Resepi | Kerabu Perut ala Mak

Tuesday, February 27, 2018 4 Comments A+ a-

Dah memang Umi ni peminat kerabu, ya la ala-ala pemakanan sihat kan tapi lauk pauk macam ni cuma boleh buat dihujung minggu jer sebab ada korum nak makan sekali.  Memandangkan cili api yang digunakan tu jenis pedas giler jadi cili api dikurangkan supaya tak terlalu pedas untuk memenuhi permintaan Cik Meya ni.

Resepi | Kerabu Perut ala Mak

Bahan-bahan:
250 gm perut lembu
1 labu bawang besar, dihiris
1 batang serai, dihiris halus
2 pokok daun ketumbar, dihiris halus
4 -5 biji limau kasturi, diambil jus
1 biji tomato dipotong dadau
50gm suun, dicelur dengan air panas
5 helai daun selasih, dihiris (kalau suka)
2 sudu sos ikan
garam dan gula secukup rasa


Bahan untuk ditumbuk
5 biji cili api
3 biji cili merah


Cara membuat:

  • Rebus perut dengan asam keping hingga lembut.  Toskan dan bila sejuk potong perut memanjang atau ikut kesukaan

  • Masukan cili yang ditumbuk kedalam bekas dan jus limau dan kacau, masukkan bahan yang dihiris serta perut, suun dan digaul rata. Masukkan sos ikan, garam dan gula secukup rasa dan kacau hingga sebati.  Masukkan kedalam bekas dan simpan didalam peti sejuk dalam 20 - 30 minit sebelum dihidangkan



4 Comments

Write Comments
27 February 2018 at 12:22 delete

Nampak mengancam kerabunya..

Reply
avatar
Hans
AUTHOR
27 February 2018 at 19:04 delete

perghhh
lama tak makan
sedap nih

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
28 February 2018 at 11:58 delete

Sedapnya kak. Lama tak makan kerabu perut.

Reply
avatar
28 February 2018 at 13:59 delete

Mengancam jugak ni. Suka makan kerabu tapi kerabu perut kurang sikit

Reply
avatar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!