Saturday, March 31, 2018

Saturday, March 31, 2018

Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang

Bulan Ramadhan yang bakal tiba dan sangat-sangat ditunggu merupakan bulan yang sangat istimewa buat umat Islam seluruh dunia dan kalau kat Malaysia yang bukan Islam pun turut sama meramaikan sebab masa ni la pelbagai jenis makanan tradisional seluruh Malaysia boleh kita dapat hanya di satu tempat.  

Baru-baru ni Umi dan beberapa blogger yang lain dijemput oleh pihak Hotel The Royale Chulan Bukit Bintang untuk mencuba dan merasai masakan buffet Ramadhan yang akan disediakan pada bulan Ramadhan di Sunflower Brasserie yang akan menyajikan lebih 100 jenis sajian yang berkonsepkan masakan ala kampung yang menyelerakan buat para pengunjung nanti.

Jom tengok apa menu Buffet Aneka Selera akan bermula 16 Mei hingga 17 Jun 2018yang mungkin korang boleh masukkan dalam senarai tempat makan untuk berbuka nanti kat SINI untuk hidangan yang sangat menyelerakan.

Pada 14 Mei juga pihak Hotel Royale Chulan Bukit Bintang akan melancarkan acara derma "Kasih Ramadhan" yang mana derma yang terkumpul akan diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Shifa pada tahun 2018 juga.  Setiap penderma yang menderma sebanyak RM10 akan diberikan kad Ketupat yang akan digantung pada "Palm Tree" yang ditempatkan di lobi hotel. Sebanyak RM100,00 berjaya dikumpul pada tahun lepas dan diserahkan sebagai acara amal "We Care" yang dijalankan atas inisiatif kakitangan hotel Royale Chulan sendiri.

Main Course
Nasi Putih, Nasi Hujan Panas, Ayam Percik, Daging Dengdeng, Ikan Patin Tempoyak, Pajeri Nenas, Udang Masak Lemak Cili Api, Labu Masak Lemak Putih Udang Kering

Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
Sup
Sup Tulang Rawan dengan rencah daun sup, bawang goreng, cili kicap, limau, serunding daging, serunding ikan, roti benggali, mee hoon kuning

Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
Stall I
Bubur Lambuk dengan rencah daun sup, bawang goreng, cili kicap, limau, serunding daging, serunding ikan

Stall II
Pulut Kuning, Gulai Kawah, Rendang Itik

Stall III
Kambing Bakar dengan butter vege dan Nasi Arab

Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
Appetizer
Acar Rampai, Kerabu taugeh, Kerabu Ulam, Kerabu Ayam, Kerabu Mangga, Telur Masin, Puyuh Goreng Rempah, Ulam-Ulaman Tempatan, Aneka Jenis Keropok, Aneka Jeruk, Ikan Masin, Sabal Belacan, Sambal Ikan Bilis, Sambal Tempoyak, Sambal Cili Hijau, Sambal Kelapa, Air Assam, Sambal Kicap, Budu, Cincalok

Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
Pencuci Mulut
Aneka Biskut Raya, Dodol, Buah Kurma, Rempeyek, Bahulu, Fruit Tart, Cream Puff, Cheese Tart, Cream Caramel, Sago Gula Melaka, Assoted Pudding, Assorted French Pastries, Assorted Malay Pastries, Serawa Durian

Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
Minuman
Sirap, Sirap Bandung, Soya, Ice Lemon Tea, Mango Cordial, Teh Tarik, Nescafe Tarik


Jangan risau bila dah berbuka tu, korang boleh mengerjakan solat di Surau yang disediakan


Buffet Aneka Selera akan bermula 15 Mei hingga 17 Jun 2018

Harga : 
RM98/dewasa dan RM60/kanak-kanak dan warga emas

Alamat :
17 021 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

No Telefon
603-2147 9898

Laman Sesawang
www.royalechulan-bukitbintang.com


Nota : Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dulunya dikenali sebagai The Royale Bintang Kuala Lumpur, jadi jangan keliru sebab ada Hotel Royale Chulan Jalan Conlay yang terletak berdekatan Pusat Karangkraf.

Thursday, March 29, 2018

Thursday, March 29, 2018

Sarapan Pagi Sihat di One Chopati

Sarapan Pagi Sihat di One Chopati | Memang dah jadi rutin untuk Umi dan DH ke Pasar Keramat setiap minggu untuk keperluan dapur basah dan setiap kali ke sana, pastinya kami bersarapan dulu di One Chopati.  Dulunya dikenali sebagai Wan Chopati tapi awal tahun 2018 dah di rebranding.  Malahan One Chopati pun dah ada food truck sekarang ni dan sesiapa nak rasa capati kena la follow FB sebab kat situ diaorang akan update kat mana diaorang akan berada.

Rasanya ramai tau kot sebab dulu pernah keluar dalam slot Jalan Jalan Cari Makan..usah tanya bila tapi dah lama dulu masa masih menggunakan nama Wan Chopati.

Apa yang menarik tentang capati kat sini? Capati dia pada Umi biasa jer sebab capati ialah capati kan tapi yang sedap adalah kuah kima Umi boleh bagi 4 bintang sebab kat Umi pernah cuba capati kat tempat lain tapi kuah bukan kuah kima dan yang paling penting harga dia agak berpatutan dan mengenyangkan ;D

Ada cerita tentang One Chopati kat akbhar > baca SINI


Sarapan Pagi Sihat di One Chopati
Jadi kalau korang berada kat area Keramat ataupun ada urusan di UTC Keramat Mall, jangan lupa singgah kat Medan Selera ditingkat bawah di MS 040 & 041 Tingkat LG, Kompleks Keramat Mall, 5400 Kuala Lumpur.  Pelbagai gerai makanan lain pun ada jadi kalau sesiapa yang tak minat capati boleh makan yang lain.


