03 March 2018

Merawat Wajah Dengan Kaedah Laser di Premier Clinic

Baru-baru ni Umi berpeluang mendapat rawatan aesthetic ataupun dipanggil rawatan kecantikkan  yang merawat wajah dengan kaedah laser di Premier Clinic tapi bukanlah rawatan yang boleh membuatkan Umi macam ala Korea ya, cuma Umi berhasrat untuk mengurangkan atau menghilangkan jeragat dimuka supaya tampak lebih menarik kan.

Premier Clinic adalah antara pelopor klinik kecantikan yang terbaik yang mempercayai setiap dari kita adalah cantik serta ingin memastikan kecantikan dalam lebih menyerlah buat semua orang.  Premier Clinic juga bersungguh memberikan penjagaan care didalam bidang aesthetic and seterusnya menaikan semangat dan paras rupa setiap pelanggannya. Pelbagai perkhidmatan rawatan kecantikan disediakan dan diperkuatkan dengan pasukan professional yang terlatih untuk setiap pelanggannya.  Malahan cawangnya di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Puchong dan Ampang sememangnya terletak dikawasan yang sangat strategik dan mudah dicari

Nak tahu apa perkhidmatan yang disediakan, baca SINI

Usai masuk ke klinik Premier Clinic Ampang ni Umi disambut dengan ramah oleh para pekerja dan kemudian ditempatkan di bilik menunggu memandangkan Umi sampai awal dan sesi rawatan Umi pulak jam 2 petang. Kemudian Cik Winnie, Pengurus Cawangan Ampang sempat menerangkan serba sedikit tentang Premier Clinic serta perkhidmatannya dan Umi dikehendaki mengisi borang kebenaran untuk menjalani rawatan serta tertulis apa implikasai kebiasaan selepas rawatan selesai



Proses sebelum rawatan
Memang teruja sangat sebab dah lama nak buang jeragat kat muka walau tak la terlalu nampak tapi kalau tak dirawat lama-lama pasti akan semakin jelas kelihatan.  Selesai sesi penerangan (consultancy) tentang apa rawatan yang Umi mahukan dan apa yang akan dilakukan diterangkan oleh Dr Foo dengan jelas dan persediaan untuk rawatan pun bermula dengan membuat cucian muka untuk membuang segala kotoran sebelum sesi rawatan dimulakan.  Kemudian gambar diambil untuk buat rujukan perbezaan sebelum dan selepas rawatan.






Sesi Rawatan
Sebelum rawatan bermula, mata ditutup untuk mengelakkan silau dari pancaran laser. Rasa risau dan seram sejuk pun ada tapi kerisauan tu hilang bila  rawatan laser yang dilakukan oleh Dr Foo memang tak menyakitkan..kalau kena gigit semut tu lebih sakit la. Menurut Dr Foo, proses laser yang dibuat ke muka Umi dibuat sebanyak 3 lapis dan proses mencerahkan jeragat ini perlu dibuat berulang kali untuk melihat perubahannya.  Selepas sesi laser yang lebih kurang 20 -30 minit, muka kemudian disejukkan dengan tuala sejuk diletakkan diatas muka...ha masa ni ada la terbau macam benda hangit.  Akhir sekali muka diletakkan toner dan sunblock untuk mengelakkan sinaran matahari mengenai muka bila Umi keluar nanti.


Selepas Proses Rawatan
Selepas rawatan, kita boleh membuat rutin seharian kita seperti biasa tanpa ada pantang larang cuma berkemungkina ada sedikit kebengkakan, tanda merah dan sedikit lebam untuk tempoh sementara dan akan hilang dalam jangkamasa 30 minit.

Kesan jeragat akan pudar dan tidak kelihatan langsung sekiranya rawatan susulan kemungkinan dalam 4 - 5 rawatan dan setiap rawatan boleh dilakukan dalam jangkamasa eberapa kali membuat rawatan.   Untuk itu kemungkinan  4 - 5 rawatan diperlukan 6 rawatan dengan jarak setiap  2 minggu, walaubagaimanapun, ini terpulang pada keadaan kulit kita dan bagaimana yang 2 minggu.


Tips Penjagaan 
Pastikan kita menyapu sunblock setiap hari untuk mengelakkan sel kulit mati dek sinarana matahari da pastikan jangan terkena chaya matahari secara langsung.  Proses laser ini mengeringkan kulit jadi toner adalah sebaiknya untuk melembabkan kulit muka dan sunblock untuk menghidari cahaya matahari

Kenapa perlu pilih Premier Clinic
  • Berkelayakan, doktor dan pekerja yang berpengalaman
  • Harga yang berpatutan tanpa sebarang pengurangan terhadap kualiti
  • Pelbagai perkhidmatan aesthetik untuk pilihan
  • Menerapkan keselamatan dan keputusan terbaik
  • Khidmat pelanggan secara langsung serta penerangan dan rundingan secara percuma
  • Pembayaran mudah untuk pemegang kad kredit

Jadi tunggu apa lagi, tak lama lagi dah nak Hari Raya, pasti ramai yang nak cantik, nak cerah dan kelihatan menarik dengan pakaian baru.  Jadi kalau korang nak, boleh dapatkan harga istimewa dengan menyebut nama Fuzy sebagai rujukan atau dengan membuat temujanji melalui Umi dan nikmati harga terbaik dan berbaloi.


Jom cantik!


Premier Clinic ni setakat ni ada 4 cawangan yang mungkin berdekatan dengan korang untuk mencuba perkhidmatannya.

TTDI
31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 6000 Kuala Lumpur
> same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi Centre <


BANGSAR
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
> same row as Post Office and next to RAj Banana Leaf mamak stall <


PUCHONG
G-15, 1O1 Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
> same row as RHB Bank and Papaprich Restaurant <


KL City
A-0-8 Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
> opposte new China Embassy (China visa application place) <

General contact details : +6012 6625552


Email address : contactus@premier-clinic.com


Instagram : premier_clinic





Dr Ke Yong Seng: http//wwwKLaesthetic.com

Dr Chen Tai Ho : http//www.drchentaiho.com





Sharing is Caring!

5 comments:

  1. menarik nih
    ada duit lebih seronok lah dapat ke sini rawat wajah

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaa. Lama xmanjakan muka sendiri.

    ReplyDelete
  3. Amboi makin muda remaja lah org tu lps ni. Tapi walau x sakit laser tu tetap rasa takut. Huhu

    ReplyDelete
  4. Rawatan yang menarik.. Berseri-seri dan tambah muda la sis kita ini..

    ReplyDelete
  5. Kalau ada di area bangi/kajang, GV cam teringin juga nak try wat rawatan ini. huhu.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!