Thursday, February 22, 2018

Kempen Hari Gaji Shopee | Nikmati Pulangan Tunai 18%

Shopee semakin meniti dari mulut ke mulut langsung memenuhi cart dan seterusnya ternoktah diperbankan masing-masing kan.  Mana taknya pelbagai tawaran hebat dan potongan harga boleh dikatakan sepanjang masa yang value for money dari Shopee hingga Shopee jadi talk of the town gitu hehe.  Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan kali ini akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Sepanjang kempen ini kita akan mendapat pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

Kempen Hari Gaji Shopee | Nikmati Pulangan Tunai  18% 

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah
transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran
ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang
membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,”
kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Nampak tak kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji ni, eh dah macam apa yang Umi beli pulak tu...hehe


Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. 


Kempen Hari Gaji Shopee | Nikmati Pulangan Tunai  18%
Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

Kempen Hari Gaji Shopee | Nikmati Pulangan Tunai  18%
Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Nak mudah, korang muat turun jer aplikasi Shopee dari Apps Store atau Google Play.  Jom bershopee


Laman Web : www. shopee.com.my

Instagram : shopee_my

Facebook : ShopeeMY

***************

Mengenai Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan. Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

3 comments:

  1. shopee mmg best. busyra penah beli engan shopee. mudah dan senang

    ReplyDelete
  2. Salam, hai awak, saya suka membeli belah sama ada lazada, shopee, 11 streets... btw blog awak sangat sejuk mata memandang... padat dengan info menarik.. salam ukhwah.. jika sudi singgah la ke teratak blog saya https://ummuqaseh.blogspot.my/ tq

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!