AJL 32 | Dah kena Jampi dek Hael Husaini - umifuzy™dotcom

February 12, 2018

AJL 32 | Dah kena Jampi dek Hael Husaini

Rasanya ramai yang target Syamel akan menang dengan lagu tapi rupanya kita semua dah di Jampi dengan lagu dendangan Hael Husaini.  Memang suka tengok Hael ni sebab kemas nau dia ni.  Gandingan pengacara Alif Satar dan Sherry AlHadad pun bagus dan masuk air..haha..memang lawak dan bagus chemistry diaorang berdua ni.



Dan jeng-jengggg penampilan istimewa dari Iqram Dinzly yang menarik bila Hael buat persembahan penutup sempena kemenangan Hael Husaini. ;D

Juara - Lagu Jampi 
Hael Husaini

Kedua - Sejati 
Azmi Caliph Buskers

Ketiga - Tergantung Sepi 
Haqiem Rusli

Vokal Terbaik
Syamel & Ernie Zakri

Persembahan Terbaik
Altimet

Penyanyi Pilihan Samsung
Khai Bahar

Memang hebat-hebat vokal 12 finalis yang berentap ni seperti Syamel (Lebih Sempurna), Dayang Nurfaizah (Separuh Mati Ku Bercinta), Hazama (Aku Yang Sebenarnya), Wany Hasrita (Menahan Rindu), Azmi Caliph Buskers (Sejati), Hael Husaini (Jampi), Syamel & Ernie (Aku Cinta), Khai Bahar (Bayang), Ara Johari (Warkah Untukmu), Altimet (Amboi), Haqiem Rusli (Tergantung Sepi) dan Salma (Akhinya Cinta).  Dikatakan tidak sihat, Ara Johari masih mampu menyanyi dengan baik walau nampak dia memang nampak payah nak tarik suara (eh macam orang muzik la pulak kan) dan memang teruja sebab tu lagu OST drama Semusim Rindu


Persembahan pembukaan dengan nyanyian Stacy, Waris, AG Coco dan Edrie Hasim pun buat kita teruja dan layan dan bila muncul Datuk A Rahman Hassan , Datuk Awie, Siti Sarah dan Datuk Jeffrydin menyanyikan lagu zaman Pop Yeh Yeh ni bertambah meriah sebab ramai yang menarik dah jadi macam joget lambak pulak.  Yang kurang manis bila yang bertudung dok terkinja-kinja jugak, walau seronok usahlah over excited dik oii sebab awak tu masuk dalam tv kot..satu dunia menonton. opps.

Jangan tak tau yang trofi AJL 32 ni ilham pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan model terkenal seperti Nasha Aziz, Aleeza Kasim dan tak perasan siapa pulak yang lagi sorang tu yang turut buat catwalk dengan trofi tu.



11 comments:

  1. persembahan paling best mlm tu, stacy...hehee... tahniah pada pemenang...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...rezeki untuk anak angkat yang beliau jaga jugakan kak kemenangan ni...

    ReplyDelete
  3. Memang dah jangka Hael akan menang! Tapi Fira target Syamel dengan Ernie menang nombor dua. Tapi takpe, rezeki tak pernah salah alamat.

    ReplyDelete
  4. pengacara semalam memang super duper bagus, tak kering gusi dengan dua orang nie bercakap..

    ReplyDelete
  5. hahahaha yang part iqram dizly naim pentas tu yang lawak.

    Jemput Singah : 2018 dan Adsense

    ReplyDelete
  6. mantap² belaka malam tu kan kak..

    ReplyDelete
  7. Suka lagu Hael..memang menjampi betul.cuma tak suka Iqram tetiba macam attention seekers. huhuhu..
    apa pun, tahniah semua yang menang.

    ReplyDelete
  8. Jampi memang best..memang layak menang AJL

    ReplyDelete
  9. jampi menang sebab populariti kan? Tapi lagu tu memang best

    ReplyDelete
  10. syamel n ernie was my fav for sure

    ReplyDelete
  11. Memang suka lagu Jampi siap set as caller ringtone hp lagi.memang duk jangka lagu Jampi menang

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!