rasulullah?"

"Wahai TUHANku, sesungguhnya aku berlindung denganMU daripada sikap penakut dan kedekut. Aku berlindung denganmu daripada sikap lemah dan malas. Aku berlindung denganmu daripada dibebani hutang dan dikasari manusia".

Rasulullah SAW kemudian menasihatkan agar mengamalkan doa ini pada waktu pagi dan petang.

Selepas itu Abu Umamah mengamalkan doa yang dipesan oleh Rasulullah SAW dan Alhamdulillah..berkat mengamalkan doa ini, ALLAH telah menunjukkan jalan di mana Dia melipat gandakan usaha dan hasilnya dia berjaya menjelaskan hutangnya.

Berhubung dengan menyegerakan menjelaskan hutang, pada suatu ketika Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah apabila mengetahui bahawa si mati masih berhutang, sehinggalah Sayidina Ali memberi jaminan untuk menjelaskannya barulah Rasulullah SAW bersedia menyembahyangkan jenazah tersebut.

Begitu berat beban hutang jika tidak dijelaskan sehingga yang memberi hutang berasa kecewa untuk mendapatkan hutangnya.oleh itu sebelum berhutang cuba fikirkan semula adakah kita mampu untuk menjelaskannya. Jika tidak mampu, elakkan daripada berhutang dan jangan sekali-kali sikap suka berhutang ini dijadikan amalan.

Bayangkanlah..jika seseorangyang berhutang itu terlebih dahulu menghadap ILAHI sedangkan hutangnya tdak semoat diselesaikan, apakah akan terjadi?

Nota UF : Pesanan untuk diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik dan diredhai serta dirahmatiNya


Sumber  : 100 Pesanan Terakhir Rasulullah
Bab 20 / m.s. 85 - 87



February 15, 2018

7 Cara Nak Jimat Data Internet

12:59 PM 8
7 Cara Nak Jimat Data Internet
Kalau dulu internet dan data cuma kehendak kita tapi sekarang ni dah jadi satu keperluan..sadis kan. Mana taknya ia adalah keperluan yang digunakan bertujuan untuk melakukan tugasan buat para blogger dan para freelance writer (penulis bebas).  Jom tengok 7 cara nak jimat data internet kita supaya kita lebih tenang..hehe. Memang sakit hati bila nak upload gambar atau journal, punya la semput kan dan sememangnya mendatangkan amarah..haha.  Siapa tak pernah rasa, tak pernah kena? Jom jimat dan belajar berjimat cermat ya walau tak nampak tapi terasa bila belum hujung bulan jer kita dok membebel yang data kita lembab sangat. Mungkin ramai yang dah tahu tapi kurang praktikan atau ramai yang tak tahu dan boleh la belajar berjimat seperti yang Umi dah mula buat almaklumlah Umi ni sekarang dah buat kerja freelance dan bekerja on the go gitu.  

7 Cara Nak Jimat Data

1. Matikan kemas kini secara automatik (auto update) 
Perasan tak yang peranti kesayangan kita tu mesti ada timbul notifikasi untuk kita kemas kini applikasi kan.  Tahu tak yang ini pasti menelan sejumlah besar data, jadi sebaiknya matikan fungsi ni untuk menjimatkan data internet kita.  

Cara : Buka Play Store, klik Settings, pilih Auto update apps dan tekan butang Do not auto update apps


2. Kurangkan penggunaan aplikasi yang menggunakan background data. 

Cara : Pergi ke Settings dan klik Data Usage.  Kat sini kita dapat tengok aplikasi mana yang 'memakan' data tanpa kita sedar.  Klik Restrict background data yang seterusnya akan mematikan fungsi tu.


3. Guna browser yang tidak menggunakan kuota yang banyak.  Tahu tak yang setiap browser atau pelayar punyai ciri dan kelebihan tersendiri antaranya browse yang bagi penjimatan data

Cara : Muat turun  Opera yang mampu menyekat iklan dan seterusnya menjimatkan data kita.


4. Tonton video secara dalam talian.  Tahu tak yang kita akan menggunakan hampir 95% data berbanding membaca teks didalam talian.

Cara : Kawal diri dari menonton video secara berlebihan dan mungkin sebaiknya download video yang kita nak tu menggunakan wifi dirumah dan lepas tu tonton la sampai lebam dimana² saja


5. Tukar rangkaian 4G ke 2G.  Rasanya majoriti dari kita punya peranti yang punyai rangkaian sokongan 4G yang menyumbang kepada peningkatan penggunaan data, jadi sebaiknya kita tukar ke pada 2G terutama bila menggunakan aplikasi sosial seperti WhatsApp.

Cara : Klik Settings, pilih More, kemudian Moble network dan pilih GSM only.


6. Penggunaan Google Maps untuk mencari lokasi juga menyumbang penggunaan data dan apa kata kita muat turun Google Maps secara offline yang boleh membantu kita supaya tak sesat.


7. Tutup penggunaan data peranti kita bila berada di rumah dan guna wifi dirumah (kalau ada) atau  minta la password untuk wifi kat kedai mamak atau restoran sewaktu kita menjamu selera tu.

sumber : harian metro dan google

February 13, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

8:30 AM 8
Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
Mood beraya datang lagi..hehe siapa tak teruja kan bila nak cuti raya Tahun Baru Cina yang memang Umi pasti ramai dok tunggu kot2 dapat angpau ehh bukan Umi la nak angpau walau hati teringat gak sebab dah lama tak dapat angpau haha.  Apa yang menarik bila sambutan Raya Cina ni ada makan besar, tarian singa dan yang pasti kunjung mengunjungi dan sebagai rakyat Malaysia memang ni la amalan kita mengunjungi sahabat atau mungkin saudara berbangsa Cina ni. Bila nak perayaan ni tiba ramai mula bershopping kat Shopee ni..ni fakta bukan auta tau.  Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Kempen Wang Bersama Shopee yang dilancarkan sejak 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, dah semakin ramai orang Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee lebih-lebih lagi dengan persiapan sempena Tahun Baharu Cina.


wang_with_Shopee
Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina   
“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” 

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Korang mesti tau kan sebab kita lebih kurang sama jer kan bila nak beraya mesti godek-godek kat Shopee tu berkenaan Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita dan ni la carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 ni tau. Betul kan?

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas

No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina   

Potongan harga dan promosi hebat untuk pelbagai produk sempena Kempen WangBersama Shopee pun dilanjutkan sehingga 25 Februari dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia.  Jadi korang boleh penuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini.  Jangan lupa, teruskan bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Laman Web : www.shopee.com.my

Facebook : shopeeMY

Instagram : shopee_MY

Buat yang belum muat turun aplikasi PERCUMA Shopee tu buat la sekarang menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee



Mengenai Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

February 12, 2018

AJL 32 | Dah kena Jampi dek Hael Husaini

9:51 AM 11
AJL 32 | Dah kena Jampi dek Hael Husaini
Rasanya ramai yang target Syamel akan menang dengan lagu tapi rupanya kita semua dah di Jampi dengan lagu dendangan Hael Husaini.  Memang suka tengok Hael ni sebab kemas nau dia ni.  Gandingan pengacara Alif Satar dan Sherry AlHadad pun bagus dan masuk air..haha..memang lawak dan bagus chemistry diaorang berdua ni.



Dan jeng-jengggg penampilan istimewa dari Iqram Dinzly yang menarik bila Hael buat persembahan penutup sempena kemenangan Hael Husaini. ;D

Juara - Lagu Jampi 
Hael Husaini

Kedua - Sejati 
Azmi Caliph Buskers

Ketiga - Tergantung Sepi 
Haqiem Rusli

Vokal Terbaik
Syamel & Ernie Zakri

Persembahan Terbaik
Altimet

Penyanyi Pilihan Samsung
Khai Bahar

Memang hebat-hebat vokal 12 finalis yang berentap ni seperti Syamel (Lebih Sempurna), Dayang Nurfaizah (Separuh Mati Ku Bercinta), Hazama (Aku Yang Sebenarnya), Wany Hasrita (Menahan Rindu), Azmi Caliph Buskers (Sejati), Hael Husaini (Jampi), Syamel & Ernie (Aku Cinta), Khai Bahar (Bayang), Ara Johari (Warkah Untukmu), Altimet (Amboi), Haqiem Rusli (Tergantung Sepi) dan Salma (Akhinya Cinta).  Dikatakan tidak sihat, Ara Johari masih mampu menyanyi dengan baik walau nampak dia memang nampak payah nak tarik suara (eh macam orang muzik la pulak kan) dan memang teruja sebab tu lagu OST drama Semusim Rindu


Persembahan pembukaan dengan nyanyian Stacy, Waris, AG Coco dan Edrie Hasim pun buat kita teruja dan layan dan bila muncul Datuk A Rahman Hassan , Datuk Awie, Siti Sarah dan Datuk Jeffrydin menyanyikan lagu zaman Pop Yeh Yeh ni bertambah meriah sebab ramai yang menarik dah jadi macam joget lambak pulak.  Yang kurang manis bila yang bertudung dok terkinja-kinja jugak, walau seronok usahlah over excited dik oii sebab awak tu masuk dalam tv kot..satu dunia menonton. opps.

Jangan tak tau yang trofi AJL 32 ni ilham pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan model terkenal seperti Nasha Aziz, Aleeza Kasim dan tak perasan siapa pulak yang lagi sorang tu yang turut buat catwalk dengan trofi tu.



Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

8:39 AM 10
Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana
Assalammualaikum

Salam pagi Isnin!

Jom kita join GA si manis Ana ni. Giveaway ni bermula 11 Februari hingga 28 Februari 2018.  Bak kata Ana, the more the merrier..

Seperti biasa klik kat banner untuk keterangan lanjut ok. Gud luck uolls!


Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana


HADIAH :

5 orang pemenang akan mendapat sebuah Totebag bercorakkan travel (tempat-tempat menarik di dalam atau luar negara) dan sebatang pen perfume.

** Pemilihan pemenang akan di lakukan melalui sistem random.

February 11, 2018

Resepi | Chic Soy Nugget

11:30 AM 10
Resepi | Chic Soy Nugget
Fulamak kemain glamer nama resepi tu kan hehe.  Dah lama terfikir nak mencuba kekonon nugget ni tapi tak tercapai sebabnya bila dah beli tauhu tu pasti digoreng dan dicampur dengan tempe atau dah diratah dulu. 

Apa yang kelakar, Umi tak cerita kat anak² apa kandungan ni sebab diaorang ingat nugget terutama yang hero memang tak makan tauhu tapi bila Ayong makan tersuka la pulak dia tapi no no to Angah dan DH pun sama tak makan tauhu tapi sempat merasa dah cakap not bad..apa² pun memang langsai Chic Soy Nugget ni hari tu..Alhamdulillah

Resepi | Chic Soy Nugget

Bahan-bahannya:

200gm isi ayam, dicincang halus atau dikisar
3 biji tauhu putih, dihancurkan hingga halus
1 labu bawang besar
2 biji cili masak
3 biji cili api
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu tepung jagung
1 biji telur
2 pokok daun ketumbar, dihiris
Daun bawang dihiris
1 biji telur (optional)
1/2 cawan air


Cara membuatnya :

Masukkan isi ayam yang telah dikisar, tauhu yang telah dihancurkan, bawang dan tepung kedalam bekas dan digaul rata. Masukkan sedikit air tapi pastikan adunan tidak terlalu cair.  Masukkan daun ketumbar, daun sup, daun bawang, cili api dan cili masak, serbuk lada hitam dan sedikit garam secukup rasa.  Masukkan telur dan gaul hingga sebati.

Resepi | Chic Soy Nugget
Adunan ni digaul bagi rata dan lepas tu dikepal ikut kesukaan, nak buat macam begedil pun boleh

Bentukkan adunan ikut kesukaan, nak buat macam bergedil atau apa bentuk pun boleh. Kalau suka, celup dalam telur yang telah dipukul dan goreng.

Selamat mencuba!

Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts

8:42 AM 5
Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts
ANCASA HOTELS & RESORTS SEDIAKAN PELBAGAI HADIAH MENARIK SEMPENA FOOTBALL CAMPAIGN – STAY, DINE & WIN 2018 KEPADA PELANGGAN 
Kempen bermula 13 Februari sehingga 13 Julai 2018 di semua rangkaian Ancasa Hotels & Resorts

Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts

Kehangatan World Cup 2018 kian terasa terutama sekali   buat peminat tegar bola sepak di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, Ancasa Hotels & Resorts telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Campaign – Stay, Dine & Win sebagai usaha menghargai pelanggan-pelanggan rangkaian Ancasa Hotels & Resorts iaitu Ancasa Hotel & Spa  dan Ancasa Express @Pudu di Kuala Lumpur; Ancasa Residences, Port Dickson dan Ancasa Royale di Pekan Pahang yang sentiasa menyokong rangkaian hotel-hotel milik UDA.
 
Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts
En ShahazamKhan - Sr VP, Hospitality Division
Stay, Dine & Win Campaign akan bermula 13 Februari sehingga 13 Julai 2018 di semua rangkaian Ancasa Hotels & Resorts di mana setiap hotel masing-masing akan mewakili pasukan yang telah dipilih. Ancasa Hotel & Spa akan mewakili pasukan Jerman, Ancasa Residences mewakili pasukan Sepanyol, Ancasa Royale Pekan Pahang akan mewakili pasukan England manakala Ancasa Express akan mewakili pasukan Argentina. Setiap hotel akan membuat dekorasi mengikut tema pasukan yang telah dipilih bagi menyemarakkan lagi kehangatan Wold Cup 2018 yang akan berlangsung pada 14 Jun 2018 di Rusia.

Sepanjang kempen berlangsung, rangkaian Ancasa Hotels & Spa akan menyajikan makanan-makanan bertemakan negara-negara yang terlibat dengan Wold Cup 2018 seperti makanan dari negara Barat, Timur Tengah serta masakan khas dari Afrika. Selain itu, cabutan bertuah turut di sediakan kepada pelanggan yang menginap di Ancasa Hotels & Resorts sekurang-kurangnya dua hari satu malam ataupun berbelanja  sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit di mana-mana outlet Ancasa Hotels & Resorts. Selain itu, pembelian voucher berbuka puasa yang berkonsepkan Ramadan ‘Kampong Boy’ turut melayakkan diri untuk mendapat borang penyertaan kempen ini sekaligus berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bulanan berupa voucher penginapan selain hadiah utama yang ditawarkan.

Acara kemuncak bagi kempen ini akan berlangsung pada 14 Julai 2018 pada hari yang sama berlangsungnya perlawanan akhir World Cup 2018.  Siaran langsung perlawanan akan dipancarkan melalui skrin besar di Ballroom, Ancasa Hotels & Spa, Kuala Lumpur dan diikuti dengan acara cabutan bertuah untuk hadiah utama berupa tiket penerbangan dan penginapan 5 hari 4 malam ke negara yang menjadi juara FIFA World Cup 2018 untuk 2 orang.  Selain itu, terdapat pelbagai hadiah menarik yang bakal menjadi milik pemenang bertuah seperti motosikal, TV flat skrin 24 inci, home theatre system, komputer riba, telefon pintar, gaming system dan banyak lagi

Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts
bersama team Germany
Umi pun teruja juga sebab dapat berpeluang merasai kehangatan dari kempen dari Ancasa Hotels & Resort ni sebab Umi pun peminat Germany hehe.  So korang jangan lepaskan peluang untuk menginap dimana² hotel cawangan Ancasa ni dah mana tahu rezeki untuk menang hadiah yang cukup menarik tu ya.  Good luck ya!

Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts
MENGENAI ANCASA HOTELS & RESORTS
Ancasa Hotels & Resort merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Kuala Terengganu dan juga Seremban. Di antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express @ Pudu di Kuala Lumpur, Ancasa Residences Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.

Untuk maklumat lanjut ataupun membuat tempahan di Ancasa Hotels & Resorts, sila layari laman sesawang www.ancasahotels.com atau hubungii 09-2026 6060 untuk mendapat harga yang terbaik