Sunday, February 11, 2018

Butik Muslimah Asyikin Exclusive Kini Di Kuala Lumpur

Tahniah buat Puan Nur Asyikin Rahmat yang berjaya merealisasikan hasratnya untuk membuka cawangan di Lembah Kelang dengan pembukaan cawangan ketiga butik Asyikin Exclusive di Setapak Central.  Didorong dengan kejayaan dan sokongan dari suaminya En Ishak Tang serta hasil yang baik dari dua butiknya di  Kota Fesyen Air Keroh dan Mahkota Parade membuatkan beliau bersemangat untuk memperagakan fesyen untuk warga Kuala Lumpur


 "Pembukaan cawangan baru ini juga didorong oleh sambutan serta permintaan di luar jangkaan yang diterima daripada pelanggan khususnya di Kuala lumpur

"Malah kali ini saya juga bekerjasama dengan golongan selebriti seperti Puteri Sarah Liyana, Sherry Alhadad dan Shila Amzah untuk mempromosikan jenama Asyikin. Pemilihanm mereka dalah berdasarkan kepada keupayaan masing-masing untuk memperkenalkan koleksi Asyikin ,"

Butik Muslimah Asyikin Exclusive di Setapak Centrak, Kuala Lumpur
Menurutnya, biarpun usia perniaggan itu agak baru, namun langkah keyakinan yang diterjemahkan diharap akan terus menjadi penentu kejayaan kepada perniagaan yang sudah dijalankan sejak tujuh tahun lalu.

Langkah yang dibina dengan penuh keyakinan itu membuktikan pemilik butik jenama tempatan sepertinya berani untuk membawa jauh bidang fesyen dalam pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan pelanggan.


Produk di bawah jenama Asyikin Exclusive ini meliputi pakaian seperti jubah, blaus, tudung, seluar, palazzo dan pelbagai lagi sebagai pilihan kepada penggemar yang mementingkan gaya elegen.  Mengakui bukan jenama besar, namun rekaan yang ditawarkan memiliki identiti sendiri dan dapat dimiliki pada harga berpatutan.  Malahan pakaian yang dijual di butik Asyikin Exclusive menyamai apa yang ditawarkan di butik terkenal kerana Puan Asyikin amat mementingkan kualiti kain yang digunakan untuk menghasilkan pakaian mengikut trend terkini.

"Matlamat kami adalah utnuk memberi peluang kepada pelanggan merasai fesyen terkini yang menggunakan kain bermutu dan berkualiti pada harga yang lebih rendah," Puan Asyikin

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing and shoes
Butik Muslimah Asyikin Exclusive di Setapak Centrak, Kuala Lumpur

Semasa sesi temubual bersama media dan blogger baru-baru ini yang cukup santai, Puan Asyikin juga memberitahu bahawa beliau juga dalam perancangan untuk memperkenalkan jenama rangkaiannya di pasaran antarabangsa bagi memenuhi permintaan fesyen dan rekaan muslimah. Memang seronok bila dapat berjumpa usahawan yang tak pernah kenal penat lelah macam Puan Asyikin yang telah menampakkan hasil yang baik dan didoakan beliau terus berjaya dan semoga impiannya untuk melebarkan sayap perniaggaannya itu tercapai.

Jadi tunggu apa lagi, boleh la kita tinjau dan membuat persiapan bersempena hari raya yang akan tiba dan mungkin busana untuk meghadiri majlis istimewa dan kalau korang bernasib baik boleh bertemu selebriti seperti Puteri Sarah, Sherry AlHadad dan Shila Amzah dipremis Asyikin Exlcusive di Setapak Central ni.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rekaan Asyikin Exclusive sila jengah di social media Asyikin Exclusive.


Asyikin Exclusive
Level G, Setapak Central Mall, Kuala Lumpur
berhadapan Gelato dan bersebelahan Coffee Bean


Facebook

Instagram :

3 comments:

  1. Semoga terus maju buat butik Asyikin. Cantik2 produk keluaran Asyikin ni ye kak.

    ReplyDelete
  2. Bestnya nampak ekslusif butik ni

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!