Image may contain: text

Image may contain: 1 person, text
Sarapan Pagi Sihat di One Chopati

Facebook : 1 chopati 

Instagram : 1chopati 

Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad 
7.00 pagi hingga 8.30 malam

Cuti Am
7.30 pagi hingga 2.20 petang

Telefon : 03-4266 3444
Whatsapp : 013-3443 123

Monday, March 26, 2018

Monday, March 26, 2018

Pelancaran Produk Kecantikkan Estime & Sens

Pelancaran Produk Kecantikkan Estime & Sens | Baru-baru ini Class Beauty Sdn Bhd telah mengadakan pelancaran produk Estime & Sens bertempat di Ruang, Subang bagi memperkenalkan produk ini kepada orang ramai walau sebenarnya produk ni dah berada dalam Malaysia pertengahan tahun 2017.

Estime & Sens merupakan produk kosmetik dari Perancis berasaskan produk organik yang telah mendapat pengiktirafan yang hanya boleh didapati secara ekslusif di Spa dan Salun Kecantikkan.  Sesiapa yang berhasrat mencuba kenalah pergi ke pusat kecantikkan tertentu, dimana kulit muka akan diuji sebelum produk yang bersesuaian disyorkan oleh pakar kecantikkan bertauliah.  Jadi tak perlu risau kerana mereka kan pakar. ;D

Kandungan dalam produk Estime & Sens ni ada pelbagai bahan organik untuk setiap jenis kulit antaranya :

Anti Penuaan :
Evening Primerose Oil, Pomegranated extract, Organic prickly pear oil, Pelvetia canaliculata seaweed extract

Kesegaran Kulit :
Organic Rose Flower water, Organic Argan Oil, Organic Sesame oil

Kulit kering dan dehidrasi :
Organic Olive Oil, Mint, Jojoba beads, Organic Indian chestnut

Keputihan kulit :
New Zealand tree fern, Apple seed extract, Papaya exttract

Keaslian & Kesimbangan Kulit :
Rice Extract, organic sweet orange, lemon essential oils, organic alpine willow herb, organic orange blossom water

Pelancaran Produk Kecantikkan Estime & Sens 

Pelancaran Produk Kecantikkan Estime & Sens 
Semasa pelancaran tu sempat juga Umi buat facial walaupun mula tu malu-malu kucing sebab buat kat tempat terbuka dan ramai la pulak para beautician datang menengok dan menanya kat beautician yang tengah memuluskan kulit muka Umi..hehe

Memang terbaik produk ni sebab memang kulit rasa lebih halus, tak lagi kusam dan naik juga 1 - 2 jerawat tapi memang tak ada kesan kemerahan dsb.  Memang recommended sangat dan bauan kandungan organik ni memang menyegarkan.

Pelancaran Produk Kecantikkan Estime & Sens 
Pelancaran Produk Kecantikkan Estime & Sens 

Untuk keterangan lanjut boleh layari : http://www.estime-et-sens.fr/?lang=2

Facebook : ESTIMESENSMALAYSIA/

Monday, March 26, 2018

Birthday Giveaway by Mrs Pip

Jom kita join GA dari Mrs Pip.  Klik banner untuk turut serta ok dan good luck


Birthday Giveaway by Mrs Pip

nak join GA ni, mrs pip letakkan beberapa syarat mudah:-

1/ buat entry bertajuk "Birthday Giveaway by Mrs Pip" , copy paste dan backlink kan banner di atas

2/ wajib follow blog mrs pip

3/ ada IG, wajib follow instagram mrs pip : www.instagram.com/mrspip18 

4/ ada FB, wajib follow FB page mrs pip : web.facebook.com/MrsPip18

5/ dah siap, sila letak link penyertaan korang kat kotak komen di bawah


GA ni akan tamat pada 8 April 2018, dan pemenang akan diumumkan, 

Monday, March 26, 2018

Dalam Kenangan : Pengalaman Bekerja di ExxonMobil

Dalam Kenangan : Pengalaman bekerja di ExxonMobil | Kenangan sewaktu berkerja sebagai Senior Project Secretary di ExxonMobil dari Februari 2001 hingga Disember 2003 adalah antara kenangan yang terindah..cehh dah macam lagu Achey la pulak kan..

Antara projek yang berlangsung masa tu adalah Larut and SFD OFfshore Installation Works, Bintang A, Bintang B dan Tapis F Offhsore Installations Works. Memang sibuk dengan segala kertas kerja tapi tak la sesibuk para jurutera kan..dalam sibuk pun boleh jalan sana jalan sini dan lepak sana lepak sini.  Bukan curi tulang tapi untuk kebaikan kita sebab kalau dok seharian menatap computer yang hitam putih tu mau pakai kacamata tebal tau. Bukan macam komputer kat ofis antarabangsa sekarang ni ada internet, EPMI dulu cuma guna intranet waktu Umi mula join.

Tugasan Umi adalah sebagai tenaga sokongan untuk perkhidmatan pembinaan Offshore dan lebih kepada pengurusan dan bukan teknikal.  Dah kerja setiausaha, harus lah yang berkenaan report, documentation, presentation dan spreadsheet termasuk menyusun atur mesyuarat, temujanji, tiket penerbangan dan logistik..haa siapa yang kerja sebagai setiausaha pasti tau la dan antara yang masih Umi ingat bila para engineer ni nak kena pergi offshore, so kena la book helikopter kan dan perlu tahu berat badan si engineer untuk pastikan limitation tapi ada sorang engineer ni cakap berat dia 60kg walhal Umi dengan kakak secretary yang sorang tu rasa macam tak betul jer...dan memang tak betul...ishh marah jugak sbb macam dia tak biasa kan dan pengalaman bila seorang engineer lelaki yang beristeri 2 ni dok sibuk call dari pelantar mintak check bila boleh balik sebab air dah naik ke kepala..oppps ni bukan blog Xrated ok..

Apa yang menarik bekerja di organisasi besar ni, ramai yang kita kenal dengan bermacam-macam karenah dan yang paling best disini bila setiap bulan puasa pasti akan ada ustaz dan ustazah jemputan setiap hari disepanjang bulan Ramadan antaranya Ustaz Wan Bani Leman yang sangat popular mas tu selain makan-makan bila setiap projek tamat dan semasa 911 Umi masih disini dan tahap keselamatan dipertingkatkan kerana ExxonMobil sebuah syarikat Amerika Syarikat. 

