Tips Menjaga Rambut untuk Wanita Bertudung - umifuzy™dotcom

February 6, 2018

Tips Menjaga Rambut untuk Wanita Bertudung

Wanita bertudung pasti akan mengalami kegatalan rambut, rambut berbau atau kepala berbau selain masalah kelemumur kan.  Agak-agaknya rambut kita ni kita jaga dengan betul tak? Bila rambut kita tiada masalah pasti kita rasa lebih tenang dan lebih berkeyakinan serta segar walau kita bertudung.



1. Cuci rambut 
Rambut kena cuci sekurang-kurannya 3 kali seminggu walau kita bertudung cuma jangan terlalu kerap dan pastikan produk syampu tu jangan nak main-main tukar melainkan produk yang kita guna tu memang tak memberi kelembapan dan kesegaran kepada kulit kepala kita

2. Urutan
Waktu membasuh rambut tu kenalah buat urutan sambil memicit kulit kepala beberapa kali dan kemudian bilas dengan air bersih.  Memang terasa lega tau

3. Keringkan secara semulajadi
Elakkan menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut tapi sebaiknya guna tuala lembut sehingga ke hujung rambut dan buat berulang kali.  Rmbut yang bersimpul, tidak disihat akan menyebabkan kelemumur dan rambut akan berbau

4. Rawatan Rambut
Peruntukan sedikit wang untuk membuat rawatan rambut di salun rambut dalam sebulan atau dua bulan sekali untuk mendapatkan rawatan supaya rambut kita sihat dengan rawatan pakar rambut.  Kalau tidak pun cuba kaedah tradisional untuk menjaga rambut seperti gunakan santan, limau supaya rambut sihat dan berbau harum

5. Kesesuaian Fabrik
Kalau kita bertudung, perlulah kita pakai tudung yang lembut dan yang membolehkan udara keluar dan masuk ke rambut kita dan kita kena memastikan peluh diserap dengan baik dan mengelakkan bau pada rambut. Jangan pakai tudung yang tebal atau berlapis terutama semasa aktiviti riadah untuk mengelakkan kulit kepala kita bernafas dengan baik

6. Banyakkan Minum Air
Perbanyakkan minum air yang dapat mempertahankan kelembabpan dan kesuburan rambut dan ini merupakan faktor utama penyebab rambut tampak berkilau.

7. Rehat
Sekiranya kita bertudung, pasti kita akan mengikat rambut kita, jadi sebaik sampai dirumah, buka ikatan di rambut supaya kulit kepala dapat bernafas begitu jugak dengan rambut kita.


8 comments:

  1. Siqah ada masalah kegatalan dan kelemumur. Sekarang tengah cuba produk beli kat salon rambut. Tak tahulah berkesan ke tak. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah cuba guna syampu campur garam pastu urut2 kan kepala mesti rasa segar dan garam bantu kurangkan kelemumur...so far utk sy ia berkesan

      Delete
  2. seronok klau rambut makin lebat...kitew makin surutttttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. part rambut gugur ni mmg semua org kena...nasib baik la rambut lebat kan..hehe

      Delete
  3. Thanks for the tips :) Rambut I selalu gugur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perihal rambut gugur ni mmg xleh nak halang..mmg stress kan

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!