5 Cara Mudah Mengambil Hati Isteri Yang Tidak Bekerja - umifuzy™dotcom

March 19, 2018

5 Cara Mudah Mengambil Hati Isteri Yang Tidak Bekerja

Sebagai isteri kita disarankan bila suami balik rumah dari tempat kerja, si isteri tu seharusnya menyambut suami dengan senyuman, bermanis muka, menghias diri serta sediakan minuman buat suami yang sehari suntuk bekerja mencari rezeki.  Okay kita tak nak cerita pasal kalau suami balik lewat  tapi isteri kena lah tunggu jugak ya idok ;D

Tapi tahu tak wahai suami, isteri yang kat rumah tu penat badan dan penat otak untuk menjaga hal ehwal rumahtangga, ni tak termasuk kalau ada anak-anak yang lasak dan kerja mengemas mengalahkan tugasan housekeeping hotel hehe. #silajangankecam. Memang boleh buat isteri stress tau.  Jadi apa salahnya suami yang sibuk turut membantu dan cuba memahami isteri dengan mengambil hati isteri supaya dia rasa dihargai bukan setiap hari tapi dihujung minggu je tapi kalau mampu buat setiap hari..apa salahnya kan.  Bukan apa isteri pasti nak meluahkan rasa dan tempat untuk bercerita dan jangan sampai isteri bercerita dengan orang luar, lain padahnya.

Meh tengok apa yang encik suami boleh buat untuk mengambil hati isteri yang tak bekerja dan perkara yang sama boleh dilakukan untuk membantu isteri yang bekerja untuk meringankan tugasan disamping menambah kemesraan lagi.  Tak percaya? cuba la.  Yang pasti tanpa mengeluarkan kos masih tetap buat isteri tersenyum bangga punya suami yang prihatin dan memahami.

Kalau isteri bekerja pun boleh jer suami bantu jugak ya.

1. Bersama Membeli Barangan Dapur 
Ala dah selalu dah..hehe memang bagi kebanyakan pasangan, membeli belah barangan dapur ni memang dah jadi rutin kan dan bila dah duduk dalam kereta tu masa ni lah suami boleh buka cerita, bertanya itu ini pasal anak2 dan segala macam hal rumahtangga.  Jangan tunggu isteri bercerita sebab isteri tau suami penat jadi selalunya diaorang tak nak menambah kepenatan suami dengan hal-hal yang mungkin kedengaran remeh.

Chopp jangan tinggalkan anak-anak yang masih kecil sewaktu keluar tu, bawa ler sekali tapi kalau anak-anak dah besar, pergi berdua jer kan dah nampak romantik dan pasti isteri akan rasa disayangi dan dihargai.

Dulu masa anak-anak kecil DH la yang pergi ke pasar basah dan balik tu tolong siang, basuh ikan ayam  dan simpan dalam peti sejuk. Lepas tu tolong masak nasi dan lauk ikut selera dia la heee tapi sekarang ni kalau ke pasar basah memang diangkutnya Umi sekali, pastu kami sarapan pagi kat kedai kesukaan dia tak lain dan tak bukan kat Wan Chopati.  




2. Membantu di dapur
Sebenarnya untuk menambah kemesraan elok suami teruskan membantu didapur terutama suami yang cerewet sebab kalau tak memang menanah telinga telinga dengar dia komen pasal masakan... betul tak? Selalunya suami kita selalu cakap ikut suka you la nak masak apa..I makan jer tapi bila kita masak...dia tak makan sebab tak kena dengan selera dia.. tak ke mood kita jadi menjunam ^O^  Apa salahnya kalau suami bagitau kat isteri, "Yang..dah lama kita tak makan rendang ayam..nanti you tolong masakkan ya".  Haa kan senang ;D. Tak pun duduk jer kat dapur sesambil baca suratkhabar tu jadi peneman isteri sesambil bercerita..tu pun dah memadai..hehe

DH masih lagi membantu kat dapur tapi memandangkan anak-anak dah besar, diaorang la yang lebih banyak bantu dan sesekali tu dia jengah jugak ;(


3. Membasuh, Menyidai dan Melipat Pakaian
Sekarang ni bukan susah pun nak basuh pakaian kan..masukkan dalam mesin pembasuh, masukkan sabun, pelembut pakaian dan tekan. Biar jer kat situ sampai mesin tu berhenti.  Dan bila dah berhenti apa kata suami tolong sidaikan sebab menyidai pakaian ni pun mengambl masa jugak dan macam DH dia memang cerewet waktu menyidai pakaian jadi tu memang tugasan dia tapi la ni dia kerap keluar daerah, jadi anak bujang la jadi pengganti kalau dihujung minggu.  Bab mengangkat pakaian diampaian pun DH cerewet jadi tu la tugasan seterusnya dari dia..sebab tu la Umi ni bertambah-tambah sihat sebab DH menolong banyak..hehehe.  Tiada istilah Queen Control ya! Dan akhir sekali melipat pakaian bersama-sama sambil tu pasti ada cerita yang akan isteri kongsikan dengan suami.


4. Duduk minum petang bersama
Kenapa waktu minum petang bukan waktu makan tengahhari..hehe sebabnya waktu makan tengahhari tu kan makanan berat jadi tak sesuai la nak bercakap sambil makan sebab waktu tu perlu fokus kat makanan, kang tak pasal-pasal tercekik tulang ikan..tak ke haru..hehe.  Minum petang memang sejenis light-light je jadi sesambil cicah goreng pisang, makan kuih muih, buka la mulut bertanya, tak rugi pun minta isteri bercerita kisah dia sepanjang minggu dengan menjaga anak, kisah jiran sebelah ke tapi jangan tanya pasal isteri orang sebelah tak pun anak dara penyewa sebelah rumah hahaha.

Ni memang kami selalu praktikan tapi kalau dah makan tengahhari lewat memang skipped la.


5. Suami Tolong Mengurut
Ehh bukan perlu ada ilmu mengurut pun tau. Apa kata sesambil menonton tu duduk sebelah isteri dan uratlah tangan dia, kaki dia yang pasti naik tegang dan lenguh berdiri masa memasak, menjaga anak-anak dan serba serbi kerja yang dibuatnya seharian. Waktu mengurut ni la suami bertanya perihal anak-anak dan dengar keluhan isteri kalau kot-kot ada anak-anak yang degil dan penuh kerenah.


Ni cuma sebahagian jer dan tanpa mengeluarkan kos dan banyak lagi cara yang suami boleh buat untuk ambil hati isteri yang sepenuh masa menjadi surirumah ni terutama kalau suami ni bekerja dengan gaji lumayan.  Siapa tak sayang isteri oiii..hehe.  Yang pasti kita nak habiskan hari-hari tua kita bersama-sama isteri dan till Jannah kan!

Semoga bermanafaat.  Kot-kot korang ada cara dan tips lagi untuk mengambil hati isteri, boleh la kongsi ya.

7 comments:

  1. betul tu kak, isteri ni bukan minta duit ringgit menggunung pun, cuma tolong ringan kan beban dan hargai isteri, dah boleh buat isteri senyum lebar

    ReplyDelete
  2. Tips sangat bermanfaat...isteri bekerja atau tidak bekerja suami harus sentiasa siaga..

    ReplyDelete
  3. Paling suka yang no 5 kalau suami rajin dan suka urut tak payah ler... susah payah cari tempat nak pi massage lagi.

    ReplyDelete
  4. tips yang sangat berguna nih :)

    ReplyDelete
  5. Ok semua dah dpt dan buat selalu. Cuma no 5 tu jrg sbb nnti kne gelak. Punca penat sbb hadap hp sokmo. Huhu

    ReplyDelete
  6. Wahhh bertuah ibu-ibu yang dapat suami memahami kepenatan seorang suri rumah.

    ReplyDelete
  7. Hehe..setuju! dan tips ini juga sesuai untuk ibu2 yang bekerjaya. :)

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Instagram

Disclaimer

The articles in this www.umifuzy.com are mostly written as a personal reminder for myself, family and whoever surrounding my life plus for whoever enjoy reading my writing that is a credit and blessing for me.

All the write up intended for easy reading plus perhaps will give inspiration, advise and tips for all readers. Mostly all the articles posted solely comes from my own perspective, experience and surroundings thus those posting does not portraying any particular issues and it is subject to change too. I am not responsible for any misinterpretations by anyone reading any of the articles and comments by from it.

Please do not copy any of the articles or images in this blog without permission (please have courtesy to ask before you do so ok.
XOXO Umi Fuzy