Antara aktiviti kemanusiaan yang EPMI salurkan antaranya menyediakan wish buat anak-anak yatim dan sama-sama mengambil bahagian untuk anak-anak ini merasai apa yang kita rasa dengan para staf EPMI mengambil 1 atau 2 anak angkat semasa acara bersama anak-anak di Bukit Tinggi Resort yang kini dikenali sebagai Berjaya Hills Resort

Dalam Kenangan :Pengalaman bekerja di ExxonMobil

Dalam Kenangan :Pengalaman bekerja di ExxonMobil
Apa yang menarik disini adalah bila hari Sabtu adalah cuti am, dimana di Malaysia waktu tu bekerja di hari separuh hari di hari Sabtu adalah kemestian.  Lebih teruja kalau cuti am jatuh hari Sabtu, memang ofis akan tutup hari Jumaat..  Menariknya lagi bekerja dengan orang luar terutama Amerika, mereka ini sangat menepati masa dan jarang Umi kerja lebih masa melainkan ada keperluan dan berbeza untuk setiap jabatan.

Memandangkan office EPMI ni sepelaung dengan KLCC, memang tak sah la kalau tak makan tengahhari kat sana dan bila hari Jumaat pulak langkah panjang sampai ke Jalan Masjid India.

Memang rindu kat suasana kat pejabat tu tapi bila Umi dapat offer dari seorang sahabat untuk bekerja dengannya, tetiba rasa nak cabaran yang lebih dan melangkah lebih jauh.  Supervisor Umi masa tu CWK pulak dapat penempatan di US tapi dia masih mengharap Umi untuk stay tapi demi cabaran dan imbuahan yang agak lebih dan berpeluang untuk melangkah jauh jadi tiada toleh ke belakang ;D.

Banyak pengalaman yang Umi dapat dari sini dan akan terus menjadi memori indah dan sentiasa mengamit kerinduan.


Nota Umi : entry ni dah lama terperap dalam draf cuma 

Saturday, March 24, 2018

Saturday, March 24, 2018

Merasai Keseeronokan di KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur

Sudah hampir seminggu anak-anak bercuti persekolahan penggal pertama dan Alhamdulillah sempat juga Umi melayan cikapplepie dan sepupunya semalam ke KidZania Go di Quill City Mall Kuala Lumpur.  Entah apa yang sibuk sampai dah dekat penghujung baru ada kesempatan tu *sighh.

Merasai Keseeronokan di KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur

Tau tak tiket KidZania GO! tu PERCUMA? Apa yang perlu korang lakukan untuk mendapatkannya?

Mudah jer! Berbelanja je kat mana-mana kedai didalam Quill City Mall dengan hanya RM38 dan tebus tiket KidZania GO! dengan membawa resit pembelian ke Main Atrium di aras Ground Floor Quill City Mall Kuala Lumpur dan tunggu giliran anak-anak untuk merasai keseronokan dengan aktiviti yang disediakan untuk mereka.

Nak tau lebih lanjut apa yang ada di Quill City Mall ni, lawati laman sesawangnya http://www.quillcitymall.com.my

Terdapat 8 aktiviti yang pasti membuat anak-anak kita teruja dan aktiviti ni mungkin akan memberi insipirasi kepada anak kita dan menjadi titik tolak kerjaya yang dia inginkan nanti
  • Volvo Stop - Look & Wave
  • Court House
  • Sharp Air Quality Control Centre
  • Mc Donald's Fitness Centre
  • Magic Studio
  • Scott's Research Lab
  • TV Studio
  • Recycling Centre

Merasai Keseeronokan di KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur
Sharp Air Quality Control Centre

Merasai Keseeronokan di KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur
TV Station
Ok, jangan lepaskan peluang yang masih berbaki ni sebab acara ini akan berlangsung sehingga 25 Mac 2018 dari jam 10 pagi hingga ke jam 9.30 malam setiap hari 

Thursday, March 22, 2018

Thursday, March 22, 2018

Samsonite Malaysia Brings its Store to Your Fingertips

Travellers can now shop online at their ease and convenience anytime and anywhere for latest products under the Samsonite range such as Samsonite, Samsonite Red and American Tourister. This comes after Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd. launched its first ever official Samsonite e-commerce platform in Malaysia, giving customers access to the full range of products online.

Customers will no longer need to travel to a physical store to acquire Samsonite products. Instead, they can easily obtain the products within minutes with just a few clicks. 


Samsonite Malaysia Brings its Store to Your Fingertips

Simple steps at your fingertips:

  • Just log on to https://www.samsonite.com.my/ 
  • Browse through the wide range of products available
  • Found an item, add to virtual shopping cart
  • Click "Checkout" and done shopping

All payments made through the website are done via secure platform for convenience and peace of mind. Upon payment and confirmation, the products are delivered right to customers’ doorsteps within three working days.

Samsonite Malaysia Brings its Store to Your Fingertips
Mr Ambert Khoo, Country Head of Samsonite (Malaysia) Sdn Bhd

“At Samsonite, we understand the demands and needs of the busy, fast-paced lifestyles of modern travellers. We also believe that shopping for luggage shouldn’t have to be an arduous process. So, with the ever growing trend of e-commerce in Malaysia, we saw the opportunity to launch this online platform where travellers can find out about our products and purchase them with ease in the comfort of their home, office, or just about anywhere. If they have a computer or mobile device, they now have access to our products – it’s as simple as that,”
Ambert Khoo, Country Head of Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd.

Samsonite is one of the world’s largest and trusted designers and distributors in the luggage industry. First established in 1910, the brand was the brainchild of Jesse Shwayder, who envisioned crafting the finest quality luggage that would be able to endure the perils of travel. Today, Samsonite remains dedicated to its core principle, to further expand Shwayder’s vision globally to meet every traveller’s need with resilient and finely crafted products through innovative technology, materials and design.

For more information about Samsonite, please visit their website, https://www.samsonite.com.my/


Thursday, March 22, 2018

Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Rejab dan bulan Mac pun dah hampir ke penghujungnya bermakna tak sampai 2 bulan lagi bulan Ramadhan bulan yang mulia yang sangat kita nantikan akan tiba.

Bersempena bulan Ramadhan yang dekat beberapa selekoh lagi tu Hotel Double Tree by Hilton dah bersiap menyediakan pelbagai sajian untuk penggemar masakan berkonsepkan ala Pasar Malam di Makan Kitchen dengan mutu makanan dari hotel bertaraf 5 bintang

Kenapa ala Pasar Malam? Sebab kat Pasar Malam pun pelbagai juadah dijual dari yang biasa-biasa hingga ke yang luar biasa yang menjadi kegemaran bukan rakyat Malaysia yang berpuasa saja tapi orang ramai dari pelbagai kaum dan bangsa yang selalunya tak pernah lepas peluang turut sama membeli pelbagai juadah walau mereka tak berpuasa.  Memang menarik suasana bulan Ramadhan di Malaysia ni.

Jom kita jengah apakah hidangan yang menarik dan mungkin kita boleh masukkan Restoran Makan Kitchen di Hotel Double Tree by Hilton dalam senaraikan berbuka nanti kerana yang pasti korang akan tersangat suka sebab ruang yang luastan, selesa tanpa perlu bersesak dan boleh makan dengan penuh nikmat dan tenang serta pilihan makanan menyelerakan.

Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 

Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 

Masakan Ibunda yang disediakan pasti akan membuat kita terkenang kembali masakan bonda tersayang yang menampilkan pelbagai pilihan antaranya :

  • Nasi Putih, Nasi Daging Berempah, bubur Lambok Daging, Gulai Ayam Pedas, Rendand Peha Kambing, Kari Daging Berkentang, Sotong Tumis Kunyit, Udang Harimau Masak Lemak Tempoyak, Ikan Masak Asam Pedas, Sambal Goreng Jawa, Labu Kuning MAsak Lemak Putih, Bayam Tumis Ikan Bilis
Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 
  • Ayam Percik (ayam dibakar dalam ketuhar dengan herba tempatan, rempah ratus dan santan)
  • Kambing Golek - cicahan air asam jawa, sambal kicap manis, sos lada hitam dan sos mint
  • Aneka Kerabu : Kerabu Tempe Goreng dengan Daun Selom, Kerabu Hati Ayam dengan Kacang Panjang, Urap Selom dengan Serunding Kelapa, Kerabu Ayam ala Siam
  • Ulam - Ulaman : Kacang Botol, Kacang Panjang, Petai Segar, Cabai Kampung, Timun Muda, Tomato, Jantung Pisng, Pucuk Ubi, Kobis Bulat, Ulam Raja, Daun Pegaga dan Daun Selom
  • Sambal : Sambal Belacan, Sambal Pucuk Nenas, Budu dan Cincaluk
  • Popiah Basah Station : Thai Young Papaya Salad dengan cili, Lime Dressing with Dried Shrimp, Tomatoes, Long Beans and Peanut
  • Aneka Keropok Keping : Keropok Ikan, Keropok Udang

Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 
  • Sup Kawah Meletop : Sup pekat berempah ala mamak dengan pilihan tulang rusuk daging, ekor daging, isi kambing, perut lembu dan ayam bersama sambl kicap, bawang goreng  dan daun sup
  • Noodle Station : Laksa Sarawak, Sup Tomyam Pedas, Sup Sayuran dengan pilihan mee kuning, mee beras leper, bihun.  Ramuan :  sotong basah, fish cake, sliced ayam and udang, taugeh, choy sum dan kobis, cili jeruk, bawang goreng, minyak bawang putih, daun bawang dan cili padi
  • Char Kuew Tiaw Kerang Basah dengan kuchai, bean sprout, slice carrot dan slice cabbage
  • Ayam Penyet Belada with condiment - cabbage, tempe, fried tau fou, long bean and tomato
  • Crispy Apam Balik  dengan madu truffle bersama ramuan
  • Ikan Bakar Daun Pisang dengan anika ikan segar bersama perapan yang dibakar diatas daun pisang beserta air cicahan asam jawa dan sambal kicap
  • Aneka Satay : ayam dan daging dihidang dengan kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang segar
Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 
  • Manisan : pelbagai kuih muih melayu dan nyonya, kek pisang, brownies walnut, cream puff raspberry, puding mangga, kek keju New York, agar-agar koktail, sagu buah Melaka, Swiss  roll Pandan & Kaya, bubur pisang, bubur pulut hitam

Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 
  • Spices of India : Menyajikan Ayam Tandoori, Tikka Ikan menggunakan ikan merah yang dibuang tulang dan diperap dengan yogut dan rempah ratus dan juga Kebab kambing
  • Roti nan biasa, roti canai, roti sardin dan roti telur
  • Ramuan : Pelbagai chutni - mint, mango, limau jeruk, masal, raita tomato, raita timun, raita biasa, raita bawang dan cumin seed raita
Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 
  • Ais Krim : pilihan ais krim dengan sos - coklat, strawberry, mangga dengan topping
  • Ais Kacang : Ni menu Bazar Pasar Malam yang pasti buat korang teruja
  • Buah-buahan : Tembikai, betik, rock melon, oren, nenas madu dan epal
  • Minuman Panas : Teh Tarik dan Nescafe
  • Minuman Sejuk : Sirap bandung, air soya, teh limau dan sirap selasih

Banyak lagi makanan disediakan yang pastinya akan membuat kita terliur dan tak sabar nak tunggu Ramadhan menjelma


Harga buffet Ramadhan

Minggu Pertama & Keempat : 17 Mei hingga 23 Mei 2018 
harga bermula dari RM148 net

Minggu Kedua & Ketiga : 24 Mei hingga 7 Jun 2018
harga bermula dari RM158

Early Bird : Tempahan boleh dibuat bermula 15 April hingga 15 Mei 2018
bermula dari RM128 net


Dan jangan risau sebab makanan yang disediakan di Makan Kitchen ni disahkan HALAL oleh JAKIM, jadi kita boleh makan tanpa ragu-ragu

Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 


Untuk tempahan, hubungi 03-2172 7272 atau layari flavoursbydoubletreekl.com

Wednesday, March 21, 2018

Wednesday, March 21, 2018

Terasa K-Pop Dengan Piza Dominos

Annyeong! ehh hehe.

Sejak 26 Februari lalu Dominos dah pun memperkenalkan Piza Samyeangnya dengan 3 perisa iaitu Samyeang Tuna Pizza, Samyeang Chicken Pizza dan Samyeang Beef Pizza serta Ayam Haseyo yang akan membuat kita terasa K-Pop dengan Piza Dominos ni

Terasa K-Pop Dengan Piza Dominos

Dan semalam dapat jugak Umi merasa Samyeang Chicken Piza secara percuma.  Percuma? Percuma  sebab piza yang dihantar tu salah.  Mungkin sebab piza semalam tu ditempah tersimpang dari kebiasaan dan Aloha Chicken favorite Umi tu perisa wajib! hehe  Perubaham lain adalah piza yang dipesan tidak seperti kebiasaan cuma bersaiz regular tapi 3 biji piza tau iaitu Beef Pepperoni, Classified Chicken dan Samyeang Chicken Piza dengan Roasted Chicken dan Chocolate Lava Cake sebagai sampingan.  

Terasa K-Pop Dengan Piza Dominos
kena hantar ke Dominos sebagai bukti ;D
Tup-tup bila sampai jer bukan Samyeang Chicken tapi Aloha Chicken..haa memang sah ada kesilapan ni.  Apa lagi Umi pun terus dial ke 1300 88 8333 dan diminta whatsapp gambar piza ke nombor yang diberi dan  gadis (lupa pulak nama dia) yang ambil call tu siap tanya nak hantar hari ni atau bila..sah-sah la nak malam tadi jugak sebab semangat K-Pop punya pasal haha.  Seriously memang efficient dan terbaik la servis Domino yang tak pernah meragukan.  Jadi korang kalau alami masalah yang sama seperti Umi atau piza tu rosak atau ada silap yang munasabah atau lewat dari masa tu jangan up kat status social media semberono ya tapi hubungi 1 300 88 8333 sebab Dominos Piza memang perihatin terhadap pelanggannya. Rasanya semua orang tahu kalau lewat penghantaran piza Dominos akan bagi voucher percuma tu yang buat Umi sayang kat Dominos tu..hehe

Nak tau dari mana Umi tahu pasal ni? Dulu seorang kawan Umi yang pernah menetap di US dan bekerja dengan Dominos yang bagitau yang rahsia ni..ehh rahsia ke? haha.  Tu lah kalau syarikat besar gini memang servis memang terbaik untuk memastikan perkhidmatan mereka terbaik dan pelanggan tak lari.  Even tadi Umi dapat call dari khidmat pelanggannya tanya tentang sidia yang ambil report Umi tu..memang sah2 la Umi bagi 10 sebab efficient, cepat dan terbaik

Samyeang Chicken Piza ni memang sedap tapi kalau korang tak tahan pedas, korang rasa jer la sepotong dan selebih tu kongsi dengan orang sebelah tapi kalau peminat K-Pop ada de hal kan



Umi dah rasa, walau 1 jenis jer la.  Korang bila lagi?

Monday, March 19, 2018

Monday, March 19, 2018

Resepi | Gulai Lemak Daun Bebuas

Mesti ada yang pelik bila baca tajuk resepi Umi kali ni kan sebab rasanya ramai yang tak tahu akan daun ni yang sangat kurang dikenali tapi kalau sesiapa pernah makan..terutama golongan mak-mak yang suka sejenis ulaman ni pasti suka dan tak akan lepas peluang kalau terjumpa daun ni kat pasar. Daun bebuas ni punya bau yang sangat unik dan bagi sesetengah orang tak suka sebab dia dalam kategori pahit tapi sedap.

Bahan-bahan:
Pucuk daun bebuas
3 camca rempah kari ikan
3 ulas bawang kecil, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 1/2 keping asam keping
Tulang ikan masin / isi ikan kurau
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

  • Rempah, bawang merah, bawang putih dan asam keping dimasukkan kedalam periuk bersama secawan air, direbus dengan api perlahan.  Kacau rempah sampai mendidih dan betul-betul masak.
  • Masukkan daun bebuas, dibalik-balikkan dan direbus sampai pucuk bebuas benar-benar layu dan bersalut rempah.
  • Tambah sedikit air, masukkan tulang ikan atau isi ikan dan direbus dalam 2 minit
  • Masukkan santan dan rebus sekejap hingga mendidih tapi jangan sampai pecah minyak.  Tutup api dan masukkan garam tapi jangan banyak sebab tulang ikan masin tu dah masin


Siap dan boleh dihidang dan dimakan dengan nasi panas.


Resepi | Gulai Lemak Daun Bebuas

Resepi | Gulai Lemak Daun Bebuas
Bawang kecil, bawang putih dicampur dengan rempah

Resepi | Gulai Lemak Daun Bebuas
Gulai Lemak tengah mendidih

Selain dimasak gulai lemak, pucuk bebuas sedap direbus dan dibuat ulam dan makan dengan sambal belacan atau budu.  Serius sedap tak terhingga!  Tak percaya? cuba la

Kalau dalam pantang, daun yang agak tua boleh direbus dan dibuat air mandian, memang rasa segar dengan bau daun yang sangat wangi dan buat kita rasa segar..



Jom kita kenali Daun Bebuas

Bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Sppter mudah tumbah dan hanya tumbuhan renek dan mudah hidup di tepi sungai. Pucuk bebuas  terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam dan punya khasit tersendiri kepada kesihatan. 


Khasiat

Mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosfforus dan pelbagai vitamin termasuk A, C dan E. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala.  Selain untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin, ia juga dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1.  Pucuknya boleh merawat penyakit kecacingan untuk kanak-kanak

Nak tau lebih lanjuat > klik SINI

Bebuasberuasbuas-buasambong-ambong lautpecah piringsingkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Sppterdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.
Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Monday, March 19, 2018

5 Cara Mudah Mengambil Hati Isteri Yang Tidak Bekerja

Sebagai isteri kita disarankan bila suami balik rumah dari tempat kerja, si isteri tu seharusnya menyambut suami dengan senyuman, bermanis muka, menghias diri serta sediakan minuman buat suami yang sehari suntuk bekerja mencari rezeki.  Okay kita tak nak cerita pasal kalau suami balik lewat  tapi isteri kena lah tunggu jugak ya idok ;D

Tapi tahu tak wahai suami, isteri yang kat rumah tu penat badan dan penat otak untuk menjaga hal ehwal rumahtangga, ni tak termasuk kalau ada anak-anak yang lasak dan kerja mengemas mengalahkan tugasan housekeeping hotel hehe. #silajangankecam. Memang boleh buat isteri stress tau.  Jadi apa salahnya suami yang sibuk turut membantu dan cuba memahami isteri dengan mengambil hati isteri supaya dia rasa dihargai bukan setiap hari tapi dihujung minggu je tapi kalau mampu buat setiap hari..apa salahnya kan.  Bukan apa isteri pasti nak meluahkan rasa dan tempat untuk bercerita dan jangan sampai isteri bercerita dengan orang luar, lain padahnya.

Meh tengok apa yang encik suami boleh buat untuk mengambil hati isteri yang tak bekerja dan perkara yang sama boleh dilakukan untuk membantu isteri yang bekerja untuk meringankan tugasan disamping menambah kemesraan lagi.  Tak percaya? cuba la.  Yang pasti tanpa mengeluarkan kos masih tetap buat isteri tersenyum bangga punya suami yang prihatin dan memahami.

Kalau isteri bekerja pun boleh jer suami bantu jugak ya.

1. Bersama Membeli Barangan Dapur 
Ala dah selalu dah..hehe memang bagi kebanyakan pasangan, membeli belah barangan dapur ni memang dah jadi rutin kan dan bila dah duduk dalam kereta tu masa ni lah suami boleh buka cerita, bertanya itu ini pasal anak2 dan segala macam hal rumahtangga.  Jangan tunggu isteri bercerita sebab isteri tau suami penat jadi selalunya diaorang tak nak menambah kepenatan suami dengan hal-hal yang mungkin kedengaran remeh.

Chopp jangan tinggalkan anak-anak yang masih kecil sewaktu keluar tu, bawa ler sekali tapi kalau anak-anak dah besar, pergi berdua jer kan dah nampak romantik dan pasti isteri akan rasa disayangi dan dihargai.

Dulu masa anak-anak kecil DH la yang pergi ke pasar basah dan balik tu tolong siang, basuh ikan ayam  dan simpan dalam peti sejuk. Lepas tu tolong masak nasi dan lauk ikut selera dia la heee tapi sekarang ni kalau ke pasar basah memang diangkutnya Umi sekali, pastu kami sarapan pagi kat kedai kesukaan dia tak lain dan tak bukan kat Wan Chopati.  




2. Membantu di dapur
Sebenarnya untuk menambah kemesraan elok suami teruskan membantu didapur terutama suami yang cerewet sebab kalau tak memang menanah telinga telinga dengar dia komen pasal masakan... betul tak? Selalunya suami kita selalu cakap ikut suka you la nak masak apa..I makan jer tapi bila kita masak...dia tak makan sebab tak kena dengan selera dia.. tak ke mood kita jadi menjunam ^O^  Apa salahnya kalau suami bagitau kat isteri, "Yang..dah lama kita tak makan rendang ayam..nanti you tolong masakkan ya".  Haa kan senang ;D. Tak pun duduk jer kat dapur sesambil baca suratkhabar tu jadi peneman isteri sesambil bercerita..tu pun dah memadai..hehe

DH masih lagi membantu kat dapur tapi memandangkan anak-anak dah besar, diaorang la yang lebih banyak bantu dan sesekali tu dia jengah jugak ;(


3. Membasuh, Menyidai dan Melipat Pakaian
Sekarang ni bukan susah pun nak basuh pakaian kan..masukkan dalam mesin pembasuh, masukkan sabun, pelembut pakaian dan tekan. Biar jer kat situ sampai mesin tu berhenti.  Dan bila dah berhenti apa kata suami tolong sidaikan sebab menyidai pakaian ni pun mengambl masa jugak dan macam DH dia memang cerewet waktu menyidai pakaian jadi tu memang tugasan dia tapi la ni dia kerap keluar daerah, jadi anak bujang la jadi pengganti kalau dihujung minggu.  Bab mengangkat pakaian diampaian pun DH cerewet jadi tu la tugasan seterusnya dari dia..sebab tu la Umi ni bertambah-tambah sihat sebab DH menolong banyak..hehehe.  Tiada istilah Queen Control ya! Dan akhir sekali melipat pakaian bersama-sama sambil tu pasti ada cerita yang akan isteri kongsikan dengan suami.


4. Duduk minum petang bersama
Kenapa waktu minum petang bukan waktu makan tengahhari..hehe sebabnya waktu makan tengahhari tu kan makanan berat jadi tak sesuai la nak bercakap sambil makan sebab waktu tu perlu fokus kat makanan, kang tak pasal-pasal tercekik tulang ikan..tak ke haru..hehe.  Minum petang memang sejenis light-light je jadi sesambil cicah goreng pisang, makan kuih muih, buka la mulut bertanya, tak rugi pun minta isteri bercerita kisah dia sepanjang minggu dengan menjaga anak, kisah jiran sebelah ke tapi jangan tanya pasal isteri orang sebelah tak pun anak dara penyewa sebelah rumah hahaha.

Ni memang kami selalu praktikan tapi kalau dah makan tengahhari lewat memang skipped la.


5. Suami Tolong Mengurut
Ehh bukan perlu ada ilmu mengurut pun tau. Apa kata sesambil menonton tu duduk sebelah isteri dan uratlah tangan dia, kaki dia yang pasti naik tegang dan lenguh berdiri masa memasak, menjaga anak-anak dan serba serbi kerja yang dibuatnya seharian. Waktu mengurut ni la suami bertanya perihal anak-anak dan dengar keluhan isteri kalau kot-kot ada anak-anak yang degil dan penuh kerenah.


