Tuesday, February 6, 2018

Resepi | Kerabu Perut ala Thai

Dah lama tak buat kerabu perut ni sebab bila beli perut ni mesti buat masak lemak cili api tak pun buat air asam ala utara maklumlah bila man of the house ni orang utaqa haruslah masakan tu ala² belah sana kan tapi bukan sebab tu pun jugak sebabnya mak dan abah pun orang utaqa haha..



Bahan-bahan

500gm perut lembu, dibersihkan dan direbus dengan asam keping.  Direbus hingga lembut
3 batang kacang panjang (tapi untuk resepi kali ni tak letak hehe)
2 batang serai, dihiris halus
3 ulas bawang merah, dihiris halus
1 labu bawang besar, dihiris nipis
5 - 10 biji cili padi, dihiris
1 biji tomato, dipotong kiub
3 - 4 biji limau kasturi, diambil jusnya
3 pokok daun ketumbar, diracik halus
2 sudu sos ikan
2 sudu keresik (tak bubuh kali ni sebab keresik dah habis ^ ^)
Daun kesum, diracik halus
1 sudu gula
Garam secukup rasa


Cara membuatnya :

Masukkan perut yang telah ditos airnya kedalam besen, masukkan kesemua bahan dan digaul rata.  Masukkan jus limau kasturi, sos ikan, gula dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba





7 comments:

  1. Replies
    1. kan..tengok makanan jer mesti lapar hehe

      Delete
  2. Sedapnya umi kerabu tu. Nyum nyum

    ReplyDelete
  3. Siqah suka kerabu tapi tak makan perut. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar dgn daging pun boleh Siqah...sama mcm anak Umi yg kedua tu pun x makan perut..tapi sesekali bila teringin nk makan tu kena buat la daging goreng utk dia ;D

      Delete
  4. Sedapnyaa . Ni kalau dimakan dengan nasi putih pun dh cukup menyelerakan

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!