Friday, February 16, 2018

Segerakan Membayar Hutang

السلام عليكم | Siapakah diantara kita tidak pernah berhutang? Misalnya berhutang membeli kenderaan, membeli rumah atau membiayai pelajaran.  Islam sememangnya tidak pernah menghalang umatnya berhutang asal sahaja ada niat untuk menjelaskannya.

Segerakan Membayar Hutang

Selagi hutang tidak dijelaskan sehinggalah yang berhutang itu meninggal dunia, rohnya akan tergantung-gantung. Rasulallah SAW berpesan,"jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum kepadanya selamat atau sebaliknya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya)." hadis Hassan  riwayat Abu Daud.

Apabila seseorang itu berhutang, ia ibarat meletakkan belenggu di lehernya. Selagi hutang tidak dijelaskan semasa di dunia, hutang tersebut akan dibawa terus ke hari akhirat kelak.  Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berpesan sebagaimana yang dilaporkan oleh Imam Malik dalam sebuah hadis sahih, "Dan jauhkanlah diri kamu daripada hutang kerana awalnya adalah dukacita dan akhirnya pula adalah mengambil harta orang dengan tidak mengembalikannya."

Selain menjelaskan hutang menjadi perkara wajib, orang yang mati syahid juga tidak terkecualikan daripada tuntutan membayar hutang.  Ini dijelaskan oleh Rasululah SAW sendiri menerusi hadis yang dilaporkan oleh Al- Bukhari, At- Tarmizi dan Ibnu Majah yang bermaksud, "Semua dosa orang yang syahid diampuni kecuali hutangnya."

Menangguhkan hutang atau sengaja tidak mahu menjelaskan hutang merupakan satu kezaliman terhadap yang memberi hutang.  Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan amal kebajikan yang dilakukan tidak mendapat berkat.

Rasulullah SAW amat prihatin  herhadap orang yabg berhutang dan selalu menasihati agar segera melunaskan hutang serta tidak bertangguh- tangguh.

Pada suatu hari Rasullah SAW menwfur seorang lelaki bernama Abu Umamah dari kaum Ansar yang suja duduk di masjid seolah-olah tidak melakukan sebarang pekerjaan.

"wahai Abu Umamah, saya selaku melihat kamu di masjid meskipun bukan pada waktu bersolat?"

Abu Umanah segera menjawab, "wahai Rasulullah, jika berada di rumah saya akan sentiasa teringatkan hutang-hutang saya sedangkan saya tidak mampu untuk menjelaskan. Dan setiap kali duduk di masjid hati saya tenang kerana tidak terlalu memikirkan hutang tersebut."

"Hai Umamah, mahukah kamu jika saya ajarkan satu doa dan apabila kamu mengamalkannya ALLAH akan menghilangkan kesedihan dan menglangaaikan hutang kanu itu?" Rasulullah SAW bertanya.

"Sudah tentu ya Rasulullah. Apakah doa itu Ya Rasulullah?"

"Wahai TUHANku, sesungguhnya aku berlindung denganMU daripada sikap penakut dan kedekut. Aku berlindung denganmu daripada sikap lemah dan malas. Aku berlindung denganmu daripada dibebani hutang dan dikasari manusia".

Rasulullah SAW kemudian menasihatkan agar mengamalkan doa ini pada waktu pagi dan petang.

Selepas itu Abu Umamah mengamalkan doa yang dipesan oleh Rasulullah SAW dan Alhamdulillah..berkat mengamalkan doa ini, ALLAH telah menunjukkan jalan di mana Dia melipat gandakan usaha dan hasilnya dia berjaya menjelaskan hutangnya.

Berhubung dengan menyegerakan menjelaskan hutang, pada suatu ketika Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah apabila mengetahui bahawa si mati masih berhutang, sehinggalah Sayidina Ali memberi jaminan untuk menjelaskannya barulah Rasulullah SAW bersedia menyembahyangkan jenazah tersebut.

Begitu berat beban hutang jika tidak dijelaskan sehingga yang memberi hutang berasa kecewa untuk mendapatkan hutangnya.oleh itu sebelum berhutang cuba fikirkan semula adakah kita mampu untuk menjelaskannya. Jika tidak mampu, elakkan daripada berhutang dan jangan sekali-kali sikap suka berhutang ini dijadikan amalan.

Bayangkanlah..jika seseorangyang berhutang itu terlebih dahulu menghadap ILAHI sedangkan hutangnya tdak semoat diselesaikan, apakah akan terjadi?

Nota UF : Pesanan untuk diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik dan diredhai serta dirahmatiNya


Sumber  : 100 Pesanan Terakhir Rasulullah
Bab 20 / m.s. 85 - 87



6 comments:

  1. betul2
    saya pun tak suka hutang
    rasa tak tenang kalau ada hutang

    ReplyDelete
  2. Takut kalau dengan hutang ni, even 1 sen pun takut sgt kalau terlupa...huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Betapa bahanya kalau main dengan hutang ni. Minta dijauhkan azab org yg bhutangg ni hmm.

    ReplyDelete
  4. orang sekarang ni bila kita tak bagi pinjam dikatanya kita ni kejam. Bila kita dah bagi pinjam dikatanya kita tak tahu malu sebab terhegeh minta hutang

    ReplyDelete
  5. Bab hutang ni takut. Even dengan kawan2 pun siap catit hutang apa yang ada. Selalu pesan beli makan segala.

    ReplyDelete
  6. hutang la paling takut. bawa sampai sana. tq umi sbb sharing.. saling mengingati. <3

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!