Ni cuma sebahagian jer dan tanpa mengeluarkan kos dan banyak lagi cara yang suami boleh buat untuk ambil hati isteri yang sepenuh masa menjadi surirumah ni terutama kalau suami ni bekerja dengan gaji lumayan.  Siapa tak sayang isteri oiii..hehe.  Yang pasti kita nak habiskan hari-hari tua kita bersama-sama isteri dan till Jannah kan!

Semoga bermanafaat.  Kot-kot korang ada cara dan tips lagi untuk mengambil hati isteri, boleh la kongsi ya.

Saturday, March 17, 2018

Saturday, March 17, 2018

Wonderful March Giveaway By Raydah AlHabsyi

Rupanya Mac ni bulan kesukaan Raydah yaa..sama la dgn Umi suka jugak dgn bulan Mac sebab bulan kelahiran pak'enchek (^__^) my darling husband (DH)

Jom kita sama-sama meriahkan GA Raydah ni yang sememangnya dah meriah pun.  Good luck pada yang turut serta

Seperti biasa klik kat banner la ya

Friday, March 16, 2018

Friday, March 16, 2018

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Dah lama tak turut serta Giveaway dan hari ni panggil nak join dan support pada kawan-kawan dan mana tau kot2 boleh menang kan.

Seperti biasa klik kat banner untuk turut serta okay

Giveaway ini bermula pada 09 Mac 2018 dan akan berakhir pada 09 April 2018


Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

SENARAI HADIAH

➦ 2 helai Tudung Aidijuma + sebuah buku motivasi preloved x 3 pemenang (Lea Azleeya)
➦ Wang Tunai RM50 x 1 pemenang (Shad)

➦ Sebuah Komik Jali Ohsem x 3 pemenang (Ankel Jonni)

➦ Sebotol Sambal Garing Che Nor (150gm)  x 5 pemenang (Kak Yang)

➦ Hadiah Misteri x 1 pemenang (Lea Azleeya)

Friday, March 16, 2018

Pertarungan Maut Bila Di Usia 60 Hingga 70 Tahun

Message dari grup whatsapp family yang sangat menarik untuk dikongsi dan dihayati serta sebagai peringatan buat diri sendiri dan saudara seagama


PERTARUNGAN MAUT ITU BERADA DI ANTARA USIA 60 TAHUN HINGGA 70 TAHUN
                   
Tidak banyak orang yang hidup hingga mencapai usia 60 tahun. Jika kita mencapainya maka waspadalah, kerana inilah saat yang menentukan akhir perjalanan seorang manusia. Akhir yang baik (Husnul Khatimah) atau akhir yang buruk (Su'ul Khatimah).

ALLAH SWT juga mengingatkan hamba-Nya yang mencapai usia 60 tahun sebagaimana tersirat dalam firman-Nya dalam Al-Fathir ayat 35 -  37 berikut ini :

"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu."

(Dikatakan kepada mereka), "Bukankah Kami telah memanjang
kan umurmu untuk dapat berpikir bagi orang yang mau berpikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan ? Maka rasakanlah (azab Kami), dan bagi orang² zalim tidak ada seorang penolongpun."                                                         

Sahabat Ali R.A., Ibnu Abbas R. Anhumma dan  Abu Hurairah R.A. menjelaskan firman ALLAH SWT di atas (yang artinya) :

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir," bahwa artinya sampai mencapai usia enam puluh tahun.

Sedangkan yang dimaksud 'pemberi peringatan' dalam ayat di atas menurut para ulama adalah adanya uban di rambut kepala dan 'Sang Pemberi Peringatan' yaitu Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW juga bersabda menguatkan ayat di atas (yg artinya) :

"ALLAH SWT memberi udzur kepada seseorang yang diakhirkan ajalnya, hingga sampai usia 60 tahun." (HR Bukhari no. 6419).

Ibnu Hajar Rah mengatakan : "Makna hadits" bahawa uzur dan alasan sudah tidak ada, misalnya ada orang yang mengatakan, 'Andai usiaku dipanjangkan, aku akan melakukan apa yang diperintahkan kepadaku'.

Dengan usia yang mencapai 60 tahun, maka tidak ada yang layak untuk dia lakukan selain istighfar, ibadah keta'atan dan KONSENTRASI PENUH UNTUK AKHIRAT ... !

Rasulullah pernah bersabda bahwa usia umatnya adalah berkisar di antara 60 - 70 tahun !

Sedikit yang berhasil melewatinya."
(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Dan, "Pertarungan maut itu berada  di antara usia enam puluh tahun hingga usia tujuh puluh tahun."
(HR Bukhari). 

Imam Fudhail bin Iyadh (Ulama Besar zaman Tabi' Tabiin)  memberikan tausyiah : Barang siapa yang meyakini  perjumpaan dengan Sang Khalik, ia harus sedar bahwa ia akan ditanya.  Dan siapa yang yakin hal ini, ia harus menyiapkan jawabannya,"  jelas Fudhail.

"Lalu bagaimana jalan keluarnya" ?  "Caranya mudah."  Lalu Imam Fudhail  menjelaskan tentang  teori bertaubat:

"Beribadah dan beramal soleh lah di sisa usiamu, kerana ALLAH SWT sangat menyayangi terhadap hamba-Nya yang mau menghabiskan sisa usianya untuk lebih mendekat kepada-Nya, INSYAA  ALLAH, ALLAH SWT akan ampuni dosa² yang telah lalu dan ALLAH SWT berikan keselamatan serta kebahagiaan di dunia, di kubur hingga di Akhirat-Nya ALLAH SWT."

Disaat kita sudah berumur 50 tahun atau apalagi sudah menginjak usia 60 tahun atau bahkan lebih, maka  biasakan ber-Do'a memohon perlindungan dari ketidak-berdayaan, malas, fitnah dan dijauhkan dari  siksa kubur :

Allahuma Inni A’udzubika Minal ‘Ajzi Wal Kasali Waljubni Walharam Wa A’udzibika Minal Fitnatil Makhya Wamamati Wa A’dzubika Min ‘Adzabil Qabr”...)

Artinya :  “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah & malas, penakut & tua.  Aku berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup & mati, aku juga berlindung dari siksa kubur".

Neraka Jahannam sepanjang hidup,  Syurga  sepanjang hidup

Jangan merasa aneh, inilah kehidupan.  Hakikatnya tak ada yang memberimu manfaat selain shalatmu.

Alam itu  aneh ???,
Jenazah disusul dengan jenazah...., 
Kematian disusul dengan kematian berikutnya.
Berita tentang kematian terus bermunculan... ada yg mati kerana kecelakaan,   ada kerana sakit, ada yang tiba² mati tanpa diketahui sababnya.  Semuanya tinggalkan dunia ini dan mereka semua akan dikuburkan,  itu pasti.

Hariku dan harimu pasti akan tiba,  persiapkanlah bekal untuk perjalanan yang tak dapat kembali.

Wahai orang yang menunda Taubat dengan alasan karena masih muda,
Kuburan bukanlah tempat untuk orang dewasa saja,
kuburan tempat manusia segala usia..

Sungguh Dunia itu hanya 3 hari :
Hari Kemarin: kita hidup disitu, dan tidak akan kembali lagi
Hari ini : kita jalani namun tak berlangsung lama
Besok: kita tidak akan tahu apa yg akan terjadi.

Maka saling memaafkanlah antar Saudara dan sesama, bersedekahlah..., Karena aku engkau dan mereka pasti akan pergi meninggalkan gemerlapnya dunia ini untuk selamanya ...

Ya Allah kami memohon keridhaannmu  husnulkhatimah dan beruntung dengan mendapatkan surga dan selamat dari api neraka...

Barangsiapa yang hidup dalam suatu kebiasaan maka ia akan mati dengan kebiasaan itu.

Dan barangsiapa yang mati dalam suatu keadaan maka ia akan dibangkitkan dalam keadaan tersebut

Semoga perkongsian ini memberi manafaat buat kita semua dan semoga mendapat pahala berlipat ganda bilamana kita menyebarkan sesuatu kearah kebaikan. IsnyaAllah
Friday, March 16, 2018

Samsonite Malaysia Making Wishes Come True

Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd., the world's largest and most recognised designers and distributors in the luggage industry is collaborating with Make-A-Wish Malaysia to create life-changing wishes come true for children with critical illnesses through its “Luggage Trade-In Programme” happening from 15 March onwards.


Under this programme, customers may trade-in their used luggage at participating Samsonite stores and receive up to 40% off their purchase of selected Samsonite luggage. For every luggage that is traded in, Samsonite will pledge RM10 to Make-A-Wish Malaysia. On top of that, the preloved luggage bags received will be assessed and those which are still in good condition will be donated to Make-A-Wish Malaysia to be used or distributed at their discretion.  


“This is the first time in Malaysia that we are embarking on this programme, and Samsonite is proud to collaborate with such an esteemed organisation to help make wishes come true for children in Malaysia who are suffering from critical illnesses. We believe that every child should have the opportunity to experience fun and laughter in their life’s journey, despite their battle with illness. We also strongly believe in giving back to the community and what better way to do so than to give hope to children for a better tomorrow. After all, children are our hope for the future.” 
said Ambert Khoo, Country Head of Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd.
“We are honoured to be collaborating with Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd for this wonderful campaign. As a self-supported non-government organisation, we rely solely on fundraising and donations from corporations and individuals to enable us to continue our mission of granting the wishes of children who are suffering from critical illnesses. Up to 2018, we have granted over 423 wishes to children in Malaysia and we hope that through this programme, we are able to grant more wishes.” said Irene Tan, Chief Executive Officer of Make-A-Wish Malaysia.


Make-A-Wish Malaysia is a self-supported non-government organisation that strongly believes in the Power of a Wish as a wish awakens the imagination, builds excitement and encourages the child to dream, providing laughter and fun. When the wish of a critically-ill child is granted this will give them a sense of hope and inspire confidence in them, enabling the child and family to better cope with fear and pain associated with their fight.

Samsonite is one of the world’s largest and trusted designer and distributors in the luggage industry. Samsonite was first established in 1910 by Jesse Shwayder with the vision of crafting the finest quality luggage that would be able to endure the perils of travel.  Though a century has passed, Samsonite remains steadfast on its core principle, to further expand Shwayder’s vision universally to meet every traveller’s need with durable and finely crafted products through innovative technologies, materials and design.

The Luggage Trade-In Programme will run from 15 March till 30 April 2018. A list of participating stores are available in Appendix 1.

For more information about Samsonite, please visit their website, https://www.samsonite.com.my/ 


Wednesday, March 14, 2018

Wednesday, March 14, 2018

Have FUN at KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur.

Minggu ni adalah minggu terakhir persekolahan dan bermula minggu depan anak-anak akan mula bercuti selama seminggu, jadi apa perancangan untuk anak-anak kita? Apa kata kita bawa anak-anak ke Quill City Mall Kuala Lumpur, tak jauh pun buat warga Lembah Kelang dan sekitarnya kan sebab ada aktiviti menarik buat anak-anak kita yang akan memberi KESERONOKAN "FUN" pada anak-anak kita



Event : KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur
Tarikh : 19 - 25 Mac 2018
Masa : 10:00 pagi - 9.30 malam setiap hari


Terdapat lapan (8) aktiviti menarik untuk anak-anak rasai seperti Sharp Air Quality Control, Scott's Research Lab, Mc Donald's Fitness Centre, Magic Studio, TV Studio, Volvo - Stop, look and wave, Court house dan a Recycling centre.

Dapatkan tiket KidZania GO! secara PERCUMA! Ikuti cara seperti berikut:


  • Berbelanja hanya sebanyak RM38 di dalam satu resit di mana-mana kedai yang terdapat di dalam Quill City Mall Kuala Lumpur. 


  • Bawa resit ke Main Atrium di aras Ground Floor (KidZania GO! dan tebus tiket


Mudah kan! Jadi tunggu apa lagi, Let us have FUN and the FUN begin at KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur