Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts - umifuzy™dotcom

February 11, 2018

Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts

ANCASA HOTELS & RESORTS SEDIAKAN PELBAGAI HADIAH MENARIK SEMPENA FOOTBALL CAMPAIGN – STAY, DINE & WIN 2018 KEPADA PELANGGAN 
Kempen bermula 13 Februari sehingga 13 Julai 2018 di semua rangkaian Ancasa Hotels & Resorts

Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts

Kehangatan World Cup 2018 kian terasa terutama sekali   buat peminat tegar bola sepak di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, Ancasa Hotels & Resorts telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Campaign – Stay, Dine & Win sebagai usaha menghargai pelanggan-pelanggan rangkaian Ancasa Hotels & Resorts iaitu Ancasa Hotel & Spa  dan Ancasa Express @Pudu di Kuala Lumpur; Ancasa Residences, Port Dickson dan Ancasa Royale di Pekan Pahang yang sentiasa menyokong rangkaian hotel-hotel milik UDA.
 
Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts
En ShahazamKhan - Sr VP, Hospitality Division
Stay, Dine & Win Campaign akan bermula 13 Februari sehingga 13 Julai 2018 di semua rangkaian Ancasa Hotels & Resorts di mana setiap hotel masing-masing akan mewakili pasukan yang telah dipilih. Ancasa Hotel & Spa akan mewakili pasukan Jerman, Ancasa Residences mewakili pasukan Sepanyol, Ancasa Royale Pekan Pahang akan mewakili pasukan England manakala Ancasa Express akan mewakili pasukan Argentina. Setiap hotel akan membuat dekorasi mengikut tema pasukan yang telah dipilih bagi menyemarakkan lagi kehangatan Wold Cup 2018 yang akan berlangsung pada 14 Jun 2018 di Rusia.

Sepanjang kempen berlangsung, rangkaian Ancasa Hotels & Spa akan menyajikan makanan-makanan bertemakan negara-negara yang terlibat dengan Wold Cup 2018 seperti makanan dari negara Barat, Timur Tengah serta masakan khas dari Afrika. Selain itu, cabutan bertuah turut di sediakan kepada pelanggan yang menginap di Ancasa Hotels & Resorts sekurang-kurangnya dua hari satu malam ataupun berbelanja  sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit di mana-mana outlet Ancasa Hotels & Resorts. Selain itu, pembelian voucher berbuka puasa yang berkonsepkan Ramadan ‘Kampong Boy’ turut melayakkan diri untuk mendapat borang penyertaan kempen ini sekaligus berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bulanan berupa voucher penginapan selain hadiah utama yang ditawarkan.

Acara kemuncak bagi kempen ini akan berlangsung pada 14 Julai 2018 pada hari yang sama berlangsungnya perlawanan akhir World Cup 2018.  Siaran langsung perlawanan akan dipancarkan melalui skrin besar di Ballroom, Ancasa Hotels & Spa, Kuala Lumpur dan diikuti dengan acara cabutan bertuah untuk hadiah utama berupa tiket penerbangan dan penginapan 5 hari 4 malam ke negara yang menjadi juara FIFA World Cup 2018 untuk 2 orang.  Selain itu, terdapat pelbagai hadiah menarik yang bakal menjadi milik pemenang bertuah seperti motosikal, TV flat skrin 24 inci, home theatre system, komputer riba, telefon pintar, gaming system dan banyak lagi

Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts
bersama team Germany
Umi pun teruja juga sebab dapat berpeluang merasai kehangatan dari kempen dari Ancasa Hotels & Resort ni sebab Umi pun peminat Germany hehe.  So korang jangan lepaskan peluang untuk menginap dimana² hotel cawangan Ancasa ni dah mana tahu rezeki untuk menang hadiah yang cukup menarik tu ya.  Good luck ya!

Stay, Dine & Win Sempena World Cup 2018 dari Ancasa Hotels & Resorts
MENGENAI ANCASA HOTELS & RESORTS
Ancasa Hotels & Resort merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Kuala Terengganu dan juga Seremban. Di antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express @ Pudu di Kuala Lumpur, Ancasa Residences Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.

Untuk maklumat lanjut ataupun membuat tempahan di Ancasa Hotels & Resorts, sila layari laman sesawang www.ancasahotels.com atau hubungii 09-2026 6060 untuk mendapat harga yang terbaik


5 comments:

  1. tak berapa minat sangat dengan bola ini...,jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , jangan lupa follow dan komen ok!!! terima kasih ...

    ReplyDelete
  2. Menariknya kak menu2 dari negara world cup 2018 tu. Xyah g jauh2 nak rasa kan. Nk menang hanya stay, dine and win je.

    ReplyDelete
  3. Wah seronoknya gi event macam ni kan

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!