Berdiet Dengan Nutri Grains - umifuzy™dotcom

February 6, 2018

Berdiet Dengan Nutri Grains

Tempohhari Umi tengok iklan di televisyen terus rasa nak mencuba sampai suruh Cik Meya belikan kat Watson sebab terasa² nak minum sesangat..hehe

Pertama kali minum Umi buat suam je la dan tekak kata no bad tapi kena cepat minum sebab kalau kalau lewat minuman ni akan jadi pekat sebab kandungan bijiran yang ada dalam tu. Rasanya memang sedap walau bau beras tu agak kuat, berwarna ungu dan mengenyangkan.  Jadi memang elok untuk sesiapa yang nak berdiet tu minum Nutri Grains ni keluaran NH Detoxlim www.nhnutrient.com yang sememangnya dikenali dengan produk kesihatan.

Berdiet Dengan Nutri Grains

Mudah jer nak membancuhnya : 

Ambil 2 sudu (25g) dengan 1 gelas air sejuk atau panas (200ml).  Kacau rata dan minum. Nak sejuk pun sedap, minum panas pun sedap!


Berdiet Dengan Nutri Grains

NH Nutri Grains ni merupakan minuman kesihatan yang diperbuat dari 20 bijirin yang mengandungi nutri berkhasiat.  Bijirin ini mengandungi protin, fibre untuk diet, vitamin dan mineral untuk kesihatan badan secara menyeluruh selain mengandungi ubi keledek ungu dan kandungan FibrSol-2 untuk mengawal kolestrol.  Nutri Grain juga membantu untuk membina dan merawat tisu dalam badan, baik untuk perkembangan dan pembesaran dan provide amino acid yang diperlukan dalam sintesis protin.  Mengandungi kalsium untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang dan magnesium yang membenarkan penyerapan dan pengawalan kalsium.

Nak tau apakah bijirin yang terdapat dalam minuman ni? Patutlah bau beras tu kuat sebab ada 2 jenis beras tu, apa pun memang sedap dan buat sesiapa yang alah dengan kekacang, sila dapatkan nasihat doktor ya




Pelbagai kandungan dalam Nutri Grains ni yang banyak memberi  khasiat :

  • Tinggi Fibre dan Kalsium
  • Kaya dengan Antioxidan
  • Tiada Bahan Pengawet
  • Kaya dengan Vitamin dan Mineral
  • Tiada Pewarna dan Tanpa Penambah Perisa
Sesuai untuk semua peringat usia dan juga untuk ibu-ibu yang mengandung dan yang menyusukan bayi

Jadi kalau berminat nak membeli produk ni boleh la beli terus kat Watson atau nak beli secara atas talian boleh dapatkan di Shopee atau Lazada.

Psst..kalau beli kat Shopee ada harga diskaun tau sebab baru tadi jengah kat Shopee harganya berbeza dari kat tempat lain.


11 comments:

  1. Teringin juga nak rasa...Manis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa manis asli atau mcm rasa manis buah...mmg sedap bagi saya so far

      Delete
  2. Pernah tengok, tapi tak pernah cuba lagii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap Fatin...kena cuba tau..hehe

      Delete
  3. betul ke sedap nih?
    kalau sedap nak kena try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..bau beras perang agak kuat tp yg pasti sedappp

      Delete
  4. Replies
    1. Akk tgk iklan kat tv..terus beli dan Alhamdulillah mmg sedap

      Delete
    2. Wah.. Kalau sedap, memang bestlah..

      Delete
  5. Replies
    1. Lebih kurang tpi ni byk kekacang beras dan keledek utk org nk acah² diet gitewww heee

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Instagram

Disclaimer

The articles in this www.umifuzy.com are mostly written as a personal reminder for myself, family and whoever surrounding my life plus for whoever enjoy reading my writing that is a credit and blessing for me.

All the write up intended for easy reading plus perhaps will give inspiration, advise and tips for all readers. Mostly all the articles posted solely comes from my own perspective, experience and surroundings thus those posting does not portraying any particular issues and it is subject to change too. I am not responsible for any misinterpretations by anyone reading any of the articles and comments by from it.

Please do not copy any of the articles or images in this blog without permission (please have courtesy to ask before you do so ok.
XOXO Umi Fuzy