Sunday, February 11, 2018

Resepi | Chic Soy Nugget

Fulamak kemain glamer nama resepi tu kan hehe.  Dah lama terfikir nak mencuba kekonon nugget ni tapi tak tercapai sebabnya bila dah beli tauhu tu pasti digoreng dan dicampur dengan tempe atau dah diratah dulu. 

Apa yang kelakar, Umi tak cerita kat anak² apa kandungan ni sebab diaorang ingat nugget terutama yang hero memang tak makan tauhu tapi bila Ayong makan tersuka la pulak dia tapi no no to Angah dan DH pun sama tak makan tauhu tapi sempat merasa dah cakap not bad..apa² pun memang langsai Chic Soy Nugget ni hari tu..Alhamdulillah

Resepi | Chic Soy Nugget

Bahan-bahannya:

200gm isi ayam, dicincang halus atau dikisar
3 biji tauhu putih, dihancurkan hingga halus
1 labu bawang besar
2 biji cili masak
3 biji cili api
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu tepung jagung
1 biji telur
2 pokok daun ketumbar, dihiris
Daun bawang dihiris
1 biji telur (optional)
1/2 cawan air


Cara membuatnya :

Masukkan isi ayam yang telah dikisar, tauhu yang telah dihancurkan, bawang dan tepung kedalam bekas dan digaul rata. Masukkan sedikit air tapi pastikan adunan tidak terlalu cair.  Masukkan daun ketumbar, daun sup, daun bawang, cili api dan cili masak, serbuk lada hitam dan sedikit garam secukup rasa.  Masukkan telur dan gaul hingga sebati.

Resepi | Chic Soy Nugget
Adunan ni digaul bagi rata dan lepas tu dikepal ikut kesukaan, nak buat macam begedil pun boleh

Bentukkan adunan ikut kesukaan, nak buat macam bergedil atau apa bentuk pun boleh. Kalau suka, celup dalam telur yang telah dipukul dan goreng.

Selamat mencuba!

10 comments:

  1. Sedapnya kak. Nak sikit. Hehe. Buat makan petang sedap ni.

    ReplyDelete
  2. Haha soy Tu Dari tahu Kan. Tp bila dah buat nugget ni sedap aje X tersa tahu dia

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing this wonderful recipe! I have always loved nuggets but felt that those sold at fast food outlets are not that healthy! Nothing beats making my own and with this recipe, I now can.

    ReplyDelete
  4. Huwaaaa sedpanyee.. tapi malas... Camne nak buat yek.. Hahaha.. Akak pos kat lea sikit.. ekekeke

    ReplyDelete
  5. nugget ni kalau makan petang2 mmg syok habis

    ReplyDelete
  6. Sedapni.. Tapi kna pk tang nak sorok sayur2 tu. Hihi

    ReplyDelete
  7. I really can't wait to try this at home where I can cook for my friend during CNY gathering.

    Racheal

    ReplyDelete
  8. Jadi laper nih akak, boleh coba tak ?
    hehe

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations