Saturday, March 10, 2018

Pelancaran Produk Muslim Umairah Uzma

Bertempat di Jibby East baru-baru ini, Umi sempat hadir untuk majlis pelancaran produk Muslim Umairah Uzma yang semestinya telah mendapat sambutan memberangsangkan dari golongan remaja dan berusia apatah lagi dengan harga mampu milik dan setiap produk Umairah Uzma yang  dikeluarkan juga menepati kesesuaian semua jenis kulit, tiada bahan kimia berbahaya, baik untuk kulit, anti penuaan, tahan lama, mudah dicuci, menepati syariah.

Pelancaran Produk Muslim Umairah Uzma

Antara produk Umairah Uzma yang diperkenalkan kepada pihak media adalah sangat menarik antaranya adalah :

a. Umairah Uzma Glowing Foundation
b. Umairah Uzma Make Up Fix Mist
c. Umairah Uzma Eye Shadow Glitter
d. Umairah Uzma Mega Volume Fiber Mascara
e. Umairah Uzma Eyeliner
f. Umairah Uzma Embrance Eau De Parfum

Pelancaran Produk Muslim Umairah Uzma

a. Glowing Foundation
Menggantikan sel kulit mati, melindungi wajah dari kerosakan akibat cahaya matahari, mengandungi Vit C, rumpai laut, Collagen dan artibutin, sesuai untuk semua jenis kulit, ringan, tidak berminyak atau melekit, bertindak sebagai anti penuaan dan mengurangi garis-garis halus, melembab serta menghaluskan kulit, tidak bercapuk ketika berpeluh, makeup tahan lama, kulit menjadi flawless dan glowing selepas sapuan, mudah dicuci, mesra solat

b. Make Up Fix Mist
Make up tahan 12 jam (effect glowing), sebagai base untuk makeup, merawat serta menghilangkan masalah resdung, jeragat dan jerawat, melembap dan menegangkan kulit, mengelakkan kulit kusam dan kering, mengecilkan liang pori, membantu memudarkan pigmentasi pada kulit muka akibat cahaya matahari, mengurangkan kerengsangan pada kulit sensitif kerana ia bersifat sejuk.

c. Eye Shadow Glitter
Tahan lama, sepenuhnya glitter, boleh dipakai dikuku

d. Super Mega Volume Fiber Maskara
Tahan lebih lama, mudah dicuci, kalis air dan tidak mudah comot, melebatkan, memanjangkan dan melentikkan bulu mata, mempunyai fiber hanya dalam satu stick sahaja serta mengandungi Vitamin B5 yang akan menjaga bulu mata asli pengguna

e. Eyeliner
Celak yang diperbuat dari bahan-bahan alam terbaik dan tanaman herba dalam bentuk pencil, menyejukkan dan menyegarkan mata, melindungi dan memberi kesan menarik pada mata

f. Embrace De Perfume
100% pati minyak wangi diimport dari Dubai, mengandungi 12% alkohol dan mengikut syariah Islam ianya boleh dibawa solat

Pelancaran Produk Muslim Umairah Uzma
Puan Nurul Nur Ariani
Umairah Uzma
  • Penubuhan Umairah Uzma oleh pengasasnya Puan Nurul Nur Ariani pada 2014 bermula dengan produk inai dan kemudian mengeluarkan produk pewarna kuku (nail polish) yang boleh ditanggalkan dengan mengopek (peel off) supaya mudah untuk mengambil wuduk.  Di tahun yang sama menjual pewarna kuku di Mood Republik di PWTC dengan berkongsi gerai dengan produk lain
  • 2015 - Mengeluarkan celak Mekah (eyeliner).  Kelebihan celak Mekah ini adalah mudah dibawa kemana saja, kalis air, tahan lama dan tidak melekit.


  • Pertengahan 2015, mengeluarkan makeup fix spray yang berasaskan air yang semulajadi dan aloe vera.  Idea membuat ini timbul bila bilamana anaknya menghidap ekszema sewaktu lahir dan hasil kajian beliau, maka lahirlah produk ini yang juga mampu merawat dan mengurangkan penyakitt kulit anak beliau.  Hujung 2015 Umairah Uzma mula mencipta nama dengan menjual 4 produk dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dan timbul idea untuk mengeluarkan set penuh glowing foundation untuk merawat muka yang kusam dan berjerawat dengan harga mampu milik dengan percuma makeup fix spray dan berus.  Sambutan glowing foundation mendapat sambutan golongan remaja dan yang berusia kerana ianya juga merawat kulit sensitif, jerawat, memudarkan parut dan menyerikan muka

  • 2017 Umairah Uzma mengorak langkah dengan mengeluarkan tiga produk baru iaitu Arabic Coffee Scrub, Kunyit Scrub dan Charcoal Detox Mask dan mendapat permintaan yang tinggi di Australia kerana ianya bebas bahan kimia namun bukan diatas label Umairah Uzma kerana hanya bahan mentah diekspot ke sana.

  • 2018 Umairah Uzma melahirkan agen baru  dari apabila glowing foundation mula mendapat perhatian dan ini membantu para surirumah menjana pendapatan dan membantu keluarga.  Glowing fouondation Umairiah Uzman masih dibuat dengan melekat stiker kerana pengasas mengalakkan orang ramai untuk menciplak produk beliau dan menjadikan produk Umairah Uzma sebagai produk mereka sendiri

Semoga produk Umairah Uzma terus berjaya dipasaran dan juga dapat membantu sesiapa untuk menjana pendapatan sampingan untuk keluarga

Sebarang pertanyaan mengenai produk Umairah Uzma, sila hubungi Sanah Anna di 017 2946 162

Laman sesawang :

Instagram


8 comments:

  1. alhamdulillah
    bagus ada produk muslim nih

    ReplyDelete
  2. blogwalking here :)
    http://www.nricoeverson.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Muslimah makeup seems to be the in thing these days. Glad that Muslim friends can have their own brand of makeup to use and at an affordable price point, too.

    ReplyDelete
  4. wah..da ade produk untuk muslimah??bestye...

    ReplyDelete
  5. Another success product for Muslimah and of course we need this kind of product more and more so that the Muslimah could have more varieties of choice.

    Racheal

    ReplyDelete
  6. 1st time tahu ada kunyit scrub dan arabic coffee scrub. Produk yang sangat unik.

    ReplyDelete
  7. Makin banyak produk muslimah di pasaran sekarang.. bagus..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations