Tuesday, February 20, 2018

Resepi | Kerabu Kaki Ayam ala Thai

Assalammualaikum wbt

Seperti biasa resepi yang dibuat ni bila rasa tak cukup ataupun tak puas hati dengan lauk yang dibeli..hehe tu la bila dah jadi mak² ni dah bila lidah dan tekak tu dah semakin bijak memberi kritikan pada masakan yang dibeli tu maka jadilah resepi yang menepati citarasa sendiri dan Alhamdulillah resepi ni menepati citarasa DH tersayang juga anak² dan kena buat sebab terkilan bila KC Iman dapat makan tapi kerabu yang dibeli dikedai tempohhari terlampau manis.

Resepi | Kerabu Kaki Ayam ala Thai

Ok, jom cuba resepi tersangat mudahnya ni buat sesiapa peminat makanan Thai

Bahan-bahan :
350 gm kaki ayam, dibersihkan
5 ulas bawang merah, dimayang
1 labu bawang besar, dihiris
2 batang serai, dimayang halus
5 biji limau kasturi, diambil jusnya
5 biji cili api, dihiris
2 pokok ketumbar, dihiris halus
5 - 7 helai daun selasih, dihiris halus (kalau tak suka tak perlu letak)
2 helai daun limau purut, dihiris halus (kalau tak suka tak perlu letak)
2 sudu sos ikan
gula dan garam secukup rasa


Cara membuatnya:

  • Kaki ayam yang telah dibersihkan direbus hingga empuk.  Angkat dan toskan.  Bila dah sejuk boleh la ditanggalkan (diperisi bak kata orang utaqa)  isi dari tulang.
  • Semua bahan yang telah dihiris, dimayang dan dipotong serta kaki ayam tu digaul hingga rata dan masukkan air perahan limau kasturi, sos nampla serta garam dan gula secukup rasa.  Kemudian masukkan kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk dalam 20 - 30 minit sebelum dihidangkan.

Sangat mudah kan.

10 comments:

  1. Ya ampun terliur tengok. Feveret sangat sangat. Menu feveret masa study dekat perlis dulu. Wajib beli bila ada pasar malam hari jumaat, hehee.

    ReplyDelete
  2. favourite ni!masam pedas!sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. waaaaa....
    kerabu kaki ayam..yumyum..

    ReplyDelete
  4. weiiiiiii lama xmkn kerabu kaki ayam... menu diet jugak ni..

    ReplyDelete
  5. sedapnyeeee ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ nanti boleh try..

    ReplyDelete
  6. Belum pernah cuba selalu masak kari jew.

    ReplyDelete
  7. Nampak macam sedapp sangat tu ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  8. Mai suka kaki ayam,tambah masuk dalam Noxxa, perghhhh empuk dia lain maciammm.

    ReplyDelete
  9. sedapnya umiii kerabuuu. tp busyra tak suka kaki ayam. cuba kalau kerabu lain busyra makan.. tp berselera dengan umi buat tu.. hehe

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations