Tuesday, February 20, 2018

Novel | Tiada Arah Jodoh Kita

Umi sempat baca novel ni kat wattpad kat SINI sampai bab 15 dan masih mencari e-novel di Google Play Book tapi masih tak nampak hehe.  Mungkin tak cari kot sebab bila baca novel dengan dalam drama memang tak sama jadi kita mesti akan buat perbandingan macam drama ni baca  >> SINI 

Novel : Tiada Arah Jodoh Kita  | Penulis : Ezza Mysara | Mukasurat : 714 | Rating : *****
Penerbit : Penulisan2u | Harga : RM27 (Semenanjung) / RM30 (Sabah & Sarawak)



33140230
Tiada Arah Jodoh Kita
Sinopsis : 

Mengenali Fayyad Syakir semenjak dari berkenalan di kem PLKN hinggalah Fayyad melanjutkan pelajaran ke luar negara, Afia tetap setia mencintainya tapi pertemuan dengan Fayyad usai jejaka itu pulang ke tanah air mengundang kekecewaan. 

Pia... kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.

“Lulz.. Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya 
“Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir
"Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?" Afia 

Permintaan Fayyad supaya Afia mengahwini teman baiknya Megat Wakeel dek kerana Wakeel tidak akan hidup lama menambah kusut didada. Afia tidak bersetuju namun selepas mengenali Wakeel, Afia mengubah keputusan namun Afia harus berdepan dengan Megat Aathif abang kepada Wakeel yang punya sikap dingin dan suka menyakitkan hati.

Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.

“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pulak duit nak beli tiket ke Syurga kan?” Balas Afia sarkastik.

Afia akhirnya mengahwini Wakeel walau lelaki itu pilihan dambaan hatinya. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tidak dihujani bahagi namun takdir menentukan Wakeel akhirnya meninggalkan dirinya buat selamanya dan pemergian Wakeel memberi tamparan hebat kepada Afia yang telah jatuh cinta dan merindui suaminya

“Janji dengan saya Liya.. walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan. Berhenti.” Megat Wakeel


Dalam kesedihan, Fayyad kembali untuk menyambung cinta lama seperti janjinya dan pada masa yang sama Aathif juga menyimpan rasa cinta untuk dirinya

I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang Pia.” Fayyad Syakir.

“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Nak tau cerita seterusnya kenalah beli novel atau pun tunggu depan tv untuk slot Akasia TV3 tak pun esok pagi² tonton online tanpa iklan.  Apa yang pasti siap² sediakan tisu atau sapu tangan ok


Tiada Arah Jodoh Kita
Drama Tiada Arah Jodoh Kita menampilkan pelakon favorite siapa lagi kalau bukan Shukri Yahya (Megat Aathif) bersama Hafeez Mikhail (Megat Wakeel), Erwin Dawson (Fayyad) dan Aprena Manrose (Afia) (adik pelakon Octavia Manrose dan memegang watak jahat dalam drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin bersama sepupunya Raysha Rizrose). Drama ni menggantikan drama Kekasih Paksa Rela yang bersiaran di slot Akasia TV3 yang baru tamat dan berjaya mencecah 11 juta viewers dek penangan Remy Ishak dan pelakon baru Intan Najuwa.  


Antara pelakon lain adalah  Dian P Ramlee, Aleza Shadan, Farisha Irwayu,  Azar Azmi, Livonia Ricky, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi

Lagu OST : Rahsia Tuhan - Ippo Hafiz

5 comments:

  1. Shukri yahya ke yg jadi wakeel tu kak? Ada tgk satu episod je last week. Ana selalunya seminggu nk hbs br ana tersuka dan terlayan.sama mcm kekasih paksa rela tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shukri Yahya tu Megat Aathif..akk dh baca cerita dia tapi tak habis sbb x jumpa novel dia lagi..mmg best dan paling suka sbb Shukri Yahya..hehe

      Delete
  2. mmg complicated ceritanya. tp boleh tahan best. betul2 kena dengan tajuk, tiada arah jodoh kita..

    ReplyDelete
  3. Sebab ada shukri yahya iols tengok. kehkeh

    ReplyDelete
  4. novel cinta begini memang sedap juga dibaca..

    boleh feeling-feeling gitu